Showing posts with label books. Show all posts
Showing posts with label books. Show all posts

Friday, November 11, 2011

Kotak Pandora





 Kiev 60 / Photina Reflex + Kodak Pro 160 + Jarak hampir satu tahun antara dedahan

Salam, jarak antara dua gambar di bawah dengan gambar yang di atas itu hampir satu tahun lamanya. Filem yang sama, hanya kamera yang berbeza. Asalnya filem ini saya gunakan dalam Kiev 60 pada pertengahan 2010 dahulu. Namun, di pertengahan penggunaannya, ada pelanggan yang mahu membeli kamera tersebut, jadi saya keluarkan filem itu dan simpankan ia di dalam kotak kering saya sahaja.

Apabila saya sudah punyai kamera TLR sendiri tempoh hari (mungkin saya akan jual semula kamera itu, untuk satu kamera yang lain), saya terus berhajat untuk menghabiskan filem yang masih berbaki beberapa dedahan itu. Baru sahaja hari ini saya ambil filem itu dari kedai.

Sungguh, pantas sungguh masa berjalan, kawan saya yang berada dalam gambar pertama sebelah kanan itu, beliau sudah pun menjadi seorang guru sekarang, saya sendiri sudah tamat diploma (gambar tersebut diambil ketika penghujung semester 5 ketika di Arau). Memang cepat bukan. Dua gambar di bawah pula adalah gambar yang diambil di Shah Alam bersama kenalan di sini.

Terperangkap dalam ruangan yang kita reka sendiri, kadangkala cukup untuk memberikan satu cerminan tentang apa perubahan yang telah kita lalui sepanjang tempoh masa itu. Namun, bagi saya untuk sentiasa tetap di dalam jalanNya itu, adalah sesuatu yang amat sukar sekali.

Oh ya, buku yang saya beli tempoh hari di Kinokuniya, KLCC yang bertajuk "Tiada Tuhan Selain Allah" tulisan Reza Aslan banyak memberi input baru kepada saya, walaupun baru selesai beberapa puluh muka surat awalan buku tersebut. Jika anda ada masa, saya mengesyorkan anda mencari buku itu, suatu pandangan alam yang berbeza tentang sejarah Islam, ada sedikit berbeza dari apa yang kita selalu belajar dan dengar ketika zaman sekolah dahulu. - http://en.wikipedia.org/wiki/No_God_but_God

Cuti pertengahan semester ini sudah berbaki beberapa jam sahaja, masa untuk saya memberikan tumpuan yang lebih fokus. Ada beberapa perkara yang belum disudahkan.


Thursday, July 15, 2010

Cara Menyibukkan Diri

Salam..semester ini dah bermula hampir seminggu lepas dan saya dapat rasakan waktu-waktu untuk sibuk, gelabah dan tergesa-gesa akan datang semula. Disebabkan rumah ini tak ada TV, jadi selain daripada saya selalu melayari internet, salah satu cara kegemaran saya menghabiskan masa terluang adalah dengan membaca buku atau apa-apa sahaja yang boleh dibaca.



Tadi saya ke kelas untuk kelas Quantity Surveying tapi disebabkan pensyarah ada hal lain, jadi kelas terpaksa dibatalkan. Kalau nak terus balik, rasa membazir masa dan minyak petrol pulak. Jadi tadi saya habiskan masa 2 jam di perpustakaan. Boleh dikatakan perpustakaan UiTM Perlis ini banyak terkandung buku yang bagus-bagus. Oh ya, ada satu rak memang khas untuk fotografi, saya dah pinjam 3 buah buku dari rak tersebut. Ada juga rak untuk bahasa pengaturcaraan, ada untuk CSS, PHP dan juga Linux.

Oh, ruangan paling saya suka adalah di bahagian majalah. Sebab di situ ada buku kegemaran saya sejak di MCKK; Popular Mechanics dan juga Popular Science. Kalau Popular Photography saya muat turun di internet saja.

Selepas sedikit bacaan segera yang saya lakukan pagi tadi pada buku Memoir Lee Kuan Yew ini, saya rasakan banyak perkara baru yang saya belum pernah belajar sebelum ini mengenai beliau. Ada yang menggambarkannya sebagai seorang anti-kaum Melayu, tapi saya nak tahu juga apa pula pandangan daripada perspektif yang lain. Tapi apa yang saya tahu, Indonesia memainkan peranan besar dalam proses perpecahan Singapura dan Malaysia suatu ketika dahulu. Saya pernah bercerita fasal hal itu sebelum ini.

http://nurfaizfoat.blogspot.com/2009/12/dokumentari-ini-tak-ada-dalam-lipatan.h
tml

Mungkin pertengahan bulan Ogos habislah saya baca nanti.

Thursday, February 18, 2010

Hobi Lama

Salam, sejak saya kecil lagi boleh dikatakan saya suka membaca, tapi kalau nak membaca bahan dari bahasa Inggeris itu saya kurang sikit kefahamannya, cuma baru-baru ini sahaja saya mula membaca bahan berbahasa Inggeris, dalam tahun 2005, itu pun ada galakan dari sekeliling.

Ayah saya ada juga memberi beberapa novel Inggeris sebelum itu, tulisan Jack Higgins, tapi saya tak dapat bawa, berat sangat bahasanya. Cuma siri Ladybird saya dapat ikut.

Siri bacaan sekolah menengah seperti Robinson Crusoe dan Prisoner of Zenda itu saya rasa bolehlah saya jadikan sebagai bibit-bibit permulaan hobi ini. Walaupun musim Harry Potter sedang melanda remaja sebaya saya, tapi disebabkan saya kurang suka siri fiksyen magik, jadi saya ketepikan dahulu.

Memang minat saya dalam cerita sejarah dan bukan fiksyen sudah ada sejak dulu lagi, seingat saya "Memoir Leftenan Mohamad Noor dalam Force 136" yang saya ambil dari rumah Tok Wan saya ketika kecil dulu adalah buku pertama bukan fiksyen yang saya baca. Oh ya, Tok Wan saya dulu berkhidmat sebagai Askar British dalam Kor Angkut.

Pegasus Bridge , The Wild Blue tulisan Stephen E. Ambrose menjadi dua buku Inggeris awal yang saya berjaya habiskan dan saya faham 100%, ada yang ketiga iaitu D-Day, tapi waktu itu sudah berada di ambang PMR, jadi saya tinggalkan seketika.

Lord of Flies tulisan William Golding juga saya berjaya habiskan, karya fiksyennya boleh diterima akal.

Selepas itu saya terjebak dengan tulisan Andy McNab sejak saya berada di Perlis pada tahun 2008. Sedap juga karya fiksyennya, penuh dengan fakta nyata. Setakat ini sudah 3 siri beliau yang saya baca. Cerita mengenai pengintip upahan dan kadangkala lebih kepada ketenteraan.

Ada siri baru, saya sudah periksa di MPH, esok mungkin berlari ke sana sekejap.



Wednesday, May 20, 2009

Tutorial Ringkas GDM

Salam..seperti yang saya telah janjikan kepada pembaca dan penggiat sumber terbuka beberapa bulan yang lepas mengenai tutorial GDM, maka pada hari ini saya ingin berkongsi dengan semua apa yang saya telah fahami dan pelajari berkenaan cara-cara mereka tema GDM anda sendiri. Saya bukanlah hebat sangat dalam segi penulisan skrip .xml dan tutorial ini juga saya hanya berikan apa yang saya tahu sahaja. Saya harap dan percaya dengan tertulisnya tutorial ini maka lebih ramailah penggiat dan peminat sumber terbuka Malaysia dapat mereka tema GDM mereka sendiri. Semoga bermanfaat. senyum

Muat Turun Tutorial Anda Di Sini. (Klik pada ikon)


Photobucket

Tuesday, March 10, 2009

Al-Maududi & Bill Emmot

Salam...agak lama selepas Projek Kayangan yang lepas, saya mengambil sedikit masa untuk penjadualan semula susunan hidup saya. Rentetan daripada Projek Kayangan, banyak respons positif yang saya terima daripada masyarakat sekeliling dan banyak juga yang ingin beralih kepada Linux, maka sedikit masa perlu dikorbankan kepada kerja menyebarkan ilmu baru bagi masyarakat.

Cukup cerita pasal Linux dan Ubuntu

Alhamdulillah, saya sangat bersyukur pada Allah kerana saya pun tak tahu kenapa dalam beberapa minggu sebelum ini banyak perkara baik yang berlaku dan saya rasa memberikan impak yang terkesan dalam diri saya. Sebelum mengenali dan berjumpa dengan Abg. Hamzah, dan sebelum Projek Kayangan juga saya telah meminjam sebuah buku karangan Bill Emmott yang kalau sesiapa yang suka baca majalah Economist pasti kenal siapa dia ini.

Buku ni menceritakan perbandingan sejarah dan perkara-perkara yang berlaku pada abad ke 20 dan 21. Bagaimana kesilapan yang sama diulang oleh empayar (baca: kuasa dominan dunia) yang menguasai dunia pada satu-satu abad. Buku ini juga membincangkan perlakuan manusia yang sudah mabuk dengan kuasa (baca: hubris). Saya sendiri tak habis lagi baca, sebab kekangan masa di sana-sini. Sehingga kini saya baca, memang seronok. Bagi kita yang sukakan perihal sejarah dan falsafah cuba cari buku ini. Walaupun daripada Barat, apa yang saya belajar daripada Sdr. Fayshal melalui pembacaannya, kita mesti cuba baca karya-karya yang bukan sahaja ditulis oleh penulis Timur tetapi juga cuba baca karya daripada penulis Barat. Kerana melalui pemahaman ilmu mereka yang berbeza, kita dapat membuat perbandingan antara budaya pemikiran yang kadangkala amat penting dalam memastikan kemandirian sesuatu struktur masyarakat.

Semalam, Abg Hamzah begi saya pinjam buku ini. Saya tak ada peluang lagi nak start baca. Insya Allah nak cari masa sikit-sikit, baru boleh baca. Sudah tentu ianya karya seorang penulis, ulama
terkenal, tak sabar rasanya nak mula

Ada masa nanti saya review
Till then.

Saturday, December 13, 2008

Linux Phrasebook, mesti beli

Salam..selepas mengkaji linux hampir 6 bulan dan menukarkan terus sistem operasi laptop Acer ini kepada Ubuntu 8.04 sepenuhnya.Saya mendapati bagi newbie dalam dunia Linux ini pasti akan jarang-jarang menggunakan terminal, kalau guna pun mungkin sewaktu update software atau install software (cth: apt-get). Lama kelamaan, pasti anda akan mula menyukai terminal (dan akan selalu menggunakannya) apabila saban hari menggunakan Linux dalam hidup anda. Inilah yang membezakan Linux dengan OS yang lain.

Terminal atau shell ini dapat melakukan pelbagai perkara yang tidak boleh dibuat melalui GUI (Paparan Antaramuka Grafik bagi Pengguna) tidak kira lah KDE, GNOME atau mungkin IceWM dan juga mungkin XFCE dan juga beribu-ribu GUI diluar sana. Selain itu, Shell ini juga dapat melakukan atau execute command dengan pantas dan lebih efisyen. Jadi untuk pengguna Linux di luar sana, tidak kira la apa jua distro yang anda gunakan (selalunya newbie macam saya ni pakai Ubuntu, gOS, SLAX, Fedora), untuk memahami dan meguasai Linux, anda terlebih dahulu perlu memahami Linux command dengan baik.

Saya juga masih baru dalam dunia Linux ini, ada pengguna diluar sana yang telah bertahun menggunakan Linux. Mungkin kerana kurang pendedahan. Jadi untuk meningkantkan kefahaman dalam Linux ini, saya terjumpa satu buku (ectually dah pernah baca buku ni kat library) lalu membuat keputusan untuk membelinya.Anda boleh jumpa buku ini di MPH Mid Valley, hari itu saya tengok tinggal 2 sahaja.

Harganya agak berpatutan bagi buku berbentuk ilmiah,


Linux Phrasebook by Scott Granneman
RM58.50
ISBN 9780672 328381

Terbahagi Kepada 16 Chapter

Chapter 1 -- Things to know about your command line
Chapter 2 -- The basics
Chapter 3 -- Learning about commands
Chapter 4 -- Building blocks
Chapter 5 -- Viewing files
Chapter 6 -- Printing and managing print jobs
Chapter 7 -- Ownerships and permissions
Chapter 8 -- Archiving and compression
Chapter 9 -- Finding stuff : easy
Chapter 10 -- The find command
Chapter 11 -- Your shell
Chapter 12 -- Monitoring system resources
Chapter 13 -- Installing software
Chapter 14 -- Connectivity
Chapter 15 -- Working on the network
Chapter 16 -- Windows networking


Pembawaan dan penerangan dalam buku ini mudah difahami dan praktikal sekali. Bagi anda pengguna Linux yang baru menjinak-jinakkan diri, saya sarankan buku ini. Tak rugi untuk membelinya.


p/s : buku ini ditulis berdasarkan distro K/Ubuntu, tetapi kebanyakan commands dalam buku ini boleh dipraktikkan dalam distro-distro yang lain.