Setelah mengunakan Google selama beberapa jam, saya akan senaraikan driver-driver yang mana pada keluaran dahulu boleh digunakan, tetapi kini ia sudah tidak boleh digunapakai.
1) Penyelesaian daripada Canon yang menggunakan driver iP4200
2) Penyelesaian saya yang lepas iaitu menggunakan driver persendirian iP1800
Baiklah, kita mulakan, langkah-langkah ini sepatutnya membolehkan pencetak Canon iP1880, iP1700 dan iP1980 berfungsi.
1) Muat turun fail driver yang telah dimampatkan di sini iP1880 + iP1700. Letakkan ia pada Desktop anda.
2) Buka terminal dan jalankan arahan ini mengikut baris demi baris.
cd ~/Desktop/iP1880+iP1700
sudo dpkg -i *.deb
3) Buka System → Administration → Printing → New Printer dan pilih jenis pencetak anda (jika saya Canon iP1700). Klik forward.
4) Jangan pilih Select Printer from Database, pilih Provide PPD File.
5) Selepas itu pilih canonip1800.ppd dengan mengarahkan tetingkap anda mengikut ini
/usr/share/cups/model/canonip1800.ppd
6) Berikan nama pada pencetak anda (seperti iP1700 atau iP1880) dan klik Apply.
7) Restart Linux Box anda.
8. Selepas proses restart selesai, jalankan arahan ini baris demi baris.
cd /usr/lib
sudo ln -s ./libtiff.so.4.2.1 ./libtiff.so.3
9) Sekarang pencetak anda sepatutnya boleh digunakan
Selamat mencuba.
2 comments:
template ni ada masalah untuk keluarkan text yang dalam blockquote la.. atau browser K yang masalah?
anyway, gud solution :D
Saya rasa ok, cube K refresh..saya dah cuba pada laptop dan desktop saya..kedua2nya ok
Post a Comment