Monday, December 8, 2008

Terjemahkan Ubuntu di Ubuntu Launchpad!

Salam..untuk pengetahuan anda, penterjemah bagi Bahasa Melayu di Launcpad bagi siri keluaran OS Linux Ubuntu 8.10 Interprid Ibex hanyalah berjumlah 97 orang.

Mari kita buat perbandingan dengan penterjemah bahasa-bahasa lain:



Brazil 805
Danish 198
Czech 218
Dutch 352
French 1020
Indonesia 198
Jepun 191
Malaysia 97

Bagi aku, kita sebagai orang Melayu perlulah lebih memartabatkan bahasa kita terutamanya dalam bidang perkomputeran ini. Walaupun terdapat banyak lagi bidang yang perlu kita terjemahkan ke dalam bahasa kita sendiri seperti kejuruteraan, perubatan dan juga aeroangkasa, tetapi bagi kita pengguna-pengguna OS Ubuntu ini, adalah lebih senang jika kita menghulurkan tangan untuk menterjemahkan Ubuntu ke dalam bahasa kita sendiri. Supaya makin ramai orang Malaysia dapat menggunakan Ubuntu degan lebih senang.

Terdapat juga versi Ubuntu yang boleh diterjemahkan seperti Edubuntu, Kubuntu

Anda ingin menolong?
Team Ubuntu Malaysia di Launchpad

Apa itu Linux?
Linux

Apa itu Ubuntu?
Ubuntu

Sunday, December 7, 2008

Tanah Runtuh Lagiiii..

salam...lepas kejadian tempoh hari,yang banglo dekat Ulu Yam Perdana tu, sejak daripada tu beberapa lagi kejadian yang sama terjadi jugak. Yang paling semua orang tahu, dekat Bukit Antarabangsa. Aku sendiri mempunyai 2 orang kawan yang duduk kat situ. Right after aku dengar berita dekat TV, terus aku SMS member-member aku. Sorang daripada diorang tu, my super senior tahun 1994,the SMS was slightly like this,

Salam, Abg ****, did you heared the news (dUuuH!), ur house okay x?


and the other one is my friend that I met at tution class 2 years ago,

****, kau okey x? kat ne ni skrang?



Both of them jawab, diorang okay just stuck kat diorang nye rumah, tunggu diselamatkan. Fuhhh, syukur, nothing bad happen. Bende yamg aku tahu harini lepas SMS diorang lagi skali, ialah, diorang managed untuk keluar dari that place dengan lalu jalan yang dibuat kat kawasan hutan.

Baguslah macam tu, tapi ape-ape pun, aku kesian sangat kat sume mangsa insiden tu. Sedih pun ade. After all, it was satu ujian drpd Allah untuk hamba2Nya, maybe lepas kejadian tu buat kte lagi ingat kat tuhan, betul tak?

Aku tahu, dis tyme punye post macam ceramah la pulak. Heheheheh, but is is all ape yang datang dari hati aku sendiri la.

----------------------

Petang tadi, waktu aku tengah jahit butang seluar aku yang tercabut dengan sendirinya...adekah kerane aku buncit? Ouh..tidak..itu hanyalah metafora sahaje.

Back to the story, sedang aku jahit menjahit tu, ade kereta lalu depan rumah, ayah aku pun berada di situ, die kate macam ni

F***, jalan nak pegi KL runtuh la, dekat dengan sekolah sains


aku pun terkejut la, maybe ni sebab hujan x berhenti-henti sejak pagi tadi kot. Ayah aku pun pegi tumpang ntah budak mane ntah yang lalu kat situ yang mana die pun nak ke tempat kejadian.
Termasuk la dengan aku sekali, tapi aku naik basikal je, sebab tempat tu memang dekat sgt, 3 min naik basikal. Sampai2 je, bende pertama aku nampak adalah ini


dan ini



aku nak teruskan perjalan, dengan basikal, tapi pakcik ngan abang polis tu macam x bagi je. Jadi aku berundur la. Nasib baik esok cuti raya, sebab jalan Ulu Yam - Sg. Tua adalah jalan utama yang menghubungkan orang dari Rasa, Tg. Malim, Btg. Kali, Ligamas, Serendah ke KL dengan masa 30min. Jalan ni la yang diorang lalu hari nak pergi keje. Kalau x boleh lalu, jawabnya kene ikut Rawang la ataupun ikut Genting-Karak-Gombak.

Harapan aku, supaya engineer JKR leh wat solution yang terbaek untuk kes ni, x de la menyusahkan nanti bile nak pegi keje. Kesian bapak aku nak pegi keje. Jauh.

Sebelum aku habiskan post kali ni, aku nak ambik kesempatan, nak ucap salam aidul adha buat semua umat Islam, semoga raya kali ni lagi berkat dan best!! yang penting dapat makan ketupat ngan rendangggg. Till then..

Saturday, December 6, 2008

Tiada Bunyi, Firefox Crash Dalam Ubuntu 8.04?

Salam..anda menggunakan distro Linux Ubuntu 8.04, pernahkah anda mengalami bug ini:-

  • Firefox anda crash apabila aplikasi flash dijalankan serentak dengan Pidgin, Totem Player atau mana-mana aplikasi yang memaparkan video?
  • Linux box anda merajuk (hang) apablia banyak tab dibuka yang melibatkan flash?
  • Linux box anda langsung tidak mengeluarkan bunyi apabila mp3 dipasangkan serentak bersama-sama dengan aplikasi flash?


Jika itu pernah berlaku, maka anda mengalami masalah dengan PulseAudio.

Apakah itu PulseAudio?

PulseAudio adalah satu "advanced sound server" yang mana asalnya telah dimasukkan dalam Ubuntu (baca: versi GNOME yang asal) sejak pengeluaran Hardy Heron 8.04 lagi. Malangnya, Hardy telah disertakan dengan konfigurasi PulseAudio yang suboptimal dan akhirnya memberi kesan kepada pengguna itu sendiri. Ramai yang menghadapi masalah seperti Firefox crash, dan mixing sound yang sepenuhnya tidak berfungsi. PulseAudio dalam keluaran terbaru Ubuntu Interprid Ibex 8.10 sepatutnya berfungsi dengan baik.

Saya bahagikan kepada 2 bahagian, A dan B, fix ini hanya untuk pengguna Hardy 8.04, bagi pengguna Interprid saya akan review selepas ini.

Bahagian A

1) Command ini akan backup dan delete konfigurasi asal.
$ mkdir ~/pulse-backup && cp -r ~/.pulse ~/.asound* /etc/asound.conf /etc/pulse -t ~/pulse-backup/
$ sudo rm -r ~/.pulse ~/.asound* /etc/asound.conf


Nota: Jangan risau jika anda tiada konfigurasi ini dalam sistem.

2) Pastikan anda telah install Adobe Flash dan konfigurasi PulseAudio yang diperlukan.
 $ sudo apt-get install libasound2-plugins padevchooser libao-pulse libsdl1.2debian-pulseaudio flashplugin-nonfree


3) Pastikan "libflashsupport" libraries tidak diinstall.
$ sudo apt-get remove --purge libflashsupport flashplugin-nonfree-extrasound


4) Buka System --> Preferences --> Sound. Dalam ruangan Devices, pastikan semua pilihan "Sound Playback" disetkan kepada Autodetect. Setkan juga item "Sound Capture" kepada "PulseAudio". Tutup aplikasi setelah selesai

5) Buka aplikasi PulseAudio Volume Control ("pavucontrol", atau anda boleh buka daripada Applications --> Sound & Video --> PulseAudio Device Chooser.

Setelah itu, pilih Volume Control daripada "applet's menu". Pada Output Devices, anda akan dapat lihat suatu senarai Playback Devices yang ada dalam sistem anda. Right-click pada pilihan yang dikehendaki untuk dijadikan sebagai default playback device dalam sistem anda dan "enable"kan pilihan "Default". Lakukan perkara yang sama dengan Input Devices, right-click pada device yang anda kehendaki sebagai input device (mikrofon), pastikan anda pilih "Default". Tutup aplikasi apabila selesai.

Nota: Jika anda mendapat error "Connection failed: Connection refused", anda boleh lancarkan PulseAudio secara manual sebelum membuka aplikasi PulseAudio Volume Control. Buka terminal dan taipkan
$ pulseaudio & pavucontrol


Bahagian B

1)Edit /etc/apt/sources.list:
$ gksudo gedit /etc/apt/sources.list


Jika tiada, masukkan line dibawah ini, save dan exit.
# PulseAudio Fixes - http://ubuntuforums.org/showthread.php?t=789578
deb http://ppa.launchpad.net/psyke83/ubuntu hardy main
deb-src http://ppa.launchpad.net/psyke83/ubuntu hardy main


2) Kemaskini repositories anda dan upgrade packages:
$ sudo apt-get update && sudo apt-get dist-upgrade


Nota: Jika anda terjumpa output seperti ini "some packages cannot be authenticated" -itu adalah normal, hanya tekan "y" untuk membolehkan proses diterus.

3) "enable"kan plugins PulseAudio ALSA
$ asoundconf set-pulseaudio


Note: Sila tunggu sehingga upgraded packages pada langkah sebelum ini selesai sebelum menggunakan command ini. Packages itu mempunyai patch untuk "asoundconf" bagi memastikan ia boleh meng"enable"kan PulseAudio plugins dengan betul.

4) Reboot sistem anda untuk perubahan. Selamat berjaya

Kini ada Wajah Baru

Salam..lepas seharian suntuk menelaah linux box ni..akhirnya

Plastik yang Degradable

Salam...tadi aku balik umah, balik2 je aku jmpe ni




die tulis

"The co-operative bag : Make the most of it, it's not going to be around forever"
*from date of manufacturer, the plastic will start to degrade in approx. 18 months time. The whole process will take about 3 years. See bottom bag for date of manucfacturer.

Mak aku kate, die beli kat supermarket bese je, hmmmm..bile Carrefour, Tesco ngan McD nak ikut wat macam nih huh?