salam...tajuk semacam je kan..semenjak aku tengok scene indie kat Malaysia nih semakin galak sekali ibarat Panadol Soluble diletakkan dalam air, terutamanya label-label t-shirt yang sekarang nih tumbuh ibarat cendawan selepas hujan. Berlambak-lambak. Apa-apapun bagus la macam tuh. Pernah dengar Kurasaraksasa, I Heart KL, Chonteng, Retak, Pop Malaya atau Blacksheep Clothing? Nama-nama nih sume adalah nama label t-shirt2 indie yang ada kat negara kita nih. Ada yang tahu, ada jugak yang tak tahu. Aku rasalakan nih semua sebab cerita KAMI la. Btul tak, cerita nih telah membuka mata ramai orang especially remaja tentang scene indie kat Malaysia. Kalau dulu orang tak tahu, sekarang orang jadi tahu.
Namun, bukan tu point utama aku kali nih..hehe. So, korang pun tahu aku minat dalam seni nih. Banyak jugak punyai t-shirt2 label tempatan. Tapi, aku terfikir, why not aku buat sendiri je. So, setelah dua hari melakukan research, aku jumpa satu teknik buat t-shirt yang digelar "Stencil T-Shirt". Label Kurasaraksasa pun pakai teknik nih jugak, tu la sebab t-shirt diorang just sikit je, sape cepat dia dapat. Handmade la katakan. Aku jumpa video nih kat Youtube.
So, berbekalkan duit yang ada serta pengalaman serba sedikit dalam potong-memotong ni. Aku pun pergi la kedai hardware. Cari ingredient nak wat t-shirt. Baju kosong memang aku dah ada. Zaman aku form 1. Tak guna langsung, so daripada aku buat kain lap baik aku buat t-shirt.
Bahan-bahannya:
1 helai t-shirt kosong (sukati korang nak kaler ape)
1 bijik komputer lengkap dengan printer dan kertas
1 jenis perisian mengedit gambar (aku prefer photoshop)
1 + 1 (sukati korang nak berapa kaler) paint spray (make sure Arcrylic)
1 bilah cutter yang maha tajam
1 naskhah surat khabar lama (nak buat lapik)
1 roll maskin tape (buat furnishing rr supaya kemas)
Then, bende paling penting korang mesti ada design dulu, sukati korang la nak design ape tapi make sure smart la. Kali nih, aku nak support kempen Save The World. Ye la dunia sekarang kan dah sakit. So, I came out dengan design ni. Ni just design awal, then aku tukar-tukar sikit.
Yes, sayangiduniakamu, tu la design die. Kalau korang perasan nanti hasil die aku ada ubah sikit.
So, setelah hampir semalaman punya kerja. Aku berjaya menghasilkan ini.
Amacam okay? First time bwat bagi aku boleh la tahan. Apa-apa pun, tunggu apa lagi buatla t-shirt korang sendiri jugak..till then..papai~
No comments:
Post a Comment