Sunday, January 27, 2008

Trimas Korang!!!



salam...alhamdulillah..syukur ke hadrat Allah tuhan yang telah memberi aku peluang untuk hidup satu tahun lagi. Thanks juga kepada keluarga, memember aku, kawan-kawan di friendster, myspace dan jugak kat blog nih. Thanks sebab wish aku. Sesungguhnya dengan wishes korang tuh, hidup aku menjadi lebih bermakna.



Like always, ape ape pun thanks korang...till then..papai~

Add to Technorati Favorites

Thursday, January 24, 2008

Sayangi Dunia KAMU

salam...tajuk semacam je kan..semenjak aku tengok scene indie kat Malaysia nih semakin galak sekali ibarat Panadol Soluble diletakkan dalam air, terutamanya label-label t-shirt yang sekarang nih tumbuh ibarat cendawan selepas hujan. Berlambak-lambak. Apa-apapun bagus la macam tuh. Pernah dengar Kurasaraksasa, I Heart KL, Chonteng, Retak, Pop Malaya atau Blacksheep Clothing? Nama-nama nih sume adalah nama label t-shirt2 indie yang ada kat negara kita nih. Ada yang tahu, ada jugak yang tak tahu. Aku rasalakan nih semua sebab cerita KAMI la. Btul tak, cerita nih telah membuka mata ramai orang especially remaja tentang scene indie kat Malaysia. Kalau dulu orang tak tahu, sekarang orang jadi tahu.

Namun, bukan tu point utama aku kali nih..hehe. So, korang pun tahu aku minat dalam seni nih. Banyak jugak punyai t-shirt2 label tempatan. Tapi, aku terfikir, why not aku buat sendiri je. So, setelah dua hari melakukan research, aku jumpa satu teknik buat t-shirt yang digelar "Stencil T-Shirt". Label Kurasaraksasa pun pakai teknik nih jugak, tu la sebab t-shirt diorang just sikit je, sape cepat dia dapat. Handmade la katakan. Aku jumpa video nih kat Youtube.



So, berbekalkan duit yang ada serta pengalaman serba sedikit dalam potong-memotong ni. Aku pun pergi la kedai hardware. Cari ingredient nak wat t-shirt. Baju kosong memang aku dah ada. Zaman aku form 1. Tak guna langsung, so daripada aku buat kain lap baik aku buat t-shirt.

Bahan-bahannya:

1 helai t-shirt kosong (sukati korang nak kaler ape)
1 bijik komputer lengkap dengan printer dan kertas
1 jenis perisian mengedit gambar (aku prefer photoshop)
1 + 1 (sukati korang nak berapa kaler) paint spray (make sure Arcrylic)
1 bilah cutter yang maha tajam
1 naskhah surat khabar lama (nak buat lapik)
1 roll maskin tape (buat furnishing rr supaya kemas)



Then, bende paling penting korang mesti ada design dulu, sukati korang la nak design ape tapi make sure smart la. Kali nih, aku nak support kempen Save The World. Ye la dunia sekarang kan dah sakit. So, I came out dengan design ni. Ni just design awal, then aku tukar-tukar sikit.



Yes, sayangiduniakamu, tu la design die. Kalau korang perasan nanti hasil die aku ada ubah sikit.
So, setelah hampir semalaman punya kerja. Aku berjaya menghasilkan ini.




Amacam okay? First time bwat bagi aku boleh la tahan. Apa-apa pun, tunggu apa lagi buatla t-shirt korang sendiri jugak..till then..papai~

Add to Technorati Favorites

Sunday, January 20, 2008

satu hari dalam hidup

salam...agak lama la aku tak post bende baru kat blog nih. Hidup kebelakangan nih agak sibuk, actually takdelah sibuk mana. Cuma takde cerita yang nak dikongsikan. So, this past few days, my life was like usual. Nothing special happened. This week aku agak terlepas banyak event kat luar tu, espesially event Youth '08 kat PWTC. Banyak band indie yang datang like HUJAN, MUH, label-label baju pun banyak yang dijemput untuk buka booth kat situ like Kurasaraksasa, Chonteng, Blacksheep Clothing, Retak dan Curiga. Maybe kerajaan dah start pandang scene indie sekarang kot.

Weekend nih aku habiskan masa aku pergi umah kakak aku kat Shah Alam, then harini (Ahad) aku balik rumah nenek sebelah Ayah aku, just melawat, jumpa and bende-bende biasa. Ayah aku cakap die nak berbakti kat orang tua die selagi umur masih ada. Actually nenek aku pun dah agak tua la, Ayah aku pun dah umur 51 tahun, abang sulung die dah 55 tahun so nenek aku probably tambah lagi 16 tahun la kot. So agak tua la. Everydays event do taught me lot of things and gave me more experiences supaya aku lebih matang dalam menyelusuri hari-hari mendatang.

Lesen kereta tak setel lagi, mana taknya. Lesen L aku sangkut kat JPJ. Lambat betul la. Agak bengang jugak la. Tapi nak wat camne kan. So just tunggu, hopefully by this coming Februari or late March setel la lesen aku. Ayah aku ada cakap that I may use my mom MyVi to go back to Kuale to take SPM result. Tapi aku tak berani la. Hmmm...and ayah ada cakap jugak if aku dapat masuk Universiti local, he might buy me Kelisa. Huhu..tapi aku tak pernah mintak pun. Dalam hidup nih aku rasa ayah aku la ayah yang the best. Maybe pengalaman hidup dia yang susah dulu mengajar die something and dia tak nak anak-anak dia rasa kot.

Semalam, waktu aku tido. Aku mimpi aku dapat tawaran masuk UNiSEL and aku dapat course
Automotive Engineering. Sebenarnya, cita-cita aku nak Mechanical Engineering. Ntah macam mane , mimpi pulak dapat lain. Hahahahah...tapi tak kisahla, janji aku dapat continue study. Aku punya kecenderungan nak dapat study kat Malaysia lebih daripada aku nak futher study kat overseas. Tak tahu kenapa, maybe sebab aku nak pursue cita-cita aku yang lain kot. Kalau boleh, aku nak habiskan masa remaja aku selain study dengan berkecimpung dalam scene indie kat Malaysia nih. Macam best la pulak, organize sana-sini, gig la, art event la. Sebabkan minat aku ke arah seni dan muzik sejak awal remaja lagi. Tengoklah macam mana nanti.

Malam nih panas la, agaknya sebab petang tadi awan kurang sangat kot. Selalu aku pasang kipas nombor satu je, tapi malam ni pasang nombor dua. Apa-apa pun, like always, aku sentiasa jadikan life aku esok lagi baik dari harini. Sekarang tengah simpan duit nak renovate bilik aku, nak tukar cat, nak tukar curtain, nak beli handphone baru and nak satu dSLR. Till then, gud nite, papai~

Add to Technorati Favorites

Tuesday, January 15, 2008

FriendsterArt | pecahan-ku

Salam..disebabkan aku dah takde kerja nak dibuat..boring memanjang..mana taknya aku sorang je kat rumah..adik2 yang lain pergi sekolah.

Jadi aku datang dengan satu conclusion. Aku telah membina satu lagi blog, tapi blog ni memberi khidmat perkhidmatan untuk semua pengguna Friendster. Lain tak bukan. Friendster punya template la..korang boleh lah download CSS dier secara percuma. Selain itu, tempahan juga boleh dibuat tapi inform awal-awal la. Apa-apa pun klik pada gambar nih.

Banner FSart-1

Add to Technorati Favorites

Saturday, January 12, 2008

Di mana Sharlinie?

salam...so..apa nak cakap lagi..sure korang sume dah tahukan..kecoh berita nih satu Malaya..pada 9 Januari lalu seorang lagi kanak-kanak perempuan telah hilang akibat diculik seorang yang digelar suspeknya sebagai Lelaki Kucing. Mengikut laporan Utusan Malaysia, dalam kejadian tu kira-kira pukul 11.30 pagi 9hb Januari 2008, Sharlinie dengan kakaknya Sharliena, 8, yang on the way balik ke rumah dari bermain di taman permainan berdekatan rumahnya di Jalan PJS2C/11N, Taman Medan, hilang ‘dalam sekelip mata’.adik Sharlinie ni hilang hanya 24 jam selepas Nur Fatiha Zaidi, 6, diculik seorang lelaki ketika sedang bermain sendirian pada pukul 5 petang di pekarangan flat Desa Sepakat Sri Manja, Kampung Medan, kira-kira dua kilometer dari lokasi Sharlinie diculik. Namun, adik Nur Fatiha ni dijumpai semula selepas 3 jam di Wangsa Maju.
Yang kesiannya sampai sekarang tak jumpa lagi masalahnya. Semua pintu sempadan negara dah dikawal rapi. Poster-poster telah disebar meluas melalui media cetak mahupun elektronik. Fotofit suspek juga telah dibuat dan juga telah disebarkan. Kejadian ni bagi aku telah menimbulkan suatu macam situasi kesedaran bagi orang ramai supaya lebih berwaspada dengan anak-anak diorang. Mana taknya, berdasarkan kes yang lepas iaitu Nurin Jazlin, memang menyayat hati. Ikut hati aku kalau jumpa siapa yang buat tuh memang aku kencing kat muka dia.


Apa yang telah dilakukan oleh pihak berkuasa sekarang memang on the right track dah. Just sekarang kita berdoa je la supaya suspek tu dapat diberkas segera. TV harini dah beritahu bahawa khidmat hipnosis juga telah diambil kira sebagai mempelbagaikan modus operandi untuk settle kan kes ini. Aku rasa, pihak Polis juga patut guna khidmat Psikik sebab kat negara-negara asing, beberapa kes dapat diselesaikan menggunakan cara ini.

Siaran Berita Tentang Kehilangan Adik Sharlinie



Harapan aku agar adik Sharlinie selamat dan dapat dijumpai dengan segera lepas ni. So, kepada semua please pray to god for her safety Amin~papai.

Add to Technorati Favorites


Tuesday, January 8, 2008

Sepuluh Tahun Sebelum Merdeka

salam..post kali ini aku nak mengkisahkan satu dokumentari yang pada mulanya aku rasa macam dokumetari biasa je. Aku first dengar pasal ni pun waktu Rantai Art Fest buat satu slot pasal dokumentari ni. Aku nak tengok tapi terlepas sebab hari tu aku ada urusan kat tempat lain. Actually, filem ni dah mula ditayangkan tahun lepas lagi dalam bulan September, cuma waktu tuh aku sibuk dengan persiapan SPM so aku agak tidak mengikuti perkembangan semasa jugak la.


Korang jangan judge filem ni by only judging tajuk die atau berdasarkan poster ni aje. Korang sepatutnya tengok filem nih. Aku sarankan kepada semua la. Tak kira generasi muda, tua, kanak-kanak mahupun remaja. Even aku pun pernah terbaca pasal ada perjuangan kemerdekaan yang telah "dilupakan" oleh generasi zaman sekarang. Pernah baca Mastika keluaran Julai-Ogos 2007? Sure korang tahu apa aku maksudkan. Pernah dengar API, BATAS, AMCJA atau Pelembagaan Rakyat?

Dengan beberapa nama parti ni sure ada yang dah boleh bajet apa sebenarnya isi filem ini. Filem dokumentari ni mengisahkan perjuangan parti politik kiri yang menuntut kemerdekaan negara selepas Jepun menyerah kalah. Tapi perjuangan mereka ...Hmmm tak tahu la, dilupakan atau pun sengaja tak disebut dalam buku teks sekolah. Lepas aku tengok filem ni, baru aku tahu dengan lebih jelas, apa peristiwa yang sebenar-benarnya berlaku dulu. Dalam buku teks, parti-parti politik ni digelar sebagai parti yang radikal kerana terlalu cepat inginkan kemerdekaan Malaya. Itu apa yang kita belajarlah.

Bagi aku filem ni memberikan kesedaran dan satu macam kepentingan bagi kita untuk menghargai pejuang-pejuang kemerdekaan negara kita dahulu. Walaupun perubahan yang dilakukan tidak nampak ataupun mungkin dicop radikal tetapi sebenarnya, merekalah pencetus idea kepada semua rakyat Tanah Melayu waktu itu tentang erti kemerdekaan. Apa-apa pun, aku syorkan untuk korang filem ni. Tengoklah dan hayati mesejnya...till then..papai~
Trailer Filem


klik sini untuk cerita lebih
*Sepuluh Tahun Sebelum Merdeka

Add to Technorati Favorites

Monday, January 7, 2008

Jeng Jeng Jeng The Story

salam..hahaaha...aku ingat nak post pasal ni malam tadi..tapi dah sampai rumah dalam pukul 11..penat nak mampos..rasa nya macam bermain bola la pulak malam tadi. Orait, cerita dimulakan dengan aku dengan member aku, Jekbe (putrajaya) dan Po' Wang (Pahang). Ktorang gather dekat Kl Central. Waktuh kat KL central, aku ada nampak senior aku tahun 2005 dengan member2 dier yang bawak beg gitar. Aku dah syak dah, nih mesti kes nak main gig nih. Pastuh aku ada nampak Rythymist band apa ntah pakai baju petak-petak pun bawak gitar gak. Nih pun aku kata kes nak main gig. Kitaorg sampai awal kat Anexxe, pegi rr usha tempat tu dulu sebab sebelum nih tak pernah pegi Anexxe lagi just dengar-dengar je. So, ktorg pegi rr makan dulu.


Dalam pukul 1.50 tu kitorg naik balik. Sebab diorg kata start pukul 2. Naik-naik, apa pun takde lagi, so jawabnya melepak la dulu. Makin lama crowd makin ramai. Pastuh dah nampak dah vocalist Awanband, pastuh vocalist Frasa ngan band diorg, dah nak ready-ready dah. Kitorg antara yang terawal la masuk. First, main Awanband then next main band yang die nye bassist Encik DewGong dari Hujan. Band nih pun antara yang best jugak. Mesti cari lagu diorang.


Lepas tuh, pegi usha T-shirt pulak. Usha punya usha, tengok-tengok ada lagi senior aku, tapi yang nih tahun 2003 la. Die bukak label T-shirt jugak. Apa ntah nama label die. Tapi baju dier paling murah la RM21. Then kitorng sambung berdansa lagi. Joget punya joget, tengok jam dah pukul 7. aku dah naik boring dah sebab nak tunggu Hujan punya pasal, band-band yang main lepas tuh ada yang best ada yang tak. Aku tak minat sangat Punk Rock nih dengan crowd-crowd yang tak boleh dibawak bergurau. Maleh rr aku.So Y2K, Half Asleep dengan Green Paver main aku tak layan sangat la. So lepak luar je kat tangga.


Tiba-tiba aku terlihat sesuatu, Noh Hujan rupanya dengan krew dia, nak usha tempat agaknya. So, dalam pukul 8 tuh, gig start balik dengan band Round Robin. Aku rasa diorg bawak supporters diorg sendiri rr (Robin Hood). Mana taknya Raingers-Raingers ramai sangat. Awek-awek yang muka tak pernah pergi gig pun ada. Suma pasal nak tengok Hujan la nih. Lepas tuh. Band yang satu-satunya band yang semua gurlz BottleCap main. Boleh blah jugak la. Best jugak. Boleh la dibawak berjoget.


Tunggu punya tuggu. Masa yang ditunggu-tunggu sudah tiba. Hujan pun naik atas stage. Waktu tuh crowd dah gila-gila dah. Awek-awek yang duduk kat belakang semua dah pegi depan termasuk la aku dengan member aku. Semua dah tak sabar-sabar dah. Hujan main "Aku Scandal", "Lonely Soldier Boy", Pagi Yang Gelap", "Bila Aku Sudah Tiada" dan lagu ending malam tadi "Ludah Amerika". Aku joget bagai nak gila. Belakang aku nih ada sorang awek joget gak sambil pegang-pegang baju aku. Aku ingat boleh la nak tackle. Sekali dia joget dengan balak die daa...


So, malam tadi. Aku beli dua T-shirt. Actually, aku nak T-Shirt Hujan dengan Kurasa Raksasa tapi semalan label tuh tak datang. Agak frust jugak la. Dalam pukul 10 malam gig habis. Semua berpusu-pusu balik. Aku sampai rumah dalam pukul 11 lebih. Apa-apa pun malam tadi memang enjoy habis. Rasa-rasanya baju aku boleh la diperah...till then..papai~

Add to Technorati Favorites

Friday, January 4, 2008

Aku Tak Tahu Nak buat Apa

salam...selama aku cuti nih..semakin lama semakin boring la pulak..dah la tak kerja nasib baik ada internet nih...boleh la aku mengurang kan sikit keboringan hidup aku. So, aku pun membuat keputusan dengan menolong orang yang ada masalah dengan blog diorang ni. So, post post aku yang terdahulu banyak berkisarkan tentang blog la.


Apa-apa pun ahad nih aku akan pergi ke satu Gig kat The Annexe, Cetral Market. Nak tengok band yang aku suka la, Hujan. Pastuh nak beli baju die..huhu...tak sabar rasa nye..Okayla, nak tengok 'National Treasure" la pulak..tunggu post seterusnya..aku bagi report pasal gig tuh. Okay..papai.

Add to Technorati Favorites

Additional Info About Blogger

Salam..huhu~ okay, masalh nih aku pun pernah hadapi waktu mula-mula nak tukar layout untuk blog aku. Untuk pengetahuan korang pihak Blogspot dah tukar format HTML diorang yang dulu (lama) kepada format yang baru yang lebih (ntah aku pun tak tau) bagus kot maybe..hahhaa. Okay, sebab tuh la layout yang ada kat Blogskins tuh tak boleh nak apply ngan format sekarang tapi dulu boleh la. Okay, jangan risau... allrite, mula-mula korang pergi dekat dashboard korang. Click template. Then akan keluar la satu page untuk korang edit kan layout blog korang.

Kalau korang pakai layout yang sedia ada. Page yang akan keluar memang user-friendly la. Senang nak edit, tapi untuk mendapatkan satu layout yang cun serta canggih dan
lawa korang kena tekan edit HTML kat dashboard tuh. Then korang pegi kat bottom left page tuh ada macam nih.


Okay, korang tekan la "revert to classic template". Then akan keluar satu lagi page yang untuk editing HTML jugak. Dekat situlah korang paste kan code HTML yang tadi tuh. Okay, kalau ada apa2 prob lagi just leave me a message okay. Senang je . Selamat Mencuba!

Add to Technorati Favorites

Jeng Jeng Music and Art Fest @ The Annexe Central Market

Thursday, January 3, 2008

Cara-cara membuat blog anda menjadi cantik

salam..as requested by some readers..aku telah buat keputusan macam mana nak buat blog korang cantik dan lawa serta canggih manggih instead of using custom template yang diberikan oleh pihak Blogspot. Macam korang tahu, bila kita buat blog..tak kira la pakai Blogspot ke, pakai Wordpress ke atau pun Moveable Type. Korang akan diberi pelbagai pilihan custom template (skin blog ) yang memang sedia ada dibuat untuk customers diorang dan design tuh bagi aku biasa je la. Some readers tertanye-tanye mcam mana dan di mana aku dapat template yang lawa ni untuk blog aku.


Setiap blog template ni dibina dengan format script yang itu dalam bentuk HTML, XHTML ataupun CSS. Aku bukan la tau sangat pun tapi just belajar sendiri. So hari ni kita kongsi sama-sama pengetahuan tuh untuk semua. Okay, korang try dulu masuk laman web nih
Blogskins.


So, atas ni screenshots yang ada dalam laman web tu. Semua skins ataupun template ni adalah free of charge. Tiada duit ataupun kad kredit yang diperlukan. Semua ni disumbangkan oleh komuniti blogger macam kita jugak. Aku nak belajar jugak tapi tak khatam lagi. So korang just pilih je mana-mana skins yang korang suka.


Okay, katalah korang suka skin nih. Macam biasa la, klik kat situ ( More detail about the skins).
Nanti akan keluar lagi satu page. Korang baca apa yang dia tulis, scroll ke bawah. Korang cari yang ada macam ni.


Korang click la "Download as " Blogger ke, Xanga ke, Moveable type ke. Ikut korang la. Okay, bila dah download korang akan receive satu file notepad yang ada tulih macam ni



Code macam ni la yang perlu korang copy dan paste kan dalam code HTML template blog korang. Sebarang pertanyaan just leave me a message okay kat shoutbox tuh.

Selamat mencuba.

Add to Technorati Favorites

Tuesday, January 1, 2008

HaPPy nEW Yer!!

salam..hari nih 1 Jan 2008...tahun baru..so macam past past years..aku macam biase la..tak pernah lagi celebrate kat luar..malam tadi aku celebrate depan TV jer..pastuh layan friendster jap..wish semua orang. Actually, when we wish someone something like new year wishes ni kita rasa macam best pulak. Bagi aku la, tambah-tambah lagi bila orang tuh wish kita balik, rasa macam dihargai betul tak?



So, tahun nih adalah sebagai satu kickstart bagi aku, ye lah..lagi berapa hari je aku dah 18 tahun..huhu~..so banyak yang kena buat..especially, dengan future aku. As aku tunggu result SPM tahun nih dalam bulan Mac, maybe aku kerja dulu kot..then dapat result. God willing, dapat la banyak sket A...doa-doakan je la. Boleh la aku pursue study aku dalam course engineering. Apa-apa pun, setiap manusia tuh perlu menjadikan hari ini lebih baik daripada semalam. So, gonna pray harder, work harder, study harder and for sure blog harder..huhu~

Add to Technorati Favorites