Saturday, December 6, 2008

Tiada Bunyi, Firefox Crash Dalam Ubuntu 8.04?

Salam..anda menggunakan distro Linux Ubuntu 8.04, pernahkah anda mengalami bug ini:-

  • Firefox anda crash apabila aplikasi flash dijalankan serentak dengan Pidgin, Totem Player atau mana-mana aplikasi yang memaparkan video?
  • Linux box anda merajuk (hang) apablia banyak tab dibuka yang melibatkan flash?
  • Linux box anda langsung tidak mengeluarkan bunyi apabila mp3 dipasangkan serentak bersama-sama dengan aplikasi flash?


Jika itu pernah berlaku, maka anda mengalami masalah dengan PulseAudio.

Apakah itu PulseAudio?

PulseAudio adalah satu "advanced sound server" yang mana asalnya telah dimasukkan dalam Ubuntu (baca: versi GNOME yang asal) sejak pengeluaran Hardy Heron 8.04 lagi. Malangnya, Hardy telah disertakan dengan konfigurasi PulseAudio yang suboptimal dan akhirnya memberi kesan kepada pengguna itu sendiri. Ramai yang menghadapi masalah seperti Firefox crash, dan mixing sound yang sepenuhnya tidak berfungsi. PulseAudio dalam keluaran terbaru Ubuntu Interprid Ibex 8.10 sepatutnya berfungsi dengan baik.

Saya bahagikan kepada 2 bahagian, A dan B, fix ini hanya untuk pengguna Hardy 8.04, bagi pengguna Interprid saya akan review selepas ini.

Bahagian A

1) Command ini akan backup dan delete konfigurasi asal.
$ mkdir ~/pulse-backup && cp -r ~/.pulse ~/.asound* /etc/asound.conf /etc/pulse -t ~/pulse-backup/
$ sudo rm -r ~/.pulse ~/.asound* /etc/asound.conf


Nota: Jangan risau jika anda tiada konfigurasi ini dalam sistem.

2) Pastikan anda telah install Adobe Flash dan konfigurasi PulseAudio yang diperlukan.
 $ sudo apt-get install libasound2-plugins padevchooser libao-pulse libsdl1.2debian-pulseaudio flashplugin-nonfree


3) Pastikan "libflashsupport" libraries tidak diinstall.
$ sudo apt-get remove --purge libflashsupport flashplugin-nonfree-extrasound


4) Buka System --> Preferences --> Sound. Dalam ruangan Devices, pastikan semua pilihan "Sound Playback" disetkan kepada Autodetect. Setkan juga item "Sound Capture" kepada "PulseAudio". Tutup aplikasi setelah selesai

5) Buka aplikasi PulseAudio Volume Control ("pavucontrol", atau anda boleh buka daripada Applications --> Sound & Video --> PulseAudio Device Chooser.

Setelah itu, pilih Volume Control daripada "applet's menu". Pada Output Devices, anda akan dapat lihat suatu senarai Playback Devices yang ada dalam sistem anda. Right-click pada pilihan yang dikehendaki untuk dijadikan sebagai default playback device dalam sistem anda dan "enable"kan pilihan "Default". Lakukan perkara yang sama dengan Input Devices, right-click pada device yang anda kehendaki sebagai input device (mikrofon), pastikan anda pilih "Default". Tutup aplikasi apabila selesai.

Nota: Jika anda mendapat error "Connection failed: Connection refused", anda boleh lancarkan PulseAudio secara manual sebelum membuka aplikasi PulseAudio Volume Control. Buka terminal dan taipkan
$ pulseaudio & pavucontrol


Bahagian B

1)Edit /etc/apt/sources.list:
$ gksudo gedit /etc/apt/sources.list


Jika tiada, masukkan line dibawah ini, save dan exit.
# PulseAudio Fixes - http://ubuntuforums.org/showthread.php?t=789578
deb http://ppa.launchpad.net/psyke83/ubuntu hardy main
deb-src http://ppa.launchpad.net/psyke83/ubuntu hardy main


2) Kemaskini repositories anda dan upgrade packages:
$ sudo apt-get update && sudo apt-get dist-upgrade


Nota: Jika anda terjumpa output seperti ini "some packages cannot be authenticated" -itu adalah normal, hanya tekan "y" untuk membolehkan proses diterus.

3) "enable"kan plugins PulseAudio ALSA
$ asoundconf set-pulseaudio


Note: Sila tunggu sehingga upgraded packages pada langkah sebelum ini selesai sebelum menggunakan command ini. Packages itu mempunyai patch untuk "asoundconf" bagi memastikan ia boleh meng"enable"kan PulseAudio plugins dengan betul.

4) Reboot sistem anda untuk perubahan. Selamat berjaya

2 comments:

LinuxMalaysia said...

Bagus tul artikel. Walaupun tak cuba lagi tapi sudah boleh cuba untuk selesaikan kenapa Ubuntu 8.10 64bit aku tu asyik makin slow aje bila dibiarkan berhari-hari. Tak boleh test lagi cuti ni aku pakai centos 5.2 kat rumah.

Nurfaiz Foat said...

#LinuxMalaysia : Rasanya dekat 8.10, bugs ni dah fixed kot. Tapi menurut forums ubuntu international, bugs nih mungkin boleh terjadi lagi, atas sebab ubuntu 8.10 still di shipped kan dengan konfigurasi PulseAudio yang suboptimal lg. Mintak2 tyme Jaunty nanti dah setel ;D