Sunday, December 14, 2008

Driver Canon iP1700 & iP1800 di Ubuntu Hardy

Salam..bagi pengguna Linux tidak kiralah apa jua distro yang anda gunakan (Ubuntu, Debian, SLAX, Fedora atau OpenSUSE) pasti akan berase gembira+bangga+hepi+excited apabila berjaya "solve"kan sesuatu bugs atau masalah yang dihadapi dalam penggunaan Linux. Selalunya berkenaan dengan driver, internet connection, aplikasi dan juga cara-cara meng"install" software yang mempunyai banyak dependencies dan ini pasti kadangkala memeningkan kepala anda.

Hari ini, saya telah mencuba Ubuntu 8.04.1 LTS dengan printer sedia ada di rumah saya. Seperti tajuk di atas model Canon iP1700 menjadi pilihan bagi entry kali ini. Banyak tips yang saya cuba dan dapat daripada forum-forum dan tidak semuanya menjadi. Bagi anda pengguna iP1700/iP1800, saya rasa cara ini adalah yang terbaik.

Sebenarnya, driver ini adalah untuk iP1800 tapi sesuai digunakan juga untuk iP1700. Asalnya driver ini daripada Canon Australia dalam format .rpm iaitu spesifik digunakan bagi distro berasaskan RedHat. Berita baik, seseorang diluar sana yang baik hati telah pun meng"alien"kan driver ini, supaya sesuai dengan sistem Debian/Ubuntu (.deb)

Ok,Langkah Pertama

Sambungkan printer anda (printer anda perlu disambungkan sebelum proses installation)

Langkah Kedua

Download iP1800 Series Package (Hardy) di sini. Install melalui GDebi, masukkan password untuk switch user (su) kepada root.

atau

melalui terminal dengan command ini
sudo dpkg -i /driver/download/location/file_name.deb
Driver ini dilesenkan atas nama Canon IJ Printer Driver License, yang mana anda perlu baca dan setuju sebelum meng"install" driver ini. Ia adalah GNU General Public License V2 dengan tambahan hakcipta, notis dan pemberitahuan.

Langkah Ketiga


Tetapkan CUPS (Common UNIX Printing System 1.3.7) anda. Pergi ke laman http://localhost:631/ di Firefox.
Klik pada Administration --> Add Printers
Disini anda letakkan nama printer anda iP1700/iP1800, Location usb://Canon/iP1700 dan Description anda. Seterusnya continue.
Pada paparan kedua, pilih Canon --> Continue
Pada paparan ketiga, pilih Canon iP1800 series Ver. 2.70 (en)

Langkah Keempat

Restart CUPS anda dengan commands ini di terminal.
sudo /usr/sbin/invoke-rc.d cupsys restart
Printer Canon iP1800/iP1700 anda sudah sedia beraksi!!

3 comments:

Anonymous said...

dulu aku penah gak wat mcm nie...mmg jd. tp dia ada semacam bug...kalau tgh cetak. kita batalkan/cancel . printer akan jd sewel...asik sedut kertas tak henti2..

Nurfaiz Foat said...

ouh..x pnah lagi jadi cancel tbe2..oke2, akan di cuba..bende ni dah ade da org post kat launchpad..trima kasih kat Canon sebab buat pekak je dgn pengguna Linux

Anonymous said...

thanks Bro..