salam...so..apa nak cakap lagi..sure korang sume dah tahukan..kecoh berita nih satu Malaya..pada 9 Januari lalu seorang lagi kanak-kanak perempuan telah hilang akibat diculik seorang yang digelar suspeknya sebagai Lelaki Kucing. Mengikut laporan Utusan Malaysia, dalam kejadian tu kira-kira pukul 11.30 pagi 9hb Januari 2008, Sharlinie dengan kakaknya Sharliena, 8, yang on the way balik ke rumah dari bermain di taman permainan berdekatan rumahnya di Jalan PJS2C/11N, Taman Medan, hilang ‘dalam sekelip mata’.adik Sharlinie ni hilang hanya 24 jam selepas Nur Fatiha Zaidi, 6, diculik seorang lelaki ketika sedang bermain sendirian pada pukul 5 petang di pekarangan flat Desa Sepakat Sri Manja, Kampung Medan, kira-kira dua kilometer dari lokasi Sharlinie diculik. Namun, adik Nur Fatiha ni dijumpai semula selepas 3 jam di Wangsa Maju.
Yang kesiannya sampai sekarang tak jumpa lagi masalahnya. Semua pintu sempadan negara dah dikawal rapi. Poster-poster telah disebar meluas melalui media cetak mahupun elektronik. Fotofit suspek juga telah dibuat dan juga telah disebarkan. Kejadian ni bagi aku telah menimbulkan suatu macam situasi kesedaran bagi orang ramai supaya lebih berwaspada dengan anak-anak diorang. Mana taknya, berdasarkan kes yang lepas iaitu Nurin Jazlin, memang menyayat hati. Ikut hati aku kalau jumpa siapa yang buat tuh memang aku kencing kat muka dia.
Apa yang telah dilakukan oleh pihak berkuasa sekarang memang on the right track dah. Just sekarang kita berdoa je la supaya suspek tu dapat diberkas segera. TV harini dah beritahu bahawa khidmat hipnosis juga telah diambil kira sebagai mempelbagaikan modus operandi untuk settle kan kes ini. Aku rasa, pihak Polis juga patut guna khidmat Psikik sebab kat negara-negara asing, beberapa kes dapat diselesaikan menggunakan cara ini.
No comments:
Post a Comment