Saturday, May 23, 2009

Laporan Penggunaan Awal Moblin v2.0 Beta

Salam..pernah dulu saya mendengar pasal Moblin ini, tetepi ketika itu saya masih kurang berminat dan arif dengan dunia Linux. Tapi selepas lebih kurang setahun, sekali lagi terlintas dalam benak fikiran saya untuk tengok semua perkembangan Moblin. Wah, memang saya tidak rugi pergi semula ke laman webnya selepas tercetus rasa ingin tahu tersebut selepas terbaca artikel berkaitan Moblin di LinuxMalaya.



Selepas beberapa ketika membuat sedikit kajian tentang Moblin. Saya dapati Moblin yang pada asalnya dipegang oleh Intel sudah pun beralih tangan kepada Linux Foundation. Ia kini 100% di bawak kelolaan mereka.

Moblin atau pun Mobile Linux adalah satu projek yang mengkhususkan kepada penggunaannya pada MID (Mobile Internet Devices) atau pun dalam bahasa Malaysianya adalah Peranti Internet Bimbit, Netbooks dan juga sistem IVI (In Vehicles Infotainment).





Sasaran mereka adalah untuk mencipta satu pengalaman yang baru bagi pengguna seluruh dunia, selaras dengan GUI mereka iaitu GNOME Mobile yang kini pada saya sudah mencapai satu tahap yang amat baik. Menurut para pembangun, Moblin tidak dibangunkan berdasarkan mana-mana distro Linux, tetapi ada meminjam sedikit komponen-komponen tertentu.Selain itu, buat masa ini Moblin menggunakan sistem "packaging" RPM namun tidak mustahil kata mereka bahawa satu hari nanti akan berubah kepada sistem DPKG.


Memandangkan masih dalam peringkat BETA, jadi masih ada kelemahan "bugs" di sana sini.

Untuk cubaan pertama boot ke dalam Laptop saya (Acer Aspire 5570) saya dapati banyak yang berfungsi. Sambungan ke internet berjaya dicapai menggunakan LAN, tetapi komponen wireless, bluetooth dan meter bateri tidak dapat berfungsi dengan baik. Dari segi grafik dan bunyi, cun.sengihnampakgigi
Kalau anda perasan, pelayar internet pada Moblin ini lebih kurang Google Chrome kan? Untuk pengetahuan semua, pelayar internet ini didasarkan dengan enjin Gecko dan juga kod Mozilla Firefox. Ia menyokong "tab-browsing", flash plugin dan pelbagai lagi.


Untuk cubaan kedua, ke dalam Desktop saya (Custom Made) yang berfungsi dengan cip pemproses Pentium D serta kad grafik ATI Radeon ternyata Moblin tidak dapat mengesan kad grafik dengan baik, jadi pergerakan GUI tersekat-sekat.


Namun begitu, buat masa ini saya amat puas hati dengan Moblin yang sememangnya dikhususkan untuk Netbook terutamanya yang menggunakan pemproses Intel Atom. Dengan "boot time" tak sampai 15 saat, ringan dan percuma. Rasa-rasanya, kalau dah dilancarkan versi yang stabil, pasti saya akan gunakan sebagai OS utama bagi netbook saya. senyum

1 comment:

izzat said...

pergh...memang cun la..lepas ni boleh la angkut netbook satu, lepas tu install Moblin..pergi recyle bin WinXP..hahhaa..