Showing posts with label kemandirian melayu. Show all posts
Showing posts with label kemandirian melayu. Show all posts

Friday, March 23, 2012

Mimpi Minda Bawah Sedar

Salaam, malam tadi selepas saya habis sahaja kelas Static & Dynamic sekitar jam 10.00 malam, saya terus pulang ke rumah, mandi, solat isyak dan bersedia untuk tidur.

Memang kalau kita sudah penat, letak sahaja kepala atas bantal, sedar tidak sedar, kita akan cepat sahaja memasuki fasa "Tidur Gerak Mata Cepat" atau dalam ungkapan Bahasa Inggerisnya "REM (Rapid Eye Movement)". Jadi saya rasa malam tadi kurang 15 minit saya lelapkan mata, saya sudah mencapai fasa REM.

Tidak Disangka - Sangka

Sudah menjadi lumrah manusia, mimpi yang tidak dicatat atau direkod akan hilang secara perlahan-lahan daripada memori kita, mungkin disimpan di bawah minda bawah sedar.Baiklah, begini ceritanya. Malam tadi, saya bermimpi berada di dalam suatu majlis yang saya sendiri tidak tahu apakah yang dianjurkan dalam majlis itu sebenarnya. Tetapi dalam hati saya, saya pasti ini ada kaitan dengan pergolakan politik negara kita.

Yang saya nampak, saya telah keluar dari majlis itu dan saya nampak ada beberapa sosok badan yang saya kenal, iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim, dan beberapa orang rapatnya. (Saya pernah membuat beberapa kerja untuk Parti Keadilan Rakyat; atas dasar kerja dan upah sahaja). Memang jika mimpi kita sendiri, sedikit sebanyak kita tahu apa yang sebenarnya terjadi dalam mimpi itu, walaupun kita tidak bertutur dengan sesiapa pun. Oh ya, malam tadi, ketika dalam mimpi itu saya ada menyapa seorang pengawal yang mukanya saya kenal dengan senyum dan menundukkan kepala sedikit.

Tidak lama selepas itu, latar mimpi saya sudah pun bertukar ke sebuah masjid yang saya sendiri tidak tahu di mana. Sekitarnya terdapat ramai orang dan pada fikiran saya ketika dalam mimpi itu, ini pasti ada sesuatu perkara yang penting sedang berlaku, seingat saya, ketika itu saya ada memegang sebuah kamera.

Apa yang saya lihat, ketika itu, ada dua sosok pemimpin utama negara kita iaitu Datuk Seri Najib dan juga Datuk Seri Anwar Ibrahim sedang bertukar deklarasi berdamai antara satu sama lain. Perkara ini saya rasakan pasti ada kaitan dengan kedua-dua mereka mahu menghentikan pertelingkahan politik yang selama ini membelenggu Malaysia.

Tiba-tiba, saya tersedar, dan jam sudah pun menunjukkan pukul 7.00 pagi.

Minda Bawah Sedar

Saya mungkin, mungkin atau pernah memikirkan perkara ini suatu ketika dahulu, namun begitu, seingat saya, tidaklah sebegitu terperinci ideanya, namun harapan itu ada sebenarnya dalam diri ini untuk melihat Malaysia yang lebih baik untuk generasi 100 tahun akan datang. Saya rasa, mimpi ini sendiri telah pun dirangka tanpa saya sedari oleh minda bawah sedar saya.

Maha suci Allah yang menciptakan otak dan minda manusia sehingga mampu mereka dan merangka peristiwa yang tidak lagi berlaku dalam hidup nyata kita.

Olympus E410 + Zuiko Standard Lens 14-42mm + Sekitar Demo Anti-ISA 2010

Wednesday, March 18, 2009

PPSMI

Salam...pada 12 Mac yang lepas, rakan-rakan yang muda setahun daripada saya telahpun menerima apa yang mereka usahakan selama 2 tahun ketika di bangku sekolah menengah mereka. Keputusan yang pelbagai mengikut individu mencerminkan usaha masing-masing. Namun bukan itu yang saya ingin bawakan dalam tulisan kali ini.



Suatu perbincangan yang tidak formal telah berlaku antara saya dan pensyarah CiTU sewaktu kelas Pemikiran dan Tamadun Islam tengah hari tadi. Sesuatu telah menarik perhatian saya, ianya lain dan tak bukan adalah isu PPSMI yang sememangnya menjadi suatu isu negara kini. Saya, adalah hasil keluaran pertama daripada penerapan sistem ini yang bermula pada tahun 2003. Bagi diri saya, ia bukanlah satu masalah yang besar, kerana Alhamdulillah, tuhan telah memberikan saya kefahaman yang cepat dalam memahami Bahasa Inggeris. Tapi bagaimana pula yang tidak?

Produk Hasilan PPSMI

Hasil 12 Mac tempoh hari boleh dijadikan sebagai kayu pengukur sejauh mana sistem ini berjaya mengubah corak pemikiran pelajar Melayu khususnya tentang Bahasa Inggeris dalam bidang Sains dan Matematik. Ya, saya sudah membaca blog Tun Mahathir berkenaan visi dan misi beliau dan mengapa beliau ingin anak-anak tempatan ini mampu memahami ilmu Sains dan Matematik dalam konteks dan istilah Bahasa Inggeris. Jawapannya mudah, bolehlah saya ringkaskan di sini ia adalah supaya suatu hari nanti di mana sudah ramai anak-anak tempatan yang betul-betul faham ilmu ini dapat menterjemah ilmu tersebut dalam Bahasa Kebangsaan. Tapi suatu hari itu bila? Itu bagi saya adalah kesan positif yang akan kita kecap dalam jangka masa yang panjang.

Mari kita tengok kesan dan hasil jangka pendeknya. Peratusan menceritakan kepada kita bahawa bilangan pelajar yang menjawab kertas soalan SPM dalam Bahasa Inggeris meningkat saban tahun. Jikalau kita bertanya kepada pelajar-pelajar cemerlang SPM yang lepas, adakah mereka menjawab dalam kertas soalan itu Bahasa Kebangsaan, sudah pasti saya beri jaminan mereka akan menjawab TIDAK.

Mari kita lihat pula mengapa TIDAK, dalam situasi sekarang, apabila sudah wujud satu generasi yang semacam saya (baca: generasi penuh PPSMI) maka secara tidak langsungnya Bahasa Melayu itu sudah hilang statusnya sebagai bahasa pengantara ilmu di institusi ilmu, walaupun subjek Sejarah, Pendidikan Islam dan sebagainya masih diajar dalam Bahasa Melayu namun dalam subjek-subjek kritikal misalnya (baca: subjek elektif) Bahasa Melayu sudah tidak ada peranannya lagi, cuma ia akan berlaku atas inisiatif guru yang mahu menjelaskan apa maksud istilah tertentu dalam Bahasa Melayu.

Mengapa pelajar yang saya sebutkan tadi menjawab dalam Bahasa Inggeris? Ini kerana, dalam Bahasa Melayu tidak ada langsung istilah yang pelajar tadi faham dan dirasakan sesuai untuk menerangkan sesuatu situasi. Jika dan hanya jika pelajar tadi menjawab dalam Bahasa Melayu, mungkin dia tidak akan memperoleh markah penuh bagi sesuatu soalan (baca: ditanda oleh pemeriksa). Perkara ini berbeza pula dengan penggunaan Bahasa Inggeris yang mana mereka telah diajar untuk memahami sesuatu keadaan atau situasi (baca: subjek Sains dan Matematik) dalam bahasa tersebut, jadi secara tidak langsung fikiran mereka akan dapat mencari satu istilah yang lebih sesuai dan tepat untuk menerangkan sesuatu situasi tersebut.

Tanyalah pada saya atau pelajar-pelajar yang sudah menjadi generasi penuh perlaksanaan PPSMI. Bolehkah kami memberikan maksud istilah-istilah Sains dan Matematik dalam Bahasa Melayu?

Cuba tanyakan maksud istilah, Convex Lens, Concave Lens dan Total Internal Reflection dalam Bahasa Melayu.

Atau mungkin cuba tanyakan istilah Simple Harmonic Motion atau mugkin tolong tanyakan istilah Equipartition of Energies kepada mereka. Bolehkah anda peroleh maksudnya?

Jepun dan Bahasanya

Saya mempelajari Bahasa Jepun lebih dari 3 tahun lamanya ketika di MCKK, ketika itu bahasa tersebut menjadi bahasa ketiga saya selepas daripada Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Mengenali Bahasa Jepun, memberikan saya satu pandangan mengapa bangsa Jepun itu sendiri berjaya seperti hari ini setelah mengalami beberapa revolusi di samping budaya orangnya yang sentiasa bersemangat setiap hari.

Boleh saya katakan Bahasa Jepun yang sangat dinamik dan mesra ilmu ini mempunyai banyak kata pinjaman tertutamanya dalam konteks ilmu Sains dan Matematik. Karakter tulisan Katakana adalah satu tulisan yang banyak menjadi alat untuk mengubah sesuatu istilah bahasa lain ke dalam bahasa Jepun. Contohnya perkataan Supermarket dalam Bahasa Inggeris telah di”Jepun”kan dan menjadi su-pa-ma-ket-to dan Play Station telah diubah menjadi pu-ra-sta-i-syo-n. Kalau anda pernah menonton filem-filem Jepun pasti anda akan terjumpa istilah-istilah pinjaman ini. (baca: sekadar beberapa contoh, terdapat banyak lagi terutamanya dalam istilah ilmu)

Jadi, di sini kita boleh melihat betapa anjalnya Bahasa Jepun yang mampu berubah mengikut keperluan rakyatnya dan ilmu itu sendiri.

Faktor Parti Pembangkang



Media Massa kini yang rata-ratanya dibayangi oleh kerajaan selalu memaparkan maklumat-maklumat yang kadangkala mengelirukan masyarakat. Perkara sebenar tentang perarakan PPSMI itu sebenarnya bagi yang betul-betul mengikuti perkembangannya bukanlah didalangi parti-parti politik. Jauh sekali bersifat partisan. Parti-parti politik itu muncul hanya pada akhir-akhir fasa perarakan tempoh hari. Ini perlu diperbetulkan agar masyarakat tidak terkeliru, inilah akibatnya jika hanya mahu mengejar kuasa dan kedudukan tanpa membumikan perjuangan rakyat yang hak.

---------***----------

Saya sendiri masih belajar dalam bidang kejuruteraan yang secara besarnya menggunakan Bahasa Inggeris sebagai modus pengajarannya. Namun, apa kuasa saya untuk mengubah. Tetapi harapan saya dengan tertulisnya artikel ini, maka dapatlah menggerakkan minda rakyat agar boleh berfikir tentang isu ini dari segi aspek yang berlainan.

Perlaksanaan PPSMI mempunyai baik dan buruknya, mungkin perlu dirombak sistemnya agar lebih menguntungkan bahasa kita sendiri di masa hadapan. Bagus untuk menjadi bangsa yang mempunyai bahasa yang berstatus ilmu seperti bahasa ini pada satu ketika dahulu (baca: Melaka), namun kegopohan kita kadangkala memberikan kesan jangka panjang yang pasti susah untuk diubah kelak.
Wallahu'alam.

*kerja rumah anda
DISINI, SINI dan SINI

Tuesday, February 10, 2009

Lompat Katak dan Demagogi Politik

salam,

Situasi sekeliling membuatkan rakyat tersepit dicelah-celah kerakusan politik pemimpin yang hanya dahagakan kuasa. Sedikit sangat politikus yang bersifat seorang negarawan yang betul-betul ikhlas memperjuangkan nasib rakyat tetapi hanya memikirkan kuasa yang boleh dimiliki.

Tak tahukah anda AMANAH itu perkara yang paling BERAT?

Non Partisan

dan tidak ada juga golongan-golongan yang "non-partisan" yang boleh menjadi "kuasa ketiga" untuk meredakan kemelut politik negara (baca: Perak). Apa makna sebenarnya "non-partisan" ini? Saya sendiri baru belajar akan istilah ini, namun apa yang saya fahami "non-partisan" adalah


Non-partisan disini bermakna tidak fanatik kepada mana-mana pihak dalam amal ma’ruf nahi mungkar. Menegur kerana kesalahan bukan kerana pihak tersebut bukan daripada kumpulan kita maka semua benda yang mereka buat, hatta yang baik sekalipun dituduh salah ataupun kita diam membisu tidak mengiktiraf perbuatan baik tersebut.


itu apa yang saya petik dari laman Rausyanfikir

Saya pun tahu, dan anda juga, rakyat kini sudah muak dengan permainan politik tidak kira daripada pembangkang mahupun kerajaan yang seolah-olah tidak matang dalam hal ini. Sepatutnya perlu ada satu teguran khusus buat kedua-dia pihak yang dikeluarkan oleh satu badan yang betul-betul boleh memberi impak terus secara luas kepada mereka. Barulah mereka sedar akan perbuatan jijik mereka ini. Jijik-kah? Anda fikirkan siapa yang menjijikkan politik.

PR sendiri mahupun BN langsung tidak mengambil sikap "non-partisan" yang saya katakan tadi. Keras kepala dalam segala hal yang bertentangan tanpa sebarang penyelesaian yang boleh dibawa berbincang. Pernah saya utarakan hal ini bersama-sama rakan namun jawapan yang mudah.

Inilah POLITIK. Betul-kah?

maka tidak hairanlah, orang Melayu kini berpecah-pecah akibat manifestasi yang kadangkala lucu serta mempamerkan pergeseran mereka kepada rakyat yang akhirnya membawa kepada perpecahan yang saya sebutkan tadi.

Bukan semua manifestasi mereka tidak elok. Tetapi yang ini, anda pun tahu kan.

Mengapa di Amerika Syarikat, ketika pemilihan Presiden dahulu (baca:Parti Demokrat). Hillary Clinton dan juga Barrack Obama adalah seteru politik yang mempunyai kelas tersendiri. Namun kini, mereka boleh duduk dalam satu kabinet yang sama. Ini bukan soal lompat katak, tetapi ini soal prinsip berpolitik mereka secara amnya dan adab secara khususnya. Memang konsep politik mereka berbeza tetapi tidak bolehkah konsep ini (baca:adab dan cara) diterima pakai oleh kita?

Kenapa kita susah bersatu selepas selesai bertarung di pentas "politik"?



Saya pernah dengar pantun ini dari orang lama,

Anak Raja mencari kayu,
Kayu dibuat titi-titian;
Malang sungguh orang Melayu,
Pemimpinnya dengki-dengkian.

Kemelut Politik Perak

Dalam perkara yang terjadi di Perak, bagi saya ini memang amat memalukan bagi kita (baca:Melayu). Walaupun DAP mempunyai banyak kerusi dalam negeri tersebut (baca:Pakatan Rakyat) namun mereka tidak bising-bising jika dibandingkan dengan bangsa kita sendiri yang kadangkala sangat jumud pemikirannya sehingga menyebabkan perpaduan tergadai akibat fahaman politik yang berbeza.

Seringkali disebutkan UMNO perlu ditumbangkan kerana mereka kerajaan sekular. Saya ingin bertanya kepada anda, apakah maksud sekular itu secara khusus dalam fahaman anda? yang saya lihat, yang paling sering dilaung-laungkan adalah sekular yang begitu disempitkan dalam aspek politik sahaja. Rakyat sebenarnya kurang faham akan perkara ini. Pentas politik negara kini adalah bagi saya, cerminan kepada sekularisme itu sendiri. Bukan-kah begitu?

Saya melihat ini adalah kerana orang Melayu (baca:Malaysia) itu sendiri mengalami kekeliruan ilmu yang akhirnya mewujudkan puak-puak dalam bangsa sendiri.

Demagogi Politik Malaysia vs Demokrasi

Apa itu Demagogi? menurut Wikipedia

Demagogy (also demagoguery) (Ancient Greek δημαγωγία, from δῆμος dēmos "people" and ἄγειν agein "to lead") refers to a political strategy for obtaining and gaining political power by appealing to the popular prejudices, emotions, fears and expectations of the public — typically via impassioned rhetoric and propaganda, and often using nationalist or populist themes.

Memang kita di Malaysia mengamalkan Demokrasi Berparlimen sejak negara kita merdeka pada 1957 lagi. Namun begitu, politik masa kini (sebenarnya dulu-dulu pun) ada mengamalkan Demokrasi yang disulamkan dengan Demagogi supaya timbul rasa perjudis dan kekeliruan kepada rakyat supaya matlamat politik pihak-pihak tertentu tercapai. Jijik tak?

Hitler sendiri mengamalkan Demagogi dalam usahanya memenangi hati rakyat supaya memperoleh kuasa.


A famous usage was by the aging Erich Ludendorff, who was for a time a strong supporter of the early rise of Adolf Hitler and Nazi Germany. After learning of Hitler's appointment as Chancellor, he expressed his disappointment to German President Paul von Hindenburg

"By appointing Hitler Chancellor of the Reich, you have handed over our sacred German Fatherland to one of the greatest demagogues of all time. I prophesy to you this evil man will plunge our Reich into the abyss and will inflict immeasurable woe on our nation. Future generations will curse you in your grave for this action."

Hitler indeed would become regarded as perhaps the epitome of a demagogue, having successfully risen to power through appeals to the ethnic and nationalistic prejudices and vanities of the German people.


Itu yang saya dapat daripada Wikipedia.

Jadi di Malaysia pun ada bukan? Ia seringkali terjadi, terutamanya ketika kempen-kempen politik sewaktu PRU mahupun PRK. Anda nak lebih tahu? Cuba baca sendiri di Wikipedia TEKAN SINI. Ini bukan tujuan menghasut tetapi kita sebagai rakyat Malaysia perlu menyedarkan diri kita sendiri supaya situasi politik negara menjadi lebih baik daripada hari ini.

Siapa mahukan keganasan dan kekacauan. Saya mahukan kedamaian dan perpaduan tidak kira kaum apa pun. Sebagai seorang rakyat Malaysia, saya sangat sayang negara ini. Anda?

Saturday, September 6, 2008

perlu atau tidak?

salam..bagi aku, perlu atau tidak untuk minta maaf atas apa yang telah kita buat dan lakukan adalah perlu. Seseorang itu perlu minta maaf jika apa sahaja yg dia lakukan menyinggung atau menimbulkan rasa tidak senang dalam hati org lain.

kelmarin, satu malaysia gegar, bila satu topik yg dikatakan racist telah di uar-uarkan dalam media. Tak kira surat khabar, internet atau pun TV. Dikatakan Datuk Ismail Ahmad (Ketua Umno Bhg. Bukit Bendera) telah menimbulkan isu perkauman apabila memperkatakan bahawa kaum Cina hanyalah menumpang di negara ini. (baca: sebelum merdeka) ketika ceramah sewaktu pilihan raya kecil Permatang Pauh


sudah jelas lagi terang, kita sebagai orang melayu selalu dilakukan sebegini. Apabila kita cakap sikit pasal kaum itu atau kaum ini, sudah,tanpa usul periksa habis kene hentam org melayu. Disuruh untuk meminta maaf, tapi bila mereka (baca: tidak semua) membangkitkan isu yg lebih kurang sama jugak (baca :HINDRAF, Negarakuku). Orang Melayu tidak semua yg gelabah2 suruh diorang minta maaf.

sejak dulu lagi org melayu ni terkenal dgn sikapnya yg lemah lembut, pemaaf dan baik hati. Tapi jgn sekali2 dicabar kerana padahnya pasti perit utk diterima.

bagi aku isu ini, sgt tidak baik untuk diuar2kan. Media sepatutnya tak yah la nak mengade2 ekploitasikan isu ni. Sekarang dah jadi isu yg satu mcam duri dalam daging pulak baik dalam gugusan rakyat malaysia, lebih2 lagi Barisan Nasional. Dah la Barisan Nasional sudah dalam keadaan yg boleh dikatakan tidak bagus seperti dulu (ditambah lg dgn masalah dalamannya, rasuah) memang menjadi satu hentaman yg cukup kuat bg BN.

Kita sebagai org Melayu kena selalu berfikiran ke depan, kena fikirkn masih relevan atau tidak cara kita kini jika diteruskan untuk masa2 akan datang, adakah masih relevan kita sebagai orang Melayu terus menerus dibantu, terus menerus diberi tongkat dan bantuan yang akhirnya akan menjadi satu macam point atau sebab untuk kita dipertikai. Memang itu adalah hak kita, tapi dgn hak-hak ini lah sepatutnya kita lagi kuat, kita lagi berdaya saing, kita lagi hebat supaya kita tidak dipersoal. Sekarang dah x mcm dulu, sekarang semua persaingan sama ada akademik, ekonomi, politik sudah menjadi satu persaingan yg sempurna, mana2 org yg tak mencapai tahap pasti tertinggal kat belakang.

Hendak tak hendak kita kene terima, Malaysia adalah satu negara berbilang bangsa dan agama, walaupun mcm tu, bagi aku masa untuk memikirkan nasib bangsa sendiri masih lagi perlu ada dalam semua kaum2 kat malaysia ni, supaya masing2 boleh memperbaiki diri masing2. Tapi, sensitiviti kaum perlu dijaga, baik org cina, india mahupun melayu. Memang kadangkala perlu untuk membuat perbandingan tapi yg pnting bagi aku kita cermin dulu diri kat mana kita berada sekarang.

bagi aku mesej yg hendak disampaikan oleh Datuk Ismail Ahmad sudah boleh difahamkan oleh org ramai. Memang sampai kepada semua, jadi bagi aku jika beliau meminta maaf pun langsung tidak menjejaskan mesej itu. Pada pandangan aku, katakan kita tidak membuat sumthing yg tidak salah, tapi kadang2 org lain pandang bnde tu tak btul. Jadi apa salahnya, jika kita mintak maaf, tidak effect ape pun pada diri kita. Yang penting mesej itu sampai. Bukan minta maaf itu menjatuhkan maruah kita. Memang kadang2 kita fikir mcm tu, tapi jika direnungkan dgn mendalam, aku rase rakyat dan org ramai boleh faham.

kesimpulannya, aku sebagai seorang remaja melayu Islam amat sayang pada negara yg aku duduk ini, kalau boleh tak nak ade langsung sifat ingin membangkitkan sensitiviti perkauman, cuma masing2 perlu tahu had masing2. Hanya dengan cara itu, Malaysia yg lebih baik dpt diwujudkan.

Lain kali aku rasa nk menulis pasal negara Malaysia dan Islam pada pandangan aku lepas aku habis menelaah beberapa buku pasal Jihad. Till then

Saturday, August 30, 2008

DAH SEDIA?

Malaysia kearah negare bangsa

Melayu+Cina+India = Bangsa Malaysia

nak tak hndak, trpakse terima kenyataan, dulu Dr. Mahathir pun penah suarakan supaya UiTM dibuka untuk non-bumis. Alasannya supaya org Melayu lebih kuat kerane perlu bersaing dgn bangsa lain. Persoalannya, bersediakah kita, mampukah kite? X ksah dimane2 pun, IPTA/S, bidang professional, alam pekerjaan, ekonomi..Melayu masih dibawah bangsa lain. Kini, org India pun dah mula perbaiki nasib bangsa mereka. Bangsa lain, mereka kuat dan mampu bersaing sebab mereka tidak dimanjakan, mereka bukannya spoilt child. Mereka sedar mereka hanyalah bangsa yg menumpang dibumi Malaysia, walaupun mereka diberi kerakyatan, tapi hak2 mereka sbagai rakyat tidak sama dengan org bumiputra.

Untuk menjaga hak org melayu supaya tidak terus terhakis, kerajaan dibawah pimpinan Tun Abdull Razak telah memperkenalkan DEB (dasar ekonomi baru), UiTM/ITM termasuk dalam agenda DEB. Semuanya dibuat utk anak bangsa supaya boleh berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dgn org lain. Tapi malangnya sampai ke hari ini, walaupun UiTM sudah lbih 50 tahun didirikan/ditubuhkan masih belum mampu menyamaratakan profesional melayu. Kadar yg dikeluarkan saban tahun mmg bnyak, tetapi ada yg kcundang sama ada (grad awal, dismiss, kantoi exam, ataupun kantoi di dunia luar). Aku sendiri mengakui, diri aku sndiri masih x dpt buat yg terbaik utk bngsa aku sendiri, aku sendiri x rajin belaja, malas nak rase susah. Sebab ape? sbb sume dah dberi. Sebab ramai antara kita jadi "spoilt child". Terlalu lama berada dalam keadaan selesa.

Order baru Malaysia kini, yang menampakkan kematangan rakyat dari segi berfikir menyebabkan kuasa politik Melayu juga makin terhakis. Rakyat kini tidak lg trpengaruh dgn gula2 yg diberi. Mereka kini lbih mahukan kestabilan hak, politik dan kuasa. Semua wakil dari bangsa yg ada kt malaysia ni mesti punyai kuasa dan hak yg sama. Sebab itu cara politik UMNO/BN tidak lagi relevan pada masa kini.

Dahulu dimana bangsa2 lain tiada jalan/pembela, mereka tidak berani pun bersuara apatah lagi membantah. Kini, PKR yg mana diketuai oleh org Melayu dan disokong kuat oleh DAP (Parti yg bertanggungjawab dalam tragedi 13 Mei) membuka jalan yg luas. Kemunculan golongan Melayu yg berfikiran matang, yg berfikiran supaya orang Melayu mesti lebih berdikari, mesti berdiri atas kaki sendiri (dengan harapan Melayu lebih gagah pada masa hadapan) telah menambahkan impak terhadap masalah ini. Secara jujurnya, aku menyokong pandangan mereka tetapi dengan satu persoalan yg besar dalam kepale BERSEDIA KAH KITA BANGSA MELAYU UNTUK BERDIRI ATAS KAKI SENDIRI???