
Songbird 1.0 adalah satu keluaran yang amat ditunggu-tunggu. Walaupun masih tidak dapat menandingi iTunes, tetapi dengan kebolehannya kini, ia menjadi satu aplikasi pemain muzik yang popular, apatah lagi ia sesuai dengan sistem operasi Linux, Mac dan juga Windows.
Ok, langkah pertama.
Download pakej .tar.gz Songbird 1.0 anda di sini

Langkah Kedua
Extractkan pakej tadi ke suatu file yang diletakkan di dalam /home dengan nama .songbird (noktah diletakkan diawal tajuk kerana ia akan dijadikan file hidden). Jadi, Songbird 1.0 yang telah diextract akan terletak di direktori /home/username/.songbird

Langkah Ketiga
Bina satu Application Launcher - Right Click pada icon Ubuntu (atau apa-apa imej yang anda telah setkan) pada panel di sebelah atas --> Edit Menus

Langkah Keempat
Klik pada tab "Sound & Video", dan pilih "New Item"

Anda akan terlihat suatu windows akan keluar, letakkan nama "Songbird" atau apa-apa nama yang anda suka bagi aplikasi ini. Browse file untuk execute Songbird anda. Sepatutnya ia ada di /home/username/.songbird/songbird . Bagi pilihan ikon pula, pakej yang anda muat turun tadi sudah disediakan ikon bagi Songbird, jadi pilih saja.

Langkah Kelima
Setelah semua langkah telah dibuat, test Songbird 1.0 anda Application --> Sound & Video --> Songbird.


No comments:
Post a Comment