HC-110, Cairan F, 1:79, 24 darjah Celsius, 12.5 minit, digoncang setiap 3 minit.
Salaam, walaupun saya menjalankan perniagaan kecil-kecilan menjual kamera analog sejak setahun yang lalu (lihat: Kamera-lah!), inilah kali pertama saya membeli TLR (Twin Lens Reflex) untuk kegunaan saya sendiri. Memang sudah lama memasang niat, namun saya fikir wang yang saya ada baik saya dahulukan membuat modal perniagaan. Adapun untung yang sedikit itu, akan saya gunakan untuk belanja diri sendiri.
Dalam kamera TLR yang saya beli tempoh hari, iaitu Photina Reflex buatan Jerman sekitar 1950-an, terdapat satu gulung filem lama yang sudah digunakan oleh tuan empunya kamera tersebut sebelum ini. Saya tidak tahu pada tahun berapakah filem tersebut digunakan. Hasil kajian saya di internet dan juga gaya fesyen pakaian manusia dalam gambar di atas, mungkin sekitar 60-an dan 70-an, dan filem itu adalah siri Kodak Tri-X Pan 160 tahun 1954.
Rasa kagum dan ingin tahu itu memang tinggi, membuatkan saya mencuci filem ini untuk melihat hasilnya. Walaupun kualiti filem sudah pun rosak, namun gambar di dalamnya masih lagi ada. Umpamanya, menjumpai kad memori yang menyimpan gambar di dalamnya.
Mungkin, gambar-gambar ini diambil ketika cuti hujung minggu oleh keluarga yang masih baru mendirikan rumah tangga, 3 orang anak kecil, si bapanya mempunyai kerjaya yang baik, kiranya seperti waktu puncak dalam berkeluarga. Saya percaya, kamera ini digunakan oleh lelaki yang berkepala sedikit botak itu. Mungkin umurnya menjelang 40-an.
Kawasan pantai ini mungkin di sekitar United Kingdom, kerana "Beach Huts" memang menjadi kebiasaan di sana.
Masih hidupkah lagi orang yang berada dalam gambar ini? Apakah rasanya mereka, jika mereka menjumpai gambar ini dan mengapa, kamera ini dijual, dan filem didalamnya tidak dicuci setelah sekian lama?
2 comments:
There's a website I know that showcases things like this but can't really find the link right now. Nanti aku pass kat hang.
sure bro :)
Post a Comment