Tuesday, August 31, 2010

Kali Ke Lima Puloh 3


Salam..semenjak saya ada blog beberapa tahun lepas, ada juga beberapa kali saya menulis fasal perkara-perkara kritikal dan rumit, cuma sekarang sudah kurang (sangat) saya menulis. Mungkin sebab terlalu sibuk dengan kerja-kerja wajib seperti menelaah pelajaran dan sebaginya. Kalau dahulu, memang saya banyak masa lengang sebab waktu itu saya baru selesai dengan SPM, tambahan pula PRU baru selesai, jadi memang suasana iklim ketika itu mendorong saya untuk menulis dengan hasrat dapat berkongsi apa yang ada dalam benak fikiran saya ini.

Agak kurang juga saya belakangan ini untuk mencari maklumat-maklumat baru di internet, sekali lagi, memang saya sibuk dengan kerja-kerja wajib. Baru sahaja semalam saya terjumpa dengan aktiviti terbaru Fahmi Reza.


Student Power.

Secara umumnya, yang saya amati daripada gerakan ini, beliau cuba membina kesedaran dalam golongan mahasiswa (pada masa sekarang ini) yang sebenarnya mereka sedang terkongkong dalam lingkungan yang dicipta oleh kita sendiri. Saya pun, memang selesa sungguh belajar/menjadi mahasiswa dalam suasana sebegini. Semuanya diberi, kalau kita menyoal sesuatu perkara yang dianggap "sensitif", pasti mereka akan ungkit, dan mengatakan kita ini lupa daratan dan sebagainya.

Saya sekarang pun di UiTM Perlis ini, memang malas hendak ambil tahu fasal perkara-perkara berkaitan MPP (Majlis Perwakilan Pelajar) , nak tahu sebab apa? Sebab dahulu waktu saya mula-mula menjejakkan kaki di sini, memang para mahasiswa baru ini akan dicuci oleh orang atas dalam program BTN. Memang saya ingat sehingga ke hari ini, mereka tayangkan slaid gambar-gambar aktivis mahasiswa yang mempersoalkan/menyertai/menganggotai kegiatan siasah dalam negara.

Dalam program ceramah itu, aktivis-aktivis itu dilabel sebagai tidak mengenang budi. Memang ada ruangan bertanya soalan pada penghujung ceramah itu, memang tergerak hati untuk bertanya pendapat penceramah BTN itu perihal peristiwa Tianamen Square dan peranannya membentuk sejarah negara China. Tapi, saya waktu itu baru-baru lagi, jadi saya ambil keputusan untuk diam sahaja. (beberapa bulan selepas itu saya ada menyertai ceramah bekas Naib Canselor UiTM, Dato' Ibrahim Abu Shah, dan pada waktu itu saya berpeluang bertanya dan berkongsi pendapat dengan khalayak yang ketika itu dihadiri oleh ramai pensyarah UiTM fasal perasaan syak wasangka antara Bumiputra dan rakan bangsa yang lain).

Oh berbalik pada kisah Fahmi Reza ini, jadi secara kasarnya memang saya tak ambil tahu langsung fasal "mengaktifkan diri dalam gerakan pelajar". Sebab lainya adalah, kalau waktu pilihanraya pelajar berlangsung, memang tidak ada suasana langsung, dan kadangkala saya tak tahu langsung bila masa mengundi (sebab tidak diuar-uarkan secara meluas, dan tak wajib). Ada juga, saya dengan dari mulut kawan-kawan saya, yang beranggapan MPP ini buang masa sahaja. Baik kita datang belajar, tamatkan dengan graduasi dan bekerja. Itu kan lebih bagus?

Walaupun saya kurang ambil kisah dengan apa yang berlaku, tetapi secara berterusan saya masih cuba untuk mengikuti perkembangan semasa negara. Selain Fahmi Reza, antara yang lantang bercerita tentang "kongkongan" mahasiswa dalam universiti tempatan adalah Sdr. Wan Fayshal (Rausyanfikir). Ah, sekarang saya kurang membaca fasal rentetan perjuangan yang beliau bawa. (sibuk lagi sekali).

Selain daripada itu, saya ada juga terjumpa perkara baru, mungkin saya lambat tahu, tapi ini daripada junior saya ketika di MCKK dulu. Artikel yang baik daripada Sdr. Fendy Hasni, perihal perkara yang berlaku beberapa minggu lepas. Guru-guru serta pensyarah dan juga kesan penglibatan mereka dengan politik negara. - "Of Teacher in Politics"

Tapi apa yang saya tahu dan dapat simpulkan, mungkin semua ini dicipta oleh mereka yang takut kehilangan kuasa.

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke - Lima Puloh 3.

Kerja rumah anda.
Tiananmen Square protests of 1989
Student Power lecture repeatedly banned on campus

Monday, August 30, 2010

Friday, August 27, 2010

Semuanya Sama

OM-1n + Ilford XP2 + Haba Arau Yang Lembap

"The years are flashing by and everything will change,
But way down deep inside, we all just stay the same;
And down below, old memories come alive and then we know."
Johannes Stankowski – Down Below

Tuesday, August 24, 2010

Pertengahan Ramadhan

Salam, ahhhh...kali ini memang lama sungguh saya tak kemaskini blog ini. Memang sibuk yang melampau. Sebenarnya bukan sibuk mana pun, cuma tak menang tangan dengan perkara-perkara baru yang berlaku dalam bulan Ogos ini. Masuk topik baru sewaktu kelas itu memang sudah satu kewajipan, selain itu saya ada juga buat kerja-kerja sambilan untuk tambah duit poket. Jadi fikiran itu tidak teringat sangat untuk mengemaskini blog.

Tambahan pula, minggu pertengahan Ramadhan ini, sebelum balik raya, memang minggu ujian bulanan, jadi berderet-deretlah jadual ujian saya sebelum boleh pulang beraya nanti. Namun begitu, sebelum datangnya minggu ini, dalam beberapa minggu lepas saya berjaya menyelesaikan beberapa tugasan tambahan antaranya, sempat menyiapkan blog baru bagi Saudara Rafizi Ramli dan juga sebuah kedai online saya sendiri.

Memang sebelum ini saya sudah ada niat untuk berniaga kecil-kecilan dalam internet, namun jalannya saya kurang arif lagi. Tapi kini, selepas saya membuat beberapa kerja rumah dan juga atas didikan Ayah saya sendiri yang mengajar bagaimana nak import masuk barang suatu ketika dulu, maka minggu lepas tercapai jugalah hasrat saya ini.


Bolehlah menambah duit poket saya untuk menyara hidup di bumi Arau ini. Oh ya, untuk pengetahuan anda, semenjak saya habis tingkatan 5 dan menyambung pembelajaran dalam bidang Kejuruteraan Sivil di Perlis ini, saya sudah tidak bergantung harap dengan duit belanja ibu bapa saya sendiri, memang itu hajat saya sejak sekolah menengah lagi. Jadi ini salah satu daripada sumber-sumber kewangan saya. Insya Allah, kalau ada rezeki saya ingin kedai ini ada pusingan modal yang banyak, jadi tak perlulah lagi saya risau sangat dikemudian hari.

2hb Ogos ini saya akan pulang ke Kampung di Ulu Yam. Memang apabila sudah masuk kawasan Ipoh nanti, saya rasa saya akan alunkan lagu-lagu raya dalam Cuore saya, barulah "speret" raya!

Sunday, August 8, 2010

Kepelbagaian Blok #003


MjuII + Lucky SHD 100 + Keterujaan Bermain Dengan Bahan Kimia


bila dijeruk letak dimeja;
baru sekejap telahpun hilang,
budi setitis tidak terlupa;
budi bertambah berbilang-bilang.

Friday, August 6, 2010

Dulu Teringin Juga

OM1n + Ilford XP2 + Teh 'O Panas Dikala Hujan Lebat

"baik perpada-pada, jahat jangan sekali
masih ada yang nanti, untuk jadi pengganti
mari kita berlari, berlari mengejar pelangi"
Gray Sky Morning - Pancaroba

Thursday, August 5, 2010

Kepelbagaian Blok #002






"Hidup ini umpama eksperimen, lagi banyak eksperimen yang dilakukan, lagi bagus" -Raplh Waldo Emerson

Mju II + Lucky SHD 100
Pada 20°: HC-110 7'30" + Cuci Dengan Air 3' + Ilford Rapid Fixer 5'30" + Sabun Mandi