Sunday, September 25, 2011
Projek 100
Salaam, sibuk sedikit belakangan ini. Tiba-tiba dapat panggilan untuk melapor diri di UiTM Shah Alam. Alhamdulillah, selepas beberapa surat rayuan untuk pertimbangan semula, saya mendapat tempat.
Projek 100 ini hanya siap kurang daripada 4 hari sebelum saya mendaftar di UiTM. Jadi hanya sempat mendirikan satu blog khas untuk menempatkan projek ini, belum sempat lagi untuk mengemaskini dalam web portfolio saya. Insya Allah ada masa selepas selesaikan beberapa perkara tertangguh lagi, maklumlah, pengambilan kedua di UiTM memang ketinggalan satu minggu, jadi banyak perkara yang perlu dikejar.
Oh ya, Projek 100 ini boleh dibaca dan dilihat di http://projek100.blogspot.com . Ia adalah suatu projek kajian sosial sebenarnya, sengaja saya lakukan untuk memenuhkan masa terluang disamping berkongsi apakah idea dan pemikiran rakyat Malaysia sekarang tentang unjuran negara kita ke arah setengah abad seterusnya.
Sungguh, Shah Alam ini sangat sibuk tempatnya.
Tuesday, September 13, 2011
Proses - X, Dedahan Berganda
Lomo LC-A + Olympus OM1n + Provia 100 + Proses - X
Salaam, agak kurang jadi kali ni. Baru pertama kali saya "Double Exposure" dan kali ini dengan Sdr. Ichi. Terima kasih atas ehsan filem ya Ichi :)
Kepelbagaian Blok #018
Kiev 60TTL dan Seagull 4B + Lucky SHD 100 + Stand Development HC-110 (bermacam-macam formula)
Sekitar 2009 dan 2010
Saturday, September 10, 2011
Kepelbagaian Blok #017
Photina Reflex + Lucky SHD 100
HC-110 di dalam larutan G (1:119), 45 minit, di goncang dua kali pada minit pertama dan minit ke-23, 20 °C.
Sudah sampai masanya saya patut tukar stok "fixer". Rasanya sudah dicemari dengan cucian Kodak Tri-X tahun 1950-an di bawah.
Thursday, September 8, 2011
Analogi Kepada Kad Memori
HC-110, Cairan F, 1:79, 24 darjah Celsius, 12.5 minit, digoncang setiap 3 minit.
Salaam, walaupun saya menjalankan perniagaan kecil-kecilan menjual kamera analog sejak setahun yang lalu (lihat: Kamera-lah!), inilah kali pertama saya membeli TLR (Twin Lens Reflex) untuk kegunaan saya sendiri. Memang sudah lama memasang niat, namun saya fikir wang yang saya ada baik saya dahulukan membuat modal perniagaan. Adapun untung yang sedikit itu, akan saya gunakan untuk belanja diri sendiri.
Dalam kamera TLR yang saya beli tempoh hari, iaitu Photina Reflex buatan Jerman sekitar 1950-an, terdapat satu gulung filem lama yang sudah digunakan oleh tuan empunya kamera tersebut sebelum ini. Saya tidak tahu pada tahun berapakah filem tersebut digunakan. Hasil kajian saya di internet dan juga gaya fesyen pakaian manusia dalam gambar di atas, mungkin sekitar 60-an dan 70-an, dan filem itu adalah siri Kodak Tri-X Pan 160 tahun 1954.
Rasa kagum dan ingin tahu itu memang tinggi, membuatkan saya mencuci filem ini untuk melihat hasilnya. Walaupun kualiti filem sudah pun rosak, namun gambar di dalamnya masih lagi ada. Umpamanya, menjumpai kad memori yang menyimpan gambar di dalamnya.
Mungkin, gambar-gambar ini diambil ketika cuti hujung minggu oleh keluarga yang masih baru mendirikan rumah tangga, 3 orang anak kecil, si bapanya mempunyai kerjaya yang baik, kiranya seperti waktu puncak dalam berkeluarga. Saya percaya, kamera ini digunakan oleh lelaki yang berkepala sedikit botak itu. Mungkin umurnya menjelang 40-an.
Kawasan pantai ini mungkin di sekitar United Kingdom, kerana "Beach Huts" memang menjadi kebiasaan di sana.
Masih hidupkah lagi orang yang berada dalam gambar ini? Apakah rasanya mereka, jika mereka menjumpai gambar ini dan mengapa, kamera ini dijual, dan filem didalamnya tidak dicuci setelah sekian lama?
Subscribe to:
Posts (Atom)