Revue 700ES + Ultrafine Xtreme 400 + HC110 Dilution 'X'; 1:300; 20 darjah Celsius; 2 jam
Terapi Kebosanan
Dari Abi Umamah al-Bahiliy: Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya Allah, malaikat dan ahli (penduduk) langit dan bumi; hinggakan semut di dalam lubang dan juga ikan paus (meliputi seluruh haiwan di darat dan di laut) mendoakan kebaikan ke atas orang yang mengajar perkara yang baik kepada manusia. (At-Tirmidzi)
Salaam, Ramadhan kali ini memang saya habiskan banyak masa dirumah sahaja, membaca, tidur, mengkaji, dan menambah baik apa yang ada walaupun biasa-biasa sahaja. Adapun berbuka diluar, hanya satu dua kali bersama dengan kawan-kawan sepemikiran.
Saya memang suka perjumpaan bersama rakan-rakan yang boleh dibawa berbincang dan bertukar ilmu, sebab idea itu pasti akan tercambah dengan sendirinya, walaupun sedikit.
Raya tahun ini insya Allah akan disambut di Bagan Datoh, kampung sebelah ayah saya. Selepas itu pula di Taiping, mungkin raya kedua atau ketiga. Suasana sudah sedikit kurang riang ria nya, tidak seperti semasa saya di umur lingkungan kanak-kanak dahulu. Mungkin kerana pemikiran waktu dahulu masih terasa bebas-tanggungjawab. Cuma bagi saya, Hari Raya jika mahu diseronokkan dan diserikan, pengisian itu lah yang paling penting sebenarnya.
Ada jarak masa yang panjang sebelum saya mula menyambung pelajaran semula. Banyak juga idea dan projek baru yang terlintas difikiran ini. Harapnya cukup kerajinan dan sumber untuk melaksanakannya. Semoga kita sentiasa dibawah bimbingganNya.