Thursday, July 15, 2010

Cara Menyibukkan Diri

Salam..semester ini dah bermula hampir seminggu lepas dan saya dapat rasakan waktu-waktu untuk sibuk, gelabah dan tergesa-gesa akan datang semula. Disebabkan rumah ini tak ada TV, jadi selain daripada saya selalu melayari internet, salah satu cara kegemaran saya menghabiskan masa terluang adalah dengan membaca buku atau apa-apa sahaja yang boleh dibaca.



Tadi saya ke kelas untuk kelas Quantity Surveying tapi disebabkan pensyarah ada hal lain, jadi kelas terpaksa dibatalkan. Kalau nak terus balik, rasa membazir masa dan minyak petrol pulak. Jadi tadi saya habiskan masa 2 jam di perpustakaan. Boleh dikatakan perpustakaan UiTM Perlis ini banyak terkandung buku yang bagus-bagus. Oh ya, ada satu rak memang khas untuk fotografi, saya dah pinjam 3 buah buku dari rak tersebut. Ada juga rak untuk bahasa pengaturcaraan, ada untuk CSS, PHP dan juga Linux.

Oh, ruangan paling saya suka adalah di bahagian majalah. Sebab di situ ada buku kegemaran saya sejak di MCKK; Popular Mechanics dan juga Popular Science. Kalau Popular Photography saya muat turun di internet saja.

Selepas sedikit bacaan segera yang saya lakukan pagi tadi pada buku Memoir Lee Kuan Yew ini, saya rasakan banyak perkara baru yang saya belum pernah belajar sebelum ini mengenai beliau. Ada yang menggambarkannya sebagai seorang anti-kaum Melayu, tapi saya nak tahu juga apa pula pandangan daripada perspektif yang lain. Tapi apa yang saya tahu, Indonesia memainkan peranan besar dalam proses perpecahan Singapura dan Malaysia suatu ketika dahulu. Saya pernah bercerita fasal hal itu sebelum ini.

http://nurfaizfoat.blogspot.com/2009/12/dokumentari-ini-tak-ada-dalam-lipatan.h
tml

Mungkin pertengahan bulan Ogos habislah saya baca nanti.

Kemakmuran Kita Bersama (Kapsyen)

Salam, ini adalah kemaskini daripada artikel sebelum ini.

http://nurfaizfoat.blogspot.com/2010/05/kemakmuran-bersama.html

Oh ya, gambar kuih Pau, Nasi Lemak dan Roti Canai saya tempoh hari Insya Allah akan dicetak dan diterbitkan oleh pihak penganjur Satu Photo Competition & Taylor's College . Tak sangka pula, sebab tarikh pertandingan dah lama tamat. Semalam saya periksa email, ada mesej baru daripada pihak penganjur yang meminta saya untuk menulis kapsyen untuk gambar ini. Nanti saya kemaskini lagi kalau ada apa-apa maklumat terbaru.

--------------------------------------------



In English
There is a thing that Malaysians have been waiting for since those days, which is being able to walk together towards a better nation regardless our own title. This idea of togetherness is actually just near beyond us. As for me, the most important is not of what we've been always projected through our voice but try to create understanding within our own self and also with the other people around us. Kuih Pau, Nasi Lemak and Roti Canai are types of food which I'm sure they are famous enough for those who claim themselves as Malaysians. Don't you think why until today we can share them as our favourite breakfast menu though basically each one of it came from different story? (122 words)

In Bahasa
Perkara yang rakyat Malaysia sentiasa nantikan sejak dahulu iaitu untuk berjalan bersama-sama menuju kejayaan tanpa mengira asal dan usul kini sebenarnya hanya berada disekitar kita sahaja. Bagi saya, apa yang penting bukanlah hanya omongan yang selalu keluar daripada mulut kita, tetapi persefahaman yang perlu dibina bermula dengan diri kita sendiri dan seterusnya dengan orang yang berada disekeliling kita. Kuih Pau, Nasi Lemak dan juga Roti Canai adalah tiga jenis makanan yang saya pasti sudah tidak asing lagi bagi sesiapa sahaja yang menggelarkan diri mereka rakyat Malaysia. Mengapa kelazatan makanan tersebut mampu kita semua kongsi walaupun pada umumnya setiap satu daripada jenis makanan itu mempunyai asal-usul yang berbeza? (107 patah perkataan)

Saturday, July 10, 2010

Kepelbagaian Blok #001


e410 + KTM + Sedikit Rencah Photoshop

”Sesungguhnya Allah mengurniakan kepada sesuatu kaum itu nikmat yang kekal berada bersama mereka selagi digunakan untuk menunaikan hajat mereka yang memerlukan . Apabila mereka ini berpaling daripada berbuat sedemikian maka Allah akan pindahkan nikmat tersebut kepada kaum yang lain pula.”
- Riwayat Tabrani

Sunday, July 4, 2010

Hari Cuti Dah Habis, Jadi Apa Yang Telah Dilakukan?

Salam..artikel kali ini dikemaskini langsung dari bumi Perlis, dan itu memang bermaksud saya dah balik semula ke sini dan cuti juga sudah tamat. Jadi apa yang saya dah buat sepanjang cuti yang tak seberapa lama itu?

Pertama sekali, sesampainya saya di rumah, malam itu juga saya terus pergi ke janji temu yang sudah seminggu awal diaturkan. Saya mendapat tugas untuk membangunkan sebuah laman web bersifat informasi bagi Pakatan Rakyat yang berisikan maklumat untuk rakyat tentang Agenda Ekonomi Malaysia. Memang menjadi lumrah pagi sesebuah pakatan pembangkang untuk ada satu pelan atau apa-apa bayangan, ermmm..maksud saya macam kabinet bayangan dan sebagainya. Untuk contoh, kalau Barisan Nasional ada Dasar Ekonomi Baru, jadi pakatan ada Agenda Ekonomi Malaysia. Oh ya, kalau di Australia, pakatan pembangkang mereka memang sudah bersifat kukuh dan lain sedikit daripada Malaysia. Kalau tak silap saya, pakatan pembangkang di sana juga ada kabinet bayangan mereka sendiri.



http://agendaekonomi.org
ia masih dalam peringkat Alpha dan kini menunggu pengisian artikel

Jika di Malaysia analoginya saya letakkan perihal DEB & AEM, manakala di Australia pula, kalau Menteri Pertahanan dari kabinet kerajaan mengeluarkan kenyataan media, menteri daripada kabinet bayangan juga akan memberi tindak balas (baca: komen dan kritikan).

Berbalik semula kepada fasal cuti tadi.

Saya rasa banyak saya habiskan masa bersama keluarga sahaja cuti ini, dan sehari untuk meluangkan masa bersama yang tersayang. Oh ya, dia kini dapat menyambung pelajaran dalam bidang Medik di UDM. :)

Ketika cuti berbaki sehari sahaja minggu lepas, saya sempat mengemaskini bahagian Linux dalam komputer riba saya. Kini setengah daripada komputer saya itu berfungsi menggunakan Ubuntu Lucid Lynx 10.04LTS. Saya rasa, dari tahun 2008 saya menggunakan Linux, saya rasa Ubuntu sudah boleh dikatakan mencapai tahap yang matang dalam keupayaannya menjadi salah satu perasa Linux yang bersifat "mesra pengguna".

Oh ya, saya ada rancangan tambahan juga selepas ini dalam bahagian pengaturcaraan dalam hidup saya ini. Hmmm..selepas ini saya nak medalamkan lagi pengetahuan dalam penggunaan CSS dan PHP dalam CMS Wordpress. Ada dua calon tempat saya belajar nanti :-

http://www.plaintxt.org/themes/sandbox/ - Sandbox

http://www.blueprintcss.org/ - BlueprintCSS

Oh ya lagi sekali, filem dalam OM-1n itu ada lagi beberapa dedahan, Insya Allah, minggu depan bolehlah cuci.