Wednesday, December 17, 2008

Linux Untuk Semua (The Making)

salam..hehehehe...suda lame x buat baju..hari ni akhirnya siap jugak baju ubuntu aku...kali ni aku memilih design yang simple2 je. Kat seblah depan aku letak logo **Ubuntu ngan tulisan. Belakang aku tulis, "Linux Untuk Semua". Kebanyakan baju **Ubuntu yang ada kat Malaysia adalah dalam english so, aku nak lain dari yang lain buat la baju sendiri. Actually, before this pun ade 2 helai baju yang aku dah buat, iaitu "Sayangi Dunia Kamu" dgn "Kongsi Itu Kuasa"

Oke, secara macam biase nye, pertama sekali, mesti design dlu, macam yang aku cakap tadi design kali ni simple je.

Oke, bahan2 nya adalah

4 kertas A4 (nak buat stensil)
4 plastik pembalut makanan bersaiz A4 (yang nipis tu)
1 helai tshirt kosong (apa2 kaler)
1 set Fabric Dye (boleh dapat di kedai2 seni atau stationary), sebagus2nya cari rr 3 kaler, RGB
1 berus melukis (nak banyak pun x pe)
1 pisau yang maha tajam (hobby knife Xacto)
dan apa2 yang anda rasa patut ada ketika nak buat baju
80% Kesabaran + 10% Kerajinan + 9% Semangat + 1% Bakat

Oke, first step, memandangkan x pkai silkscreen, so pkai stensil je la, dekat malaysia xde freezer paper (susah nak cari) so kene buat yang handmade nye rrr...
Anda kene "iron"kan plastik tu dengan kertas tu, nanti die akan melekat so senang nak buat stensil (Tips: sila bajet2 kepanasan iron tu, buat try and error, anda akan paham bile try nanti)
Print/Lukis/Lakar design anda diatas stensil tadi dan potong dengan berhati-hati (pisau tu kan tajam)

Apabila sudah siap, bajet2 dan agak2 di bahagian mana di tshirt kosong tu anda nak letak design tu. Atas ke, bawah ke. Mana2 je (ikut kreativiti). Apabila dah confirm, iron kan atas tshirt (jangan risau, x rosakkan fabrik) dia akan melekat kat baju tu so apabila kaler nanti x de la keluar2.

Sekarang masa yang paling best+seronok, mewarna. Warna berhati-hati, jangan sampai kaler tu bleeding (keluar-keluar). Jangan cairkan cat anda kerana akan merosakkan design (apabila cat cair, senang bleed, x kemas)


Siap, depan dan belakang, bukak stensil anda. Ta dAAAA. Tunggu sehingga betul2 kering dan "iron"kan dengan suhu yang agak panas agar warna itu melekat. Selamat mencuba


*wajah model terpakse diblurkan atas sebab-sebab keselamatan
**© 2008 Canonical Ltd. Ubuntu dan logo Ubuntu adalah hakmilik Canonical Ltd.

4 comments:

Anonymous said...

aku pun ada produk ubuntu..baru je lancarakan...hahaha...wusha2 le web aku tu...

farida tarmize said...

wooo..adik ak berkenan seyh

Nurfaiz Foat said...

heheheh..kau pkai kubuntu ker??

B Hunter said...

peghh.. nak satu..