Tuesday, August 16, 2011
Leika Tiga F
Salaam, ada kawan-kawan yang mengatakan, kalau saya serius dalam fotografi, apa kata simpan duit dan belilah kamera Leica. Memang ada juga niat terlintas dihati untuk memiliki Leica satu hari nanti. Semuanya terpengaruh dengan jurugambar-jurugambar hebat diluar sana. Ramai antara mereka yang menggunakan Leica sebagai "work horse" dalam menghasilkan gambar. Dan saya kagum dengan hasil kerja mereka.
Duit itu bukan masalah, sebab duit boleh dicari, tapi persoalannya, kalau saya mempunyai kamera Leica, tetapi masih bersifat macam sekarang, rasanya, tidak akan sepenuhnya digunakan Leica itu. Secara jujurnya, saya sanggup ketepikan dahulu Canon EOS 60D untuk sebuah kamera Leica. Tapi apa tujuan utamanya? Untuk kepuasan nafsu ataupun hanya sekadar "fetish" terhadap kamera besi ini?
Sudah dua tiga kali saya mencuba kamera jenis rangefinder, sama ada yang datangnya dari "entry-level" sehinggalah ke "pro-level". Kamera sama tapi tak serupa Leica juga saya pernah cuba iaitu; Zorki 4/4K. Walaupun beratnya lebih 200gram berbanding kamera Leica tetapi saya dapat cuba bagaimana penggunaan sesebuah rangefinder itu.
Rugi rasanya, kalau menggunakan kamera Leica, tetapi sistem optiknya dipinjam daripada buatan bukan Jerman. Sebab hasil daripada optik Jerman itu yang dicari. Kalau hendak menggunakan Jupiter-8 baik saya cari kamera Soviet sahaja.
Tapi, bila difikirkan semula, memang kurang sikit perasaan saya bila menggunakan kamera rangefinder, sebab caranya sedikit sama dengan penggunaan SLR, namun tidak ada "penta-prism", jadi tidak nampak imej yang akan dipotretkan pada filem. Secara mudahnya, ketika menggunakan rangefinder, hanya jarak dijadikan pedoman untuk memotret gambar.
Oh ya, saya ingat, baik saya menggunakan sepenuhnya OM1n saya ini secara maksimum, mungkin kalau ada rezeki lebih, insya Allah, adalah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment