Pertama sekali, sesampainya saya di rumah, malam itu juga saya terus pergi ke janji temu yang sudah seminggu awal diaturkan. Saya mendapat tugas untuk membangunkan sebuah laman web bersifat informasi bagi Pakatan Rakyat yang berisikan maklumat untuk rakyat tentang Agenda Ekonomi Malaysia. Memang menjadi lumrah pagi sesebuah pakatan pembangkang untuk ada satu pelan atau apa-apa bayangan, ermmm..maksud saya macam kabinet bayangan dan sebagainya. Untuk contoh, kalau Barisan Nasional ada Dasar Ekonomi Baru, jadi pakatan ada Agenda Ekonomi Malaysia. Oh ya, kalau di Australia, pakatan pembangkang mereka memang sudah bersifat kukuh dan lain sedikit daripada Malaysia. Kalau tak silap saya, pakatan pembangkang di sana juga ada kabinet bayangan mereka sendiri.

http://agendaekonomi.org
ia masih dalam peringkat Alpha dan kini menunggu pengisian artikel
Jika di Malaysia analoginya saya letakkan perihal DEB & AEM, manakala di Australia pula, kalau Menteri Pertahanan dari kabinet kerajaan mengeluarkan kenyataan media, menteri daripada kabinet bayangan juga akan memberi tindak balas (baca: komen dan kritikan).ia masih dalam peringkat Alpha dan kini menunggu pengisian artikel
Berbalik semula kepada fasal cuti tadi.
Saya rasa banyak saya habiskan masa bersama keluarga sahaja cuti ini, dan sehari untuk meluangkan masa bersama yang tersayang. Oh ya, dia kini dapat menyambung pelajaran dalam bidang Medik di UDM. :)
Ketika cuti berbaki sehari sahaja minggu lepas, saya sempat mengemaskini bahagian Linux dalam komputer riba saya. Kini setengah daripada komputer saya itu berfungsi menggunakan Ubuntu Lucid Lynx 10.04LTS. Saya rasa, dari tahun 2008 saya menggunakan Linux, saya rasa Ubuntu sudah boleh dikatakan mencapai tahap yang matang dalam keupayaannya menjadi salah satu perasa Linux yang bersifat "mesra pengguna".
Oh ya, saya ada rancangan tambahan juga selepas ini dalam bahagian pengaturcaraan dalam hidup saya ini. Hmmm..selepas ini saya nak medalamkan lagi pengetahuan dalam penggunaan CSS dan PHP dalam CMS Wordpress. Ada dua calon tempat saya belajar nanti :-
http://www.plaintxt.org/themes/sandbox/ - Sandbox
http://www.blueprintcss.org/ - BlueprintCSS
Oh ya lagi sekali, filem dalam OM-1n itu ada lagi beberapa dedahan, Insya Allah, minggu depan bolehlah cuci.
No comments:
Post a Comment