Thursday, June 3, 2010

Faham Materialis (Materialisme)

Salam, bagi saya, memang sifat manusia itu suka kepada suatu benda baru, terutamanya benda yang nampak (baca: material). Tambah-tambah pula zaman gajet elektronik ini. Kalau macam saya, memang saya bernafsu terhadap gajet-gajet elektronik. Tak kisahlah telefon bimbit, komputer, kamera, teknologi sistem operasi dan macam-macam lagi. Sekarang ini saya ada minat baru pula, tapi seingat sayalah-kan, memang budak lelaki minat benda-benda macam ini. Contoh motorsikal, kereta, enjin, kelajuan, turbo, mekanikal. Tambah-tambah lagi yang ber"wang" tu, setakat tukar-tukar gajet memang menjadi amalan saban tahun.

Zaman dahulu pun, memang manusia ini sangat bernafsu kepada benda material. Syurga dunia semua tu..hehehe. Kalau lelaki dengan minatnya sendiri, perempuan pun.

Ini saya bercakap perihal sifat dan peradaban manusia terhadap material secara umum. Rupa-rupanya, kalau baca di wikipedia. Banyak lagi cabang faham material ini.

Kerja rumah saya sebelum saya buat artikel ini - http://en.wikipedia.org/wiki/Materialism

p/s: saya tak nak jual kamera-kamera murah saya, sebab saya sayang mereka sangat-sangat. :)




OM-1n + Kodak Gold 200 Luput + Mematerialisasikan Diri

No comments: