salam...post ini dibuat setelah selesai aku menginstall semula Ubuntu 8.04 LTS aku. Ini adalah cubaan kali ketiga untuk berhijrah ke Interprid Ibex 8.10 , nampaknya banyak betul kumbang bila Interprid digabungkan dengan laptop aku. Hehehehehehe
1) Network Manager semasa Live Session boleh detect wired connection, apabila dah update. Ada berlaku semacam bugs yang x boleh detect wired connection. Aku dah check di launcpad, ubuntuforums, memang ada berlaku pada sesetengah Ethernet card. Perkara ini boleh diselesaikan dengan mematikan eth0 dan menghidupkannya semula
sudo ifdown eth0
sudo ifup eth0
Sambungan internet dapat dibuat, tetapi applet Network Manager tetap bertanda X
2) Disebabkan aku tak buat clean install, tapi aku upgrade Hardy ke Interprid melalui alternate CD (sape nak copy bgtau okey). Jadi, kumbang-kumbang (bugs) yang aku jumpa semakin banyak:
2.1 AWN yang secara asalnya ada pada Hardy telah di"disable"kan, dan aku install semula. Apa yang aku dapat AWN tidak dapat befungsi dengan elok.
2.2 Compiz Manager mengalami crash dengan plugins khusus daripada Hardy, akibatnya, Compiz akan hang jika aku cuba disable plugins yang khusus untuk Hardy.(Hardy 0.7.6 & Interprid 0.7.7) aku rasa disini sebabnya.
2.3 Applet di panel tidak boleh diatur dengan baik
Oleh sebab itu, aku mengambil keputusan, untuk menunggu Jaunty Jackalope 9.04, mungkin pada waktu itu banyak kumbang-kumbang yang telah dibunuh.Antara sebab yang menyebabkan aku masih setia dengan Hardy Heron 8.04 ini adalah kerana banyak kumbang yang berjaya dibunuh seperti:
1) Bugs berkenaan dengan Flash yang crash apabila dijalankan serentak bersama-sama aplikasi yang memerlukan audio telah berjaya di"fixed"kan . Ini adalah berkenaan dengan ALSA (rujuk post terdahulu)
2) Bugs berkenaan dengan printer Canon iP1700/1800 berjaya dihapuskan
3) Wireless card dan Ethernet secara native disokong oleh Hardy dengan sedikit tweaking pada driver iwl3945 (Intel ABG3945 Wireless)
4) Bugs berkenaan dengan flashplugin-nonfree yang tidak dapat diinstall kerana md5sum yang tidak padan juga dapat diselesaikan.
Secara kesimpulannya, aku akan terus menngunakan Hardy Heron sehinggalah Jaunty Jackalope dilepaskan pada bulan April 2009. Maybe lepas ni semakin banyak kumbang yag berjaya dihapuskan. Linux Untuk Semua.
*keputusan dan hasil mungkin berbeza dengan spesefikasi laptop yang berlainan dan aku rasa bugs yang banyak daripada Interprid tadi adalah disebabkan kerana ia diupgrade dan bukannya di install secara clean install.
**sewaktu kejadian, streamyx mengalami gangguan dengan server2 di Eropah, akibatnya aku merasakan seolah2 berada pada zaman Dial-Up
***kalau ada pertanyaan pasal bugs ni, jgn segan2 tanye je
No comments:
Post a Comment