Showing posts with label seni. Show all posts
Showing posts with label seni. Show all posts

Monday, December 31, 2012

NRFZ.PRD.HSE // LOWFAM 3RD MEETUP // SHAH ALAM

Nikon V1 + Nikon 10mm f/2.8 + FCP X + Haters Gonna Hate 

Salaam, minggu peperiksaan akhir sudah pun bermula. Kertas pertama saya hari Khamis ini. Memang lama sungguh tak menulis. Al maklumlah, sibuk dengan perkerjaan sehari-hari. Video di atas ini sedikit sebanyak menaikkan semangat saya. Memang menjadi salah satu impian saya untuk menerbitkan video sebegini semasa saya kanak-kanak dahulu. Alhamdulillah, rezeki tahun ini dimurahkan Allah, jadi dapatlah saya membeli sebuah kamera yang mempunyai kebolehan merakam video HD dengan baik. Insya Allah, akan datang saya ingin beli Zoom H1 pula. Barulah boleh terbitkan dokumentari pendek!

Wednesday, July 29, 2009

Outing KL bersama Geng Fotografikr

Salam..Ahad lepas memang menyeronokkan. Saya dapat kenal dengan ramai kawan baru. Lingkungan umur semuanya lebih tua daripada saya, jadi maksudnya sayalah yang paling mudakan pada waktu itu. Agak segan jugak pada mulanya. Sudahlah saya sampai paling lambat. Sebenarnya saya terlajak tidur, maklumlah, sejurus sampai di rumah daripada perjalanan tren KTM dari Perlis yang memenatkan, saya terus mandi, solat Subuh dan tidur. Sepatutnya saya bertolak dari rumah pada pukul 7 pagi, tetapi terjaga dari tidur pukul 8. Jadi sudah lambat sejam disitu.

Nasib baik, Sdr. Ichi dari Fotografikr beri panduan arah dan dia pun tidak sampai lagi pada waktu itu. Saya sampai di lokasi pada jam 10 pagi. Lambat sejam, tapi memang mereka semua tunggu sambil bersarapan sebab saya bertanya dengan orang pertama saya kenal dalam kumpulan itu iaitu Sdr. Izhan. Dia kata, sudah agak lama mereka di situ.

Saya hanya sempat duduk sekejap sahaja di Restoran Yusuff, Pasar Seni itu. Beberapa minit kemudian, kumpulan dibahagikan kepada tiga berdasarkan warna asas iaitu RGB (Red, Green, Blue). Saya memilih untuk menyertai kumpulan biru dan subjek yang perlu dicari adalah yang mempunyai unsur biru.
Aktiviti kali ini memang sangat menyeronokkan. Kami berjalan dari Pasar Seni sampailah ke Times Square. Dalam pada kami mencari subjek untuk dirakam gambarnya, kami bertukar-tukar fikiran dan pandangan dalam bidang ini.

Dari Kiri : Sdr. Niezam (tersorok), Sdr. Khilmi (Kapten), Sdr. Skyrocket, Sdr. Izam, Sdr. Izhan, Sdr. Kumat

Saya harap selepas ini saya dapat sertai lagi sebarang aktiviti seperti ini. Kedatangan tempoh hari memang membanggakan.

Friday, June 12, 2009

Logfoto dan Penjenamaan Semula

Salam, agak lama saya tak kemaskini blog ini, kalau anda perasan, alamat blog ini sudah ditukarkan kepada nama saya sendiri. Facebook, Myspace, Twitter dan Friedster juga telah saya selarikan alamatnya dengan nama saya. Jadi mudahlah kalau enjin pencari melakukan kerjanya selepas ini.

Di samping itu juga, saya sudah mengkategorikan satu laman khas untuk saya memaparkan hasil fotografi saya. Asalnya saya fikir hendak menggunakan wordpress atau pun pixelpost, tetapi saya nampak tumblr lebih ringkas dan mudah. Jadi laman baru saya itu, saya gunakan tumblr. Untuk alamatnya, anda boleh rujuk tab di atas blog ini ataupun klik sahaja disini nurfaizfoat's daylifes

Sunday, August 31, 2008

51 tahun lamanya

51 tahun lamanya
tempat yg dipijak iniberdiri dengan kaki anak bangsanya sendiri

51 tahun lamanya
gula, cuka, dan hempedudirasa sendiri tanpa orang lain

51 tahun lamanya
tempat yang mundur inijadi maju akhirnya

51 tahun lamanya
anak-anak hidup senanghasil untung tempat ini

51 tahun lamanya
makan, minum, mainsama-sama

51 tahun lamanya
anak bangsa kini semakin bijakbijak menentukan arah tujunya

51 tahun lamanya
namun ramai yang tertanya-tanya dan takuttakut dengan pembaharuan yg dibawa
Satu persoalan,Adakah sudah cukup matangMatang untuk order baru ini

51 tahun lamanya
harap masih boleh bertahan
bertahan dengan apayang kita ada
yang kita suka
yang kita warisi

Yang pasti anak bangsa ini
Pasti susah untuk menyelusuri
Jalan-jalan yang semakin licin ini
Agar tidak jatuh nanti

Selamat Hari Kebangsaan ;D

Saturday, May 10, 2008

Anak Raje



anak raje memikul kayu
kayu dibuat titi-titian
malang sungguh orang melayu
pemimpinnya dengki-dengkian


percaye??

Thursday, April 17, 2008

nak beli ini

sekarang...tgh menabung..jauh lagi prjalanan nih..

Sunday, March 23, 2008

KEPADA org yg nak wat label indie sindrik

teruskanlah...
teruskanlah menyokong yg tk patut.
teruskanlah menjadi 'indie' dan 'rare'
tkpayah pikir pasal kualiti, tkyah pikir psl usaha, yg penting 'support' 24jam 7 hari seminggu...
buat bende tkde meaning pon, tkde usaha, tkde value skalipon, tetap kene puji melambung2.


syok seniri, sampai bile2 la korang tk kemana.
sampai satu tahap, semua orang pon nk mengaku diri die designer.
sampai satu tahap, semua orang pon nk mengaku diri die orang 'art'
sampai satu tahap, semua orang pon ade 'clothing' seniri.

tanye balik kt diri seniri, 'ape itu clothing line????'
teruskan lah, biarkan title 'designer' tu dah jadi macam 'mat rempit'.
tkpayah la belajar design atau software2, semua org pon bleh jadi 'designer'
tkpayah ade pengalaman, semua org pon bleh bwat 'clothing'
tkpayah ade usaha, tkpayah ade research, semua hasil pon kene puji.

pereka ikut trend, pembeli ikut trend.
teruskanlah mundur.
teruskanlah 'sapot' atas dasar 'kami org baru, kami masih mentah, kami tk tau ape2, tolong lah sapot kami!'

bukannya atas dasar 'ini produk kami, kami mencurahkan segala usaha dalam menghasilkan produk ini, harap anda suka dan beli, jika tidak suke sila komen utk kami improve.

terimalah nasihat abg2 ni. pikirlah seniri. jgn mundurkan scene melayu.
kepada pereka, stop it! siries, stop it!!! jgn jatuhkan standard designer melayu.
dan kepada pembeli, buka mata tu...bwat pilihan...belajar menghargai seni...

kami sayang kamu orang,
kami tknak tgk korang tk maju.
kami nk tgk kualiti.


yg benar,
the.
eightyfourcube
terima kasih

(kritikan ini aku ambik kat mespece, budak 8tyfour cube yg bg)

Thursday, March 20, 2008

Tuesday, March 4, 2008

Kongsi Itu Kuasa


salam..hehe..hepinye walau pun cuak sebab SPM kuar next week. Nih la keje aku waktuh x de keje nak dibuat. Aku sambung experimentasi membuat t-shirt secara stencil. Macam aku cerita harituh, skill nih kalau nak korang nak master kene wat try and error. Kire selalu mencuba la. Last week pergi Ricecooker kat Annexe, Im nak beli Fanzine sbb nak wat projek kat kolej die, so die wat pasal scene indie kat Malaysia. Dari segi muzik, seni serta karya indiependant anak Malaysia.

Namun, ape aku nak cerita harini, aku buat t-shirt baru sebenarnye. Kali ni tema die KONGSI itu KUASA. Betul tak, hidup kita kengkadang kene berkongsi dengan orang lain, especially member kite. Hmm, tu la pasal buat baju nih. Kali nih, selain aku guna Arcrylic Spray Paint, aku ada gak beli fabric paint, so kali nih hasil die berwarna la sket dibandingkan dengan t-shirt SAYANGIduniaKAMU sebelum nih.



Jeng Jeng Jeng dah siap...hehe

Hehe..amacam okay tak? Sehingga post sterusnya..papai~ salam..

Monday, March 3, 2008

JOM PERGI NIH!!!!

salam...best nih..jom pegi reramai..banyak label yang ade..dtg ehh..kay rr..nak tdo daA~ papai...

Thursday, January 24, 2008

Sayangi Dunia KAMU

salam...tajuk semacam je kan..semenjak aku tengok scene indie kat Malaysia nih semakin galak sekali ibarat Panadol Soluble diletakkan dalam air, terutamanya label-label t-shirt yang sekarang nih tumbuh ibarat cendawan selepas hujan. Berlambak-lambak. Apa-apapun bagus la macam tuh. Pernah dengar Kurasaraksasa, I Heart KL, Chonteng, Retak, Pop Malaya atau Blacksheep Clothing? Nama-nama nih sume adalah nama label t-shirt2 indie yang ada kat negara kita nih. Ada yang tahu, ada jugak yang tak tahu. Aku rasalakan nih semua sebab cerita KAMI la. Btul tak, cerita nih telah membuka mata ramai orang especially remaja tentang scene indie kat Malaysia. Kalau dulu orang tak tahu, sekarang orang jadi tahu.

Namun, bukan tu point utama aku kali nih..hehe. So, korang pun tahu aku minat dalam seni nih. Banyak jugak punyai t-shirt2 label tempatan. Tapi, aku terfikir, why not aku buat sendiri je. So, setelah dua hari melakukan research, aku jumpa satu teknik buat t-shirt yang digelar "Stencil T-Shirt". Label Kurasaraksasa pun pakai teknik nih jugak, tu la sebab t-shirt diorang just sikit je, sape cepat dia dapat. Handmade la katakan. Aku jumpa video nih kat Youtube.



So, berbekalkan duit yang ada serta pengalaman serba sedikit dalam potong-memotong ni. Aku pun pergi la kedai hardware. Cari ingredient nak wat t-shirt. Baju kosong memang aku dah ada. Zaman aku form 1. Tak guna langsung, so daripada aku buat kain lap baik aku buat t-shirt.

Bahan-bahannya:

1 helai t-shirt kosong (sukati korang nak kaler ape)
1 bijik komputer lengkap dengan printer dan kertas
1 jenis perisian mengedit gambar (aku prefer photoshop)
1 + 1 (sukati korang nak berapa kaler) paint spray (make sure Arcrylic)
1 bilah cutter yang maha tajam
1 naskhah surat khabar lama (nak buat lapik)
1 roll maskin tape (buat furnishing rr supaya kemas)



Then, bende paling penting korang mesti ada design dulu, sukati korang la nak design ape tapi make sure smart la. Kali nih, aku nak support kempen Save The World. Ye la dunia sekarang kan dah sakit. So, I came out dengan design ni. Ni just design awal, then aku tukar-tukar sikit.



Yes, sayangiduniakamu, tu la design die. Kalau korang perasan nanti hasil die aku ada ubah sikit.
So, setelah hampir semalaman punya kerja. Aku berjaya menghasilkan ini.




Amacam okay? First time bwat bagi aku boleh la tahan. Apa-apa pun, tunggu apa lagi buatla t-shirt korang sendiri jugak..till then..papai~

Add to Technorati Favorites