Showing posts with label studies. Show all posts
Showing posts with label studies. Show all posts

Thursday, February 14, 2013

La Tahzan

Salaam. Ini deja vu. Haha. Memang akan saya ulangi ayat ini seberapa kali yang saya mahu. Terutamanya apabila sudah lama tidak ada artikel terbaru (artikel bergambar tidak termasuk). Selang berberapa jam sahaja, keputusan peperiksaan semester lepas akan diumumkan. Kali ini, ia adalah satu keputusan yang saya rasa menjadi satu titik penting dalam perjalanan saya di bumi Tuhan ini.

Apa yang menariknya adalah, dalam enam subjek yang ada peperiksaan akhir semester lepas, satu daripadanya adalah subjek yang saya sudah gagal sebanyak dua kali. Jadi, yang ini kali ketiga. Banyaknya usaha saya pada semester lepas saya beratkan ke subjek ini, kerana ia menjadi titik tolak sama ada saya dapat meneruskan semester akan datang ataupun tidak.

Ada dalam beberapa artikel dua tahun yang lalu, saya menceritakan perihal kesusahan dan kerisauan saya terhadap bidang yang saya ambil ini. Alhamdulillah, saya berjaya mengharungi dunia Diploma saya dengan segulung kertas yang diidam-idamkan oleh semua orang. Cumanya perlumbaan kali ini lebih getir dan mencabar. Terkadang saya berasa, ingin sahaja berputus asa.

Kerisauan saya ini, bukanlah saya sandarkan pada diri saya sendiri sahaja. Tetapi, saya sandarkan pada tanggungjawab saya yang banyaknya datang daripada keluarga saya sendiri. Harapan ibu bapa dan orang yang rapat dengan saya sedikit sebanyak, tidak keterlaluan saya katakan, agak membebankan. Tapi itulah hakikat kehidupan ini, apa haknya untuk saya mengeluh, hatta saya akan hadapinya jua.

Oh ya, sekarang saya habiskan masa cuti saya dengan bekerja di sebuah pejabat kajian strategik dan propaganda untuk persediaan menghadapai pilihanraya yang akan datang tak lama lagi. Inipun, artikel ini saya tulis di atas meja saya di pejabat. Memang selalunya saya akan bermalam di sini kerana jaraknya dari rumah saya ke sini agak jauh.

Saya sebolehnya tak mahu bersangka buruk dengan ketentuan Allah, tetapi, saya percaya saya sudah lakukan sehabis baik yang saya mampu pada semester yang lepas. Apa-apa keputusan yang saya dapat kelak, akan saya terima dengan hati yang terbuka, kerana insya Allah, saya membenarkan segala apa urusan tadbirNya terhadap masa depan saya.

Nikon V1 + CCTV Fujian 25mm f/1.4 + Kukirakan Detik Infra Merah
“Today is what you have and the only thing you can work with. Yesterday is gone and tomorrow isn't here yet.”
 Aidh bin Abdullah al-Qarni,  La Tahzan

Friday, March 14, 2008

SPM-ku

salam..hai sume..smlm die punya cuak sampai sarapan pun tak habis..lepas aku sarapan kat Restoran Petak..
aku mengagahkan diri untuk terus berjalan
ke Koleq walaupun kawan2 dah ada kawan aku yg dah tahu rsult. Terutamanya yang dapat stret. Mmg cuak, sbb aku bukan la
sorang budak yang pandai dan rajin. Aku nih suka memain je. Heheheh. So jalan punya jalan, smapi la depan pntu pagar Koleq.
Waktu tu, aku jalan dengan Ateng a.k.a Anas Kerenteng, Apis, Spark dan lelain lagi. Aku terjumpa mmber rapat aku.

"Weyh anas, ko dapat bape?"
Terpapar wajah nye yang sedih tu, aku lagi la brtambah cuak
"Aku dapat tiga je.."
"Takpe2, ada masa lagi, matrix bleh ni" kata aku ingin menenangkan diri dia dan diri aku.

So, aku teruskan perjalanan. Sampai2 kat foyer Ust Latib tegur aku.

"Faizzzzz, bgus, tahniah" aku pelik rr, aku dapat stret ke?
"Pendidikan Islam meningkat, apa-apa pun tahniah" la mati2 aku ingat aku stret.

Lalu aku jalan lagi. Jalan punya jalan, aku nampak ramai member aku, cemacam muka ada. Sedih, hepi, gumbira,
cam-cam lagi la. Aku x sabar, trus pegi kat Miss Grace, teacher kelas 5sc4. Sampai2 je, die geleng pale.

"Ni sapa ni?" kata die
"Gud morning teacher"
"Ahmad Nurfaiz, sekejap eh"
Die hulur tgn, aku salam la, pstuh die tepuk aku,
"Kamu ni suke main la, kalau rajin sket sure dah stret" kata Miss Grace

AKu pun usha2 la slip aku tu


Alhamdulillah, dapt 7A 2B 1C. Hehe..okay la tu, bagi aku budak yg ske main hari2. Aku mmg taget 7 or 8..bleh kate aku puas hati la jgak. Aku jmpe rami ckgu jugak haritu, ucap terima kasih, aku call Cikgu SAfuan, bagitahu die. Sbb die antara cikgu yang baik nagn aku. Patut nye Koleq Mag dapat haritu tapi, orang delivery tuh x antar. Hampeh tul. Hmmm..maybe lpas nih aku kene kurangkan main kot. Member baik aku Em, die dapat 3 gak, sian aku tgk die, tapi x pe aku doakan yg terbaik untuk die dan kengkwan yang lain.


Ape-ape pun, lpas nih nk smbung blaja lgi. Aku apply Civil Engineering sbagai pilihan utama, sbb nak kene smbung bisnes keluarga. Okaylah, sehingga next post..papai~

Tuesday, March 11, 2008

weyh esok rsult

salam...hehe..aku kat kuale ni..esok rsult spm kuar..bru habis jenjalan gi jamming pastu gi koleq tgk2 budak band jenjamming orkes..hehe..weyh korang, esok result kuar spm, cuak seyh..korang doakan la eh..semoga aku dpt rsult bgus..esok aku apdet lagi..huhu papai~