Hari ini, saya telah mencuba Ubuntu 8.04.1 LTS dengan printer sedia ada di rumah saya. Seperti tajuk di atas model Canon iP1700 menjadi pilihan bagi entry kali ini. Banyak tips yang saya cuba dan dapat daripada forum-forum dan tidak semuanya menjadi. Bagi anda pengguna iP1700/iP1800, saya rasa cara ini adalah yang terbaik.
Sebenarnya, driver ini adalah untuk iP1800 tapi sesuai digunakan juga untuk iP1700. Asalnya driver ini daripada Canon Australia dalam format .rpm iaitu spesifik digunakan bagi distro berasaskan RedHat. Berita baik, seseorang diluar sana yang baik hati telah pun meng"alien"kan driver ini, supaya sesuai dengan sistem Debian/Ubuntu (.deb)
Ok,Langkah Pertama
Sambungkan printer anda (printer anda perlu disambungkan sebelum proses installation)
Langkah Kedua
Download iP1800 Series Package (Hardy) di sini. Install melalui GDebi, masukkan password untuk switch user (su) kepada root.
atau
melalui terminal dengan command ini
sudo dpkg -i /driver/download/location/file_name.debDriver ini dilesenkan atas nama Canon IJ Printer Driver License, yang mana anda perlu baca dan setuju sebelum meng"install" driver ini. Ia adalah GNU General Public License V2 dengan tambahan hakcipta, notis dan pemberitahuan.
Langkah Ketiga
Tetapkan CUPS (Common UNIX Printing System 1.3.7) anda. Pergi ke laman http://localhost:631/ di Firefox.
Klik pada Administration --> Add Printers
Disini anda letakkan nama printer anda iP1700/iP1800, Location usb://Canon/iP1700 dan Description anda. Seterusnya continue.
Pada paparan kedua, pilih Canon --> Continue
Pada paparan ketiga, pilih Canon iP1800 series Ver. 2.70 (en)
Langkah Keempat
Restart CUPS anda dengan commands ini di terminal.
sudo /usr/sbin/invoke-rc.d cupsys restartPrinter Canon iP1800/iP1700 anda sudah sedia beraksi!!
3 comments:
dulu aku penah gak wat mcm nie...mmg jd. tp dia ada semacam bug...kalau tgh cetak. kita batalkan/cancel . printer akan jd sewel...asik sedut kertas tak henti2..
ouh..x pnah lagi jadi cancel tbe2..oke2, akan di cuba..bende ni dah ade da org post kat launchpad..trima kasih kat Canon sebab buat pekak je dgn pengguna Linux
thanks Bro..
Post a Comment