Showing posts with label falsafah ilmu. Show all posts
Showing posts with label falsafah ilmu. Show all posts

Sunday, July 7, 2013

Ikon #1 - Ikhwan Muslimin

Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. - Al Baqarah : 226

Monday, February 27, 2012

Kejuruteraan Semula







Olympus OM1n + Zuiko Auto-S 50/1.8 + Kodak Ultramax EI400
"Saya seorang __________, dan saya menggunakan __________ sebagai telefon bimbit saya."

Lihat Siri Penuhnya di sini - (KLIK)


Salaam, lama betul tak menulis, walaupun cuti sebulan. Banyaknya hari dalam cuti ini telah saya habiskan dengan membaca beberapa buah buku yang tak sempat dihabiskan semasa semester lepas berjalan, terlampau sibuk dengan perkara-perkara yang lebih utama.

Kadangkala saya habiskan masa menonton siri TV Jepun bertajuk Atsuhime (Puteri Atsu) di TV Alhijrah setiap pukul 3.30 petang. - http://wiki.d-addicts.com/Atsu-hime , siri cerita ini adalah fiksyen, tetapi asas drama ini adalah bukan fiksyen dan berkisarkan tentang era Pemerintahan Kesyogunan Tokugawa di Jepun sehinggalah pertukaran tampuk kekuasaan kepada Pemerintahan Meiji (Maharaja). Apa yang saya minat fasal sejarah Jepun adalah kerana, mereka sangat mengambil iktibar dan berhati-hati dalam memutuskan soal pemerintahan negara mereka (ketika itu) dan membuatkan mengapa kita terfikir mengapa negara Jepun tidak dapat dijajah sehinggalah pendudukan Tentera Amerika Syarikat selepas Perang Dunia Kedua. Perkara yang paling menambat hati saya sehingga ini adalah budaya Kejuruteraan Semula (Re-Engineering) orang Jepun yang sangat tinggi.

Kisah yang paling popular tentang budaya Jepun ini adalah bagaimana mereka meniru dan membina kapal perang mereka sendiri hanya dengan berpandukan lukisan kapal perang Belanda pada ketika Meiji Restoration Period. Ada lagi satu kisah zaman sekarang, fasal bagaimana orang Jepun mereka semula tong sampah automatik yang sekarang ini digunakan di Malaysia di serata flat-flat DBKL dan PPR (berwarna biru).

Kisah budaya Kejuruteraan Semula ini juga ada terdapat dalam seluruh sejarah peradaban manusia, cuma usahanya itu sama ada banyak atau sikit. Saya juga ada mendengar cerita daripada seorang bekas Leftenan Kolonel ATM yang terlibat dalam proses Re-Engineering raifal Styr AUG di Bukit Arang 10 tahun yang lepas.

Oh ya, cuti semester kali ini sudah hanya berbaki beberapa hari sahaja. Minggu hadapan sudah masuk semester yang baru. Semoga kita sentiasa berada di bawah pimpinan-Nya.


“Dari ‘Uthman bin ‘Affan RA, Nabi SAW bersabda: “Orang yang terbaik dari kalangan kamu ialah orang belajar al-Quran dan mengajarnya" - (Bukhari)

Tuesday, August 31, 2010

Kali Ke Lima Puloh 3


Salam..semenjak saya ada blog beberapa tahun lepas, ada juga beberapa kali saya menulis fasal perkara-perkara kritikal dan rumit, cuma sekarang sudah kurang (sangat) saya menulis. Mungkin sebab terlalu sibuk dengan kerja-kerja wajib seperti menelaah pelajaran dan sebaginya. Kalau dahulu, memang saya banyak masa lengang sebab waktu itu saya baru selesai dengan SPM, tambahan pula PRU baru selesai, jadi memang suasana iklim ketika itu mendorong saya untuk menulis dengan hasrat dapat berkongsi apa yang ada dalam benak fikiran saya ini.

Agak kurang juga saya belakangan ini untuk mencari maklumat-maklumat baru di internet, sekali lagi, memang saya sibuk dengan kerja-kerja wajib. Baru sahaja semalam saya terjumpa dengan aktiviti terbaru Fahmi Reza.


Student Power.

Secara umumnya, yang saya amati daripada gerakan ini, beliau cuba membina kesedaran dalam golongan mahasiswa (pada masa sekarang ini) yang sebenarnya mereka sedang terkongkong dalam lingkungan yang dicipta oleh kita sendiri. Saya pun, memang selesa sungguh belajar/menjadi mahasiswa dalam suasana sebegini. Semuanya diberi, kalau kita menyoal sesuatu perkara yang dianggap "sensitif", pasti mereka akan ungkit, dan mengatakan kita ini lupa daratan dan sebagainya.

Saya sekarang pun di UiTM Perlis ini, memang malas hendak ambil tahu fasal perkara-perkara berkaitan MPP (Majlis Perwakilan Pelajar) , nak tahu sebab apa? Sebab dahulu waktu saya mula-mula menjejakkan kaki di sini, memang para mahasiswa baru ini akan dicuci oleh orang atas dalam program BTN. Memang saya ingat sehingga ke hari ini, mereka tayangkan slaid gambar-gambar aktivis mahasiswa yang mempersoalkan/menyertai/menganggotai kegiatan siasah dalam negara.

Dalam program ceramah itu, aktivis-aktivis itu dilabel sebagai tidak mengenang budi. Memang ada ruangan bertanya soalan pada penghujung ceramah itu, memang tergerak hati untuk bertanya pendapat penceramah BTN itu perihal peristiwa Tianamen Square dan peranannya membentuk sejarah negara China. Tapi, saya waktu itu baru-baru lagi, jadi saya ambil keputusan untuk diam sahaja. (beberapa bulan selepas itu saya ada menyertai ceramah bekas Naib Canselor UiTM, Dato' Ibrahim Abu Shah, dan pada waktu itu saya berpeluang bertanya dan berkongsi pendapat dengan khalayak yang ketika itu dihadiri oleh ramai pensyarah UiTM fasal perasaan syak wasangka antara Bumiputra dan rakan bangsa yang lain).

Oh berbalik pada kisah Fahmi Reza ini, jadi secara kasarnya memang saya tak ambil tahu langsung fasal "mengaktifkan diri dalam gerakan pelajar". Sebab lainya adalah, kalau waktu pilihanraya pelajar berlangsung, memang tidak ada suasana langsung, dan kadangkala saya tak tahu langsung bila masa mengundi (sebab tidak diuar-uarkan secara meluas, dan tak wajib). Ada juga, saya dengan dari mulut kawan-kawan saya, yang beranggapan MPP ini buang masa sahaja. Baik kita datang belajar, tamatkan dengan graduasi dan bekerja. Itu kan lebih bagus?

Walaupun saya kurang ambil kisah dengan apa yang berlaku, tetapi secara berterusan saya masih cuba untuk mengikuti perkembangan semasa negara. Selain Fahmi Reza, antara yang lantang bercerita tentang "kongkongan" mahasiswa dalam universiti tempatan adalah Sdr. Wan Fayshal (Rausyanfikir). Ah, sekarang saya kurang membaca fasal rentetan perjuangan yang beliau bawa. (sibuk lagi sekali).

Selain daripada itu, saya ada juga terjumpa perkara baru, mungkin saya lambat tahu, tapi ini daripada junior saya ketika di MCKK dulu. Artikel yang baik daripada Sdr. Fendy Hasni, perihal perkara yang berlaku beberapa minggu lepas. Guru-guru serta pensyarah dan juga kesan penglibatan mereka dengan politik negara. - "Of Teacher in Politics"

Tapi apa yang saya tahu dan dapat simpulkan, mungkin semua ini dicipta oleh mereka yang takut kehilangan kuasa.

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke - Lima Puloh 3.

Kerja rumah anda.
Tiananmen Square protests of 1989
Student Power lecture repeatedly banned on campus

Sunday, June 13, 2010

Penstrukturan Semula Hidup

Salam...pernah dulu saya menulis perihal kehidupan peribadi saya, namun tidaklah terlalu spesifik skopnya, sebab memang saya jarang bercerita, walau dengan keluarga saya sendiri. Entahlah, kadang-kadang saya banyak bercerita dengan blog ini sahaja. Agak lama juga saya menulis di sini, Hmmm..hujung tahun 2007 tak silap saya. Selalunya apa yang terlintas dalam fikiran saya, saya akan ingat, dan jika saya rasa ia sesuatu yang penting saya akan tulis di blog ini.

Secara dasarnya, memang saya tak tahu sangat macam mana sambutan anda yang membaca blog ini, sebab saya tahu ia adalah sesuatu yang seronok jika kita tahu ada orang yang memang menjadi pembaca setia. Walaubagaimana pun, objektif utama selain berkongsi dengan khalayak, blog ini saya jadikan tempat saya menulis apa-apa peristiwa yang terjadi dalam hidup saya ini. Ah’ha, baru minggu lepas saya merayau sekejap ke simpanan arkib blog ini, ada juga yang artikel saya tulis dahulu yang saya dah lupa. Bila saya baca semula, secara tak langsung ia membuka semula buku-buku lama dalam fikiran ini.

Awal blog ini dulu memang saya banyak menulis apa yang terlintas dalam fikiran, maklumlah, baru-baru lagi waktu itu. Apabila semakin lama, seingat saya pada waktu itu memang musim pilihan raya, PRU, jadi banyak juga artikel yang saya tulis perihal politik, dan situasi semasa. Oh, waktu itu fikiran masih kurang matang sedikit dari sekarang, tapi dalam banyak-banyak artikel yang saya tulis, saya paling suka artikel perihal PPSMI. Isu itu pun isu lama, tapi sedikit sebanyak buah fikiran dalam artikel itu sejajar dengan apa yang dijalankan kerajaan sekarang.

Selain itu, dahulu, bahasa saya dalam blog ini, saya gunakan gaya penulisan bahasa pasar sahaja. Tapi selepas saya banyak membaca blog kawan-kawan saya yang lain, saya perhatikan mereka gemar menulis dalam bahasa Inggeris yang menggunakan tatabahasa yang betul, jadi apa kata kalau saya pula menulis blog ini dalam bahasa Melayu dengan tatabahasa yang betul. Ah, tapi kalau nak berbahasa Inggeris pun boleh juga.

Ada juga dalam blog ini saya menulis perihal ketamadunan Islam dan kesannya terhadap pemikiran saya. Tapi sekarang saya jarang menulis perihal itu lagi, semuanya sebab, mungkin pencarian saya selama ini, boleh dikatakan telah berjaya. Bukan berjaya apa pun, cuma pemahaman itu telah bertambah. Mungkin, anda boleh merujuk kepada artikel “Pokok Durian Sebagai Analogi Permasalahan Masyarakat”. Hmmm..namun begitu, saya rasa mungkin tak lama lagi saya akan buka buku semula dan mula menulis perihal Islam semula secara perlahan-lahan.

Saya rasa bila saya dapat menulis dan berkongsi dalam blog ini, semacam terapi pula. Kalau ketika itu saya berasa saya ingin bercakap, pasti saya akan menulis.

Oh, apa yang saya ada dahulu sehingga saat ini memang saya sungguh menghargainya. Syukur kepada Allah.

Sungguh, kini saya sedang mencuba memperbaiki diri dari segala segi, semoga ditetapkan hati ini, terima kasih atas ujianMu.

Come gather 'round people
Wherever you roam
And admit that the waters
Around you have grown

And accept it that soon
You'll be drenched to the bone
If your time to you
Is worth savin'

Then you better start swimmin'
Or you'll sink like a stone
For the times they are a-changin'
- Bob Dylan, The Times They Are a-Changin'

E-Volt 410 + Seorang Diri di Kota Raya

Wednesday, April 8, 2009

Minggu Depan Mesti Cari Benda Ini




Salam...

Minggu persediaan sebelum peperiksaan akhir semester ini nampaknya mempunyai jarak sekitar 3 minggu. Saya mengambil keputusan untuk pulang ke rumah sebentar untuk menyelesaikan beberapa urusan penting.

Dua buku di atas antara "to-do-list" saya minggu depan. Kinokuniya KLCC mungkin ada.