Sunday, January 27, 2008

Trimas Korang!!!



salam...alhamdulillah..syukur ke hadrat Allah tuhan yang telah memberi aku peluang untuk hidup satu tahun lagi. Thanks juga kepada keluarga, memember aku, kawan-kawan di friendster, myspace dan jugak kat blog nih. Thanks sebab wish aku. Sesungguhnya dengan wishes korang tuh, hidup aku menjadi lebih bermakna.



Like always, ape ape pun thanks korang...till then..papai~

Add to Technorati Favorites

Thursday, January 24, 2008

Sayangi Dunia KAMU

salam...tajuk semacam je kan..semenjak aku tengok scene indie kat Malaysia nih semakin galak sekali ibarat Panadol Soluble diletakkan dalam air, terutamanya label-label t-shirt yang sekarang nih tumbuh ibarat cendawan selepas hujan. Berlambak-lambak. Apa-apapun bagus la macam tuh. Pernah dengar Kurasaraksasa, I Heart KL, Chonteng, Retak, Pop Malaya atau Blacksheep Clothing? Nama-nama nih sume adalah nama label t-shirt2 indie yang ada kat negara kita nih. Ada yang tahu, ada jugak yang tak tahu. Aku rasalakan nih semua sebab cerita KAMI la. Btul tak, cerita nih telah membuka mata ramai orang especially remaja tentang scene indie kat Malaysia. Kalau dulu orang tak tahu, sekarang orang jadi tahu.

Namun, bukan tu point utama aku kali nih..hehe. So, korang pun tahu aku minat dalam seni nih. Banyak jugak punyai t-shirt2 label tempatan. Tapi, aku terfikir, why not aku buat sendiri je. So, setelah dua hari melakukan research, aku jumpa satu teknik buat t-shirt yang digelar "Stencil T-Shirt". Label Kurasaraksasa pun pakai teknik nih jugak, tu la sebab t-shirt diorang just sikit je, sape cepat dia dapat. Handmade la katakan. Aku jumpa video nih kat Youtube.



So, berbekalkan duit yang ada serta pengalaman serba sedikit dalam potong-memotong ni. Aku pun pergi la kedai hardware. Cari ingredient nak wat t-shirt. Baju kosong memang aku dah ada. Zaman aku form 1. Tak guna langsung, so daripada aku buat kain lap baik aku buat t-shirt.

Bahan-bahannya:

1 helai t-shirt kosong (sukati korang nak kaler ape)
1 bijik komputer lengkap dengan printer dan kertas
1 jenis perisian mengedit gambar (aku prefer photoshop)
1 + 1 (sukati korang nak berapa kaler) paint spray (make sure Arcrylic)
1 bilah cutter yang maha tajam
1 naskhah surat khabar lama (nak buat lapik)
1 roll maskin tape (buat furnishing rr supaya kemas)



Then, bende paling penting korang mesti ada design dulu, sukati korang la nak design ape tapi make sure smart la. Kali nih, aku nak support kempen Save The World. Ye la dunia sekarang kan dah sakit. So, I came out dengan design ni. Ni just design awal, then aku tukar-tukar sikit.



Yes, sayangiduniakamu, tu la design die. Kalau korang perasan nanti hasil die aku ada ubah sikit.
So, setelah hampir semalaman punya kerja. Aku berjaya menghasilkan ini.




Amacam okay? First time bwat bagi aku boleh la tahan. Apa-apa pun, tunggu apa lagi buatla t-shirt korang sendiri jugak..till then..papai~

Add to Technorati Favorites

Sunday, January 20, 2008

satu hari dalam hidup

salam...agak lama la aku tak post bende baru kat blog nih. Hidup kebelakangan nih agak sibuk, actually takdelah sibuk mana. Cuma takde cerita yang nak dikongsikan. So, this past few days, my life was like usual. Nothing special happened. This week aku agak terlepas banyak event kat luar tu, espesially event Youth '08 kat PWTC. Banyak band indie yang datang like HUJAN, MUH, label-label baju pun banyak yang dijemput untuk buka booth kat situ like Kurasaraksasa, Chonteng, Blacksheep Clothing, Retak dan Curiga. Maybe kerajaan dah start pandang scene indie sekarang kot.

Weekend nih aku habiskan masa aku pergi umah kakak aku kat Shah Alam, then harini (Ahad) aku balik rumah nenek sebelah Ayah aku, just melawat, jumpa and bende-bende biasa. Ayah aku cakap die nak berbakti kat orang tua die selagi umur masih ada. Actually nenek aku pun dah agak tua la, Ayah aku pun dah umur 51 tahun, abang sulung die dah 55 tahun so nenek aku probably tambah lagi 16 tahun la kot. So agak tua la. Everydays event do taught me lot of things and gave me more experiences supaya aku lebih matang dalam menyelusuri hari-hari mendatang.

Lesen kereta tak setel lagi, mana taknya. Lesen L aku sangkut kat JPJ. Lambat betul la. Agak bengang jugak la. Tapi nak wat camne kan. So just tunggu, hopefully by this coming Februari or late March setel la lesen aku. Ayah aku ada cakap that I may use my mom MyVi to go back to Kuale to take SPM result. Tapi aku tak berani la. Hmmm...and ayah ada cakap jugak if aku dapat masuk Universiti local, he might buy me Kelisa. Huhu..tapi aku tak pernah mintak pun. Dalam hidup nih aku rasa ayah aku la ayah yang the best. Maybe pengalaman hidup dia yang susah dulu mengajar die something and dia tak nak anak-anak dia rasa kot.

Semalam, waktu aku tido. Aku mimpi aku dapat tawaran masuk UNiSEL and aku dapat course
Automotive Engineering. Sebenarnya, cita-cita aku nak Mechanical Engineering. Ntah macam mane , mimpi pulak dapat lain. Hahahahah...tapi tak kisahla, janji aku dapat continue study. Aku punya kecenderungan nak dapat study kat Malaysia lebih daripada aku nak futher study kat overseas. Tak tahu kenapa, maybe sebab aku nak pursue cita-cita aku yang lain kot. Kalau boleh, aku nak habiskan masa remaja aku selain study dengan berkecimpung dalam scene indie kat Malaysia nih. Macam best la pulak, organize sana-sini, gig la, art event la. Sebabkan minat aku ke arah seni dan muzik sejak awal remaja lagi. Tengoklah macam mana nanti.

Malam nih panas la, agaknya sebab petang tadi awan kurang sangat kot. Selalu aku pasang kipas nombor satu je, tapi malam ni pasang nombor dua. Apa-apa pun, like always, aku sentiasa jadikan life aku esok lagi baik dari harini. Sekarang tengah simpan duit nak renovate bilik aku, nak tukar cat, nak tukar curtain, nak beli handphone baru and nak satu dSLR. Till then, gud nite, papai~

Add to Technorati Favorites

Tuesday, January 15, 2008

FriendsterArt | pecahan-ku

Salam..disebabkan aku dah takde kerja nak dibuat..boring memanjang..mana taknya aku sorang je kat rumah..adik2 yang lain pergi sekolah.

Jadi aku datang dengan satu conclusion. Aku telah membina satu lagi blog, tapi blog ni memberi khidmat perkhidmatan untuk semua pengguna Friendster. Lain tak bukan. Friendster punya template la..korang boleh lah download CSS dier secara percuma. Selain itu, tempahan juga boleh dibuat tapi inform awal-awal la. Apa-apa pun klik pada gambar nih.

Banner FSart-1

Add to Technorati Favorites

Saturday, January 12, 2008

Di mana Sharlinie?

salam...so..apa nak cakap lagi..sure korang sume dah tahukan..kecoh berita nih satu Malaya..pada 9 Januari lalu seorang lagi kanak-kanak perempuan telah hilang akibat diculik seorang yang digelar suspeknya sebagai Lelaki Kucing. Mengikut laporan Utusan Malaysia, dalam kejadian tu kira-kira pukul 11.30 pagi 9hb Januari 2008, Sharlinie dengan kakaknya Sharliena, 8, yang on the way balik ke rumah dari bermain di taman permainan berdekatan rumahnya di Jalan PJS2C/11N, Taman Medan, hilang ‘dalam sekelip mata’.adik Sharlinie ni hilang hanya 24 jam selepas Nur Fatiha Zaidi, 6, diculik seorang lelaki ketika sedang bermain sendirian pada pukul 5 petang di pekarangan flat Desa Sepakat Sri Manja, Kampung Medan, kira-kira dua kilometer dari lokasi Sharlinie diculik. Namun, adik Nur Fatiha ni dijumpai semula selepas 3 jam di Wangsa Maju.
Yang kesiannya sampai sekarang tak jumpa lagi masalahnya. Semua pintu sempadan negara dah dikawal rapi. Poster-poster telah disebar meluas melalui media cetak mahupun elektronik. Fotofit suspek juga telah dibuat dan juga telah disebarkan. Kejadian ni bagi aku telah menimbulkan suatu macam situasi kesedaran bagi orang ramai supaya lebih berwaspada dengan anak-anak diorang. Mana taknya, berdasarkan kes yang lepas iaitu Nurin Jazlin, memang menyayat hati. Ikut hati aku kalau jumpa siapa yang buat tuh memang aku kencing kat muka dia.


Apa yang telah dilakukan oleh pihak berkuasa sekarang memang on the right track dah. Just sekarang kita berdoa je la supaya suspek tu dapat diberkas segera. TV harini dah beritahu bahawa khidmat hipnosis juga telah diambil kira sebagai mempelbagaikan modus operandi untuk settle kan kes ini. Aku rasa, pihak Polis juga patut guna khidmat Psikik sebab kat negara-negara asing, beberapa kes dapat diselesaikan menggunakan cara ini.

Siaran Berita Tentang Kehilangan Adik Sharlinie



Harapan aku agar adik Sharlinie selamat dan dapat dijumpai dengan segera lepas ni. So, kepada semua please pray to god for her safety Amin~papai.

Add to Technorati Favorites