Thursday, May 20, 2010

Kemakmuran Bersama

E-Volt 410 kit + Kuih dan Makanan Kegemaran + Lampu Belajar

Salam, sambil saya bosan-bosan dan tak tahu nak buat apa masa bulan intersessi ini (walaupun esok ada kuiz Math Engine, saya buat keputusan untuk menyertai pertandingan Satu Photography yang ditaja oleh Canon dan Taylor's College. Idea untuk gambar ini saya terfikir waktu nak tidur semalam, memang subjek makanan subjek kegemaran, tapi saya cuba cipta kelainan sikit dengan beberapa prop yang saya dapat di kedai-kedai taman perumahan saya. Saya memang sengaja tekankan keringkasan dan objektif yang lebih keras dalam gambar ini. (untuk paparan lebih besar sila klik gambar)

Saya tidaklah sehebat Bak (Bakri Hafiz Hisham) dalam kemahiran bermain cahaya, tapi banyak hasil kerjanya menjadi inspirasi saya :). Ini aturan ringkas pencahayaan gambar ini.

Oh ya, ada idea baru untuk hobi fotografi saya dalam masa akan datang, kali ini saya mesti bersungguh-sungguh.

Oh ya kali kedua, untuk sertai juga pertandingan ini - Satu Photo Competition

2 comments:

bak said...

woi!this is good for starters!bagus weyh! kipidap! ;)

p/s: ada patut CAPTCHA ni suh tulis "batin"
hahaha

Nurfaiz Foat said...

thanks bak :) macam best pulak main lighting ni, warna real.

p/s: hahaha..tak pernah aku tgk captcha ada bahasa melayu. Batin ye..:D