Saturday, May 29, 2010
Gambar-Gambar Terbaru
Salam...petang tadi saya dan budak-budak rumah bergegas pergi ke Jom Heboh. Boleh dikatakan memang menjadi satu sejarahlah bagi negeri Perlis, sebab sebelum ini memang tak pernah pun diadakan karnival seperti itu. Boleh dikatakan memang agak lambat kami sampai, bukan apa, ada orang bertandang ke rumah, tapi mereka tak reti nak minta diri :)
Memang niat hendak panaskan kamera selepas sekian lama tak menyertai mana-mana kembara berkamera. Jadi petang itu, saya dengan Azrul (baru dapat 50 mm..hehehe), caj bateri masing-masing, selepas makan, kami pun bertolak. Rupanya, Jom Heboh ini lebih kepada seperti karnival ala-pasar malam, cuma lebih besarlah.
Kali ini, saya cuba rakam gambar dengan tidak menggunakan khidmat "Zoom" pada lens saya. Saya aturkan tetapan kepada "Open Wide" dan kelajuan "Shutter" pada 1/60 sepanjang masa. Banyak yang saya ambil gambar petang tadi di paras pinggan dan bahu sahaja. Hasilnya saya berpuas hati. Jadi maka, betullah apa yang kebanyakkan lagenda foto jalanan, bahawa kita perlu turut serta dalam suasana itu, sebab foto jalanan itu hidup. Menggunakan "Zoom Lens" berkaliber besar bukanlah satu pilihan yang baik, sebab suasana itu kita rakam umpama seorang penembak hendap. Tapi, itu semua atas pendapat masing-masing.
Oh ya, saya bawa juga Mju II saya, ada berbaki 15 dedahan. Semua saya habiskan juga. Tak sabar nak hantar kedai cuci filem.
p/s: Insipirasi daripada budaya Osanpo Kamera - お散歩カメラ dan juga musim :)
Tuesday, May 25, 2010
Hidup Itu Memang, Mati Itu Pasti
Salam, dah lama saya tak bercakap fasal-fasal kerohanian ini, walaupun suatu ketika dulu saya pernah belajar serba sedikit perihal perkara ini, dan saya percaya ramai kawan-kawan saya pun begitu juga.
Baru beberapa minggu lepas semua budak rumah saya duduk sekali dan bersembang perihal ini, malam itu kami semua menceritakan sejarah hidup masing-masing. Disebabkan kami memang sudah berkawan rapat hampir 2 tahun jadi banyak perkara peribadi yang kami dapat bincangkan.
Sehinggalah laluan perbualan kami tempoh hari masuk kepada bab kematian. Ramai juga kawan-kawan rapat saya yang telah pergi dulu. Jadi memang benarlah janji tuhan itu, bahawa, ajal ini tidak kira umur. Muda dan tua atau sesiapa sahaja. Asal ia bernama makhluk, maka hukum ini pasti akan ditempuh.
Saya pun seperti orang yang lain juga, selalu sangat berbuat kesilapan, kadang-kadang memang sengaja pun. Bukannya tidak tahu.
"...maka apabila ajal itu datang, mereka tidak akan mampu meminta kelewatan walau sesaat, atau mempercepatkannya". An-Nahl : 61

Thursday, May 20, 2010
Kemakmuran Bersama
Salam, sambil saya bosan-bosan dan tak tahu nak buat apa masa bulan intersessi ini (walaupun esok ada kuiz Math Engine, saya buat keputusan untuk menyertai pertandingan Satu Photography yang ditaja oleh Canon dan Taylor's College. Idea untuk gambar ini saya terfikir waktu nak tidur semalam, memang subjek makanan subjek kegemaran, tapi saya cuba cipta kelainan sikit dengan beberapa prop yang saya dapat di kedai-kedai taman perumahan saya. Saya memang sengaja tekankan keringkasan dan objektif yang lebih keras dalam gambar ini. (untuk paparan lebih besar sila klik gambar)
Saya tidaklah sehebat Bak (Bakri Hafiz Hisham) dalam kemahiran bermain cahaya, tapi banyak hasil kerjanya menjadi inspirasi saya :). Ini aturan ringkas pencahayaan gambar ini.
Oh ya, ada idea baru untuk hobi fotografi saya dalam masa akan datang, kali ini saya mesti bersungguh-sungguh.
Oh ya kali kedua, untuk sertai juga pertandingan ini - Satu Photo Competition
Friday, May 14, 2010
Sunday, May 9, 2010
Pertengahan Pertama
Salam, memang dah berkurun saya tak menulis apa-apa langsung di sini. Banyak yang terlintas dalam fikiran saya pada waktu lepas semuanya pendek-pendek sahaja. Jadi saya luahkan saja di Facebook dan Twitter. Secara rasminya, penggal pembelajaran baru saja berakhir. Banyak yang dirancang menjadi, ada juga yang masih menunggu giliran untuk dizahirkan dalam hidup.
Sekejap sahaja dah sampai ke pertengahan tahun 2010, banyak perkembangan baik kawan-kawan yang memang dah lama saya tak jumpa. Masing-masing pun rasanya, ada perancangan rapi yang tersendiri. Ya lah, untuk hidup ni, semua mahukan yang terbaik kan?
Memang tak banyak yang saya dapat lakukan untuk setengah pertama tahun ini, banyak saya habiskan untuk objektif teratas saya, walaupun begitu, saya selitkan juga beberapa perkara yang saya rasa perlu untuk menjadikan diri ini saya.

Subscribe to:
Posts (Atom)