
Okay, sampai saja di rumah tempoh hari selepas suatu perjalanan yang mengambil masa 12 jam dari bumi Perlis, saya lihat di atas rak buku bilik saya ada suatu bungkusan yang sangat saya kenal sejak dari dulu lagi. Ya, bungkusan daripada Canonical

Dalam percubaan pertama menggunakan Live CD, saya dapati tidak ada lagi "bugs" untuk Intel Wireless Chipset 3945ABG yang menjadi masalah utama dalam keluaran Hardy dan Intrepid. Killswitch berfungsi dengan baik dan tidak ada lagi "hang" ketika mengaktifkannya.
Keterujaan untuk memasang secara terus keluaran Jaunty ni semakin membuak-buak..hehe..jom kita cari apa lagi "bugs" yang ada.


Bagi yang pernah mencuba keluaran ini, pasti mereka akan perasan bahawa bentuk tulisan dan saiznya sedikit besar seperti keanak-anakan. Jadi bagi saya yang kurang minat dengan cara penyampaian awal Ubuntu kali ini, saya terus mengubah di bahagian "Appearance --> Fonts --> Details". Jika anda perasan, kali ini pihak pembangun telah meletakkan "Subpixel Smoothing LCD" bagi melembutkan sedikit tulisan supaya sedap mata memandang. Ini adalah sesuatu yang baru dan jika anda tahu, pada keluaran-keluaran lepas, jika anda mahu melembutkan saiz tulisan, anda terpaksa melakukannya secara manual.

Dalam keluaran ini juga, yang saya paling minati adalah "notification" yang baru iaitu sejenis "pop-up menu" yang keluar secara perlahan-lahan di bahagian kanan atas. Pop-up ini akan keluar setiap kali anda ada mesej baru ketika menggunakan Pidgin, anda melaras kekuatan bunyi dan warna dan juga ketika anda sudah berjaya membuat sambungan ke internet.


Bagi yang pernah membaca artikel saya ketika penggunaan Ubuntu Intrepid Ibex 8.10, pasti anda tahu bahawa 8.10 menghadapi masalah besar ketika Compiz diaktifkan dengan menggunakan Intel GMA 940/945/950 (baca: DISINI) dan sekali lagi dalam keluaran 9.04, "bugs" ini berjaya dihapuskan.

------------------------------------
*kerja-kerja penghasilan tutorial GDM dalam bahasa Melayu sedang giat dibangunkan. Nantikan keluarannya. Akan Datang
4 comments:
KDM tk de buat ke??
KDM...x habis blaja lg..Insya Allah lepas ni ;D
hehe..dah wat review ek..bagus2..nnti aku ingt nak wat review netbook remix.
dah try n upgrade... bug nvidia dah senang nak settle....hehe.. atheros cun...
ext4 ok ja... no prb lagi..
Post a Comment