Salam..semester ini dah bermula hampir seminggu lepas dan saya dapat rasakan waktu-waktu untuk sibuk, gelabah dan tergesa-gesa akan datang semula. Disebabkan rumah ini tak ada TV, jadi selain daripada saya selalu melayari internet, salah satu cara kegemaran saya menghabiskan masa terluang adalah dengan membaca buku atau apa-apa sahaja yang boleh dibaca.
Tadi saya ke kelas untuk kelas Quantity Surveying tapi disebabkan pensyarah ada hal lain, jadi kelas terpaksa dibatalkan. Kalau nak terus balik, rasa membazir masa dan minyak petrol pulak. Jadi tadi saya habiskan masa 2 jam di perpustakaan. Boleh dikatakan perpustakaan UiTM Perlis ini banyak terkandung buku yang bagus-bagus. Oh ya, ada satu rak memang khas untuk fotografi, saya dah pinjam 3 buah buku dari rak tersebut. Ada juga rak untuk bahasa pengaturcaraan, ada untuk CSS, PHP dan juga Linux.
Oh, ruangan paling saya suka adalah di bahagian majalah. Sebab di situ ada buku kegemaran saya sejak di MCKK; Popular Mechanics dan juga Popular Science. Kalau Popular Photography saya muat turun di internet saja.
Selepas sedikit bacaan segera yang saya lakukan pagi tadi pada buku Memoir Lee Kuan Yew ini, saya rasakan banyak perkara baru yang saya belum pernah belajar sebelum ini mengenai beliau. Ada yang menggambarkannya sebagai seorang anti-kaum Melayu, tapi saya nak tahu juga apa pula pandangan daripada perspektif yang lain. Tapi apa yang saya tahu, Indonesia memainkan peranan besar dalam proses perpecahan Singapura dan Malaysia suatu ketika dahulu. Saya pernah bercerita fasal hal itu sebelum ini.
http://nurfaizfoat.blogspot.com/2009/12/dokumentari-ini-tak-ada-dalam-lipatan.html
Mungkin pertengahan bulan Ogos habislah saya baca nanti.
No comments:
Post a Comment