Sunday, January 20, 2008

satu hari dalam hidup

salam...agak lama la aku tak post bende baru kat blog nih. Hidup kebelakangan nih agak sibuk, actually takdelah sibuk mana. Cuma takde cerita yang nak dikongsikan. So, this past few days, my life was like usual. Nothing special happened. This week aku agak terlepas banyak event kat luar tu, espesially event Youth '08 kat PWTC. Banyak band indie yang datang like HUJAN, MUH, label-label baju pun banyak yang dijemput untuk buka booth kat situ like Kurasaraksasa, Chonteng, Blacksheep Clothing, Retak dan Curiga. Maybe kerajaan dah start pandang scene indie sekarang kot.

Weekend nih aku habiskan masa aku pergi umah kakak aku kat Shah Alam, then harini (Ahad) aku balik rumah nenek sebelah Ayah aku, just melawat, jumpa and bende-bende biasa. Ayah aku cakap die nak berbakti kat orang tua die selagi umur masih ada. Actually nenek aku pun dah agak tua la, Ayah aku pun dah umur 51 tahun, abang sulung die dah 55 tahun so nenek aku probably tambah lagi 16 tahun la kot. So agak tua la. Everydays event do taught me lot of things and gave me more experiences supaya aku lebih matang dalam menyelusuri hari-hari mendatang.

Lesen kereta tak setel lagi, mana taknya. Lesen L aku sangkut kat JPJ. Lambat betul la. Agak bengang jugak la. Tapi nak wat camne kan. So just tunggu, hopefully by this coming Februari or late March setel la lesen aku. Ayah aku ada cakap that I may use my mom MyVi to go back to Kuale to take SPM result. Tapi aku tak berani la. Hmmm...and ayah ada cakap jugak if aku dapat masuk Universiti local, he might buy me Kelisa. Huhu..tapi aku tak pernah mintak pun. Dalam hidup nih aku rasa ayah aku la ayah yang the best. Maybe pengalaman hidup dia yang susah dulu mengajar die something and dia tak nak anak-anak dia rasa kot.

Semalam, waktu aku tido. Aku mimpi aku dapat tawaran masuk UNiSEL and aku dapat course
Automotive Engineering. Sebenarnya, cita-cita aku nak Mechanical Engineering. Ntah macam mane , mimpi pulak dapat lain. Hahahahah...tapi tak kisahla, janji aku dapat continue study. Aku punya kecenderungan nak dapat study kat Malaysia lebih daripada aku nak futher study kat overseas. Tak tahu kenapa, maybe sebab aku nak pursue cita-cita aku yang lain kot. Kalau boleh, aku nak habiskan masa remaja aku selain study dengan berkecimpung dalam scene indie kat Malaysia nih. Macam best la pulak, organize sana-sini, gig la, art event la. Sebabkan minat aku ke arah seni dan muzik sejak awal remaja lagi. Tengoklah macam mana nanti.

Malam nih panas la, agaknya sebab petang tadi awan kurang sangat kot. Selalu aku pasang kipas nombor satu je, tapi malam ni pasang nombor dua. Apa-apa pun, like always, aku sentiasa jadikan life aku esok lagi baik dari harini. Sekarang tengah simpan duit nak renovate bilik aku, nak tukar cat, nak tukar curtain, nak beli handphone baru and nak satu dSLR. Till then, gud nite, papai~

Add to Technorati Favorites

No comments: