Tuesday, January 8, 2008

Sepuluh Tahun Sebelum Merdeka

salam..post kali ini aku nak mengkisahkan satu dokumentari yang pada mulanya aku rasa macam dokumetari biasa je. Aku first dengar pasal ni pun waktu Rantai Art Fest buat satu slot pasal dokumentari ni. Aku nak tengok tapi terlepas sebab hari tu aku ada urusan kat tempat lain. Actually, filem ni dah mula ditayangkan tahun lepas lagi dalam bulan September, cuma waktu tuh aku sibuk dengan persiapan SPM so aku agak tidak mengikuti perkembangan semasa jugak la.


Korang jangan judge filem ni by only judging tajuk die atau berdasarkan poster ni aje. Korang sepatutnya tengok filem nih. Aku sarankan kepada semua la. Tak kira generasi muda, tua, kanak-kanak mahupun remaja. Even aku pun pernah terbaca pasal ada perjuangan kemerdekaan yang telah "dilupakan" oleh generasi zaman sekarang. Pernah baca Mastika keluaran Julai-Ogos 2007? Sure korang tahu apa aku maksudkan. Pernah dengar API, BATAS, AMCJA atau Pelembagaan Rakyat?

Dengan beberapa nama parti ni sure ada yang dah boleh bajet apa sebenarnya isi filem ini. Filem dokumentari ni mengisahkan perjuangan parti politik kiri yang menuntut kemerdekaan negara selepas Jepun menyerah kalah. Tapi perjuangan mereka ...Hmmm tak tahu la, dilupakan atau pun sengaja tak disebut dalam buku teks sekolah. Lepas aku tengok filem ni, baru aku tahu dengan lebih jelas, apa peristiwa yang sebenar-benarnya berlaku dulu. Dalam buku teks, parti-parti politik ni digelar sebagai parti yang radikal kerana terlalu cepat inginkan kemerdekaan Malaya. Itu apa yang kita belajarlah.

Bagi aku filem ni memberikan kesedaran dan satu macam kepentingan bagi kita untuk menghargai pejuang-pejuang kemerdekaan negara kita dahulu. Walaupun perubahan yang dilakukan tidak nampak ataupun mungkin dicop radikal tetapi sebenarnya, merekalah pencetus idea kepada semua rakyat Tanah Melayu waktu itu tentang erti kemerdekaan. Apa-apa pun, aku syorkan untuk korang filem ni. Tengoklah dan hayati mesejnya...till then..papai~
Trailer Filem


klik sini untuk cerita lebih
*Sepuluh Tahun Sebelum Merdeka

Add to Technorati Favorites

No comments: