Saturday, May 29, 2010

Gambar-Gambar Terbaru





E-Volt 410 + Zuiko ED 14-44mm f/3.3 + Rempah Lightroom Secukup Rasa

Salam...petang tadi saya dan budak-budak rumah bergegas pergi ke Jom Heboh. Boleh dikatakan memang menjadi satu sejarahlah bagi negeri Perlis, sebab sebelum ini memang tak pernah pun diadakan karnival seperti itu. Boleh dikatakan memang agak lambat kami sampai, bukan apa, ada orang bertandang ke rumah, tapi mereka tak reti nak minta diri :)

Memang niat hendak panaskan kamera selepas sekian lama tak menyertai mana-mana kembara berkamera. Jadi petang itu, saya dengan Azrul (baru dapat 50 mm..hehehe), caj bateri masing-masing, selepas makan, kami pun bertolak. Rupanya, Jom Heboh ini lebih kepada seperti karnival ala-pasar malam, cuma lebih besarlah.

Kali ini, saya cuba rakam gambar dengan tidak menggunakan khidmat "Zoom" pada lens saya. Saya aturkan tetapan kepada "Open Wide" dan kelajuan "Shutter" pada 1/60 sepanjang masa. Banyak yang saya ambil gambar petang tadi di paras pinggan dan bahu sahaja. Hasilnya saya berpuas hati. Jadi maka, betullah apa yang kebanyakkan lagenda foto jalanan, bahawa kita perlu turut serta dalam suasana itu, sebab foto jalanan itu hidup. Menggunakan "Zoom Lens" berkaliber besar bukanlah satu pilihan yang baik, sebab suasana itu kita rakam umpama seorang penembak hendap. Tapi, itu semua atas pendapat masing-masing.

Oh ya, saya bawa juga Mju II saya, ada berbaki 15 dedahan. Semua saya habiskan juga. Tak sabar nak hantar kedai cuci filem.

p/s: Insipirasi daripada budaya Osanpo Kamera - お散歩カメラ dan juga musim :)

No comments: