Monday, January 5, 2009

Saudara-Saudaraku..kita semua terlalu takut!

Salam..post kali ni adalah benda yang bermain dalam kepala aku sejak 5 hari belakangan ini.

Sebelum itu, ini tiada kaitan dengan Linux mahupun Ubuntu

Perkara ini berlaku saban hari, bahkan sebelum aku lahir lagi. Selepas kekalahan pihak Arab dalam Perang Enam Hari (langsung tidak ada lagi usaha-usaha untuk membebaskan negara saudara kita yang mana mereka menjadi banduan di negara sendiri.

Seterusnya disusuli oleh siri-siri serangan yang membangkitkan Intifada yang sehingga hari ini sudah pun terlancar Intifada ke-3.

Beratus-ratus rakyat yang tidak berdosa terbunuh.

Apakah maksud negara yang berdaulat jika negara itu pecah-pecah, satu di semenanjung dan satu lagi di tebing?

Ada pula tembok-tembok tinggi.

Boleh anda fikirkan?

Solidarity yang sangat kurang antara kita umat Islam memburukkan lagi perkara ini(dah berapa ratus ribu orang bercakap benda yang sama? Kita mesti bersatu) namun siapakah yang merasakan pihaknya perlu melakukan “first move”? Di sini ada beberapa nama yang dirasakan perlu menjadi pihak yang perlu melakukan “first move”

PBB
sudah terbukti mereka tidak mampu (dikuasai tangan-tangan yang berstatus veto)

OIC
hanya ada nama saja, hanya tahu mengeluarkan resolusi yang mengecam tindakan ini.

Liga Arab
paling terbaik yang dapat dilakukan hanyalah dengan mengawal stok-stok bekalan minyak mentah.

Negara-Negara Islam
mengeluarkan kutukan, cemuhan, bantahan, protes.

Anda
menyertai demonstrasi, atau mungkin tidak melakukan apa-apa, seolah-olah tiada apa yang berlaku.

Ada yang berkata kita perlu boikot secara terancang. Ya betul, kita perlu boikot sebab kita ada kuasa sebagai seorang pengguna. KFC, Coca Cola, McD (sekadar menyebutkan beberapa sahaja). Tapi kita perlukan satu gerakan yang boleh menggerakkan kita bersama-sama, secara serentak. Cukup kalau kita boikot barangan mereka untuk 2 bulan dengan melibatkan “mass boycott” secara serentak, bukan di negara kita sahaja tapi di negara-negara lain juga.Pasti mereka akan terasa impaknya. Tapi (lagi sekali) siapa nak menyatukan kita untuk bergerak bersama-sama.

Anda?


Parti Politik? Mereka pun macam hmmmm...anda pun ada jawapan kan


NGO?


Atau

Hendak tunggu kucing bertanduk-kah?

Kalau ada pun tidak mendapat sambutan, mengapa? Entah kenapa, mungkin tiada rasa tanggungjawab (mungkin sebab mereka jauh nun di Asia Barat? atau mungkin pemikiran kita yang sudah terkena racun? ).

Hmmm....

Kalau beri bantuan kewangan? Oh, saya pernah menyertai satu forum yang membincangkan perihal bumi Anbiya' ini. Sukarelawan-sukarelawan negara kita yang pergi ke sana dengan niat membantu disuruh pulang (oleh mereka) dan sukarelawan ini disuruh untuk mendidik kita (baca: generasi muda) tentang bumi Anbiya' ini bahawa bumi Anbiya' ini bukan memerlukan bantuan kewangan semata-mata.

Tapi, apa yang mereka perlukan?

Sokongan moral-kah?

Kenapa kita tidak hantar bantuan senjata sahaja?
Boleh saja kalau nak hantar, tapi mampukah kita menandingi mereka? Senjata kita pun beli daripada mereka.

Atau

Kita buat satu Pakatan Tentera-Tentera Islam dan melakukan serangan penghabisan.
(pasti tercetus WWIII) namun kesannya pasti perit untuk ditanggung.

Habis negara-negara yang berjiran, takkan tengok sahaja?
Mereka pun menjadi boneka dan takut untuk melakukan apa-apa, buka sempadan pun tidak mampu.

Kesudahannya?

Jari ditunding kesana-sini dan tidak ada langsung penyelesaian yang efektif

--------------------------------------------------------------------------------

Soalan serta pertanyaan di atas hanyalah daripada pandangan aku. Mungkin ada penyelesaian yang lebih bagus. Ekonomi misalnya selain daripada boikot barangan mereka. Pemimpin negara-negara Islam seharusnya cuba meminimumkan penggunaan US Dollar dalam urusniaga import-eksport mereka. Kurangnya penggunaan matawang ini, maka kurangnya permintaan, kurangnya permintaan maka kuranglah nilainya. US bukan la negara yang ber'wang' sekarang. Mungkin ini satu langkah berani mati, tapi jika ada satu gerakan yang betul-betul 'solid' dan bergerak bersama-sama pasti berjaya.


Perlunya kajian khusus dalam aspek ekonomi ini, kebergantungan kita umat Islam dengan mereka terlalu erat dan rapat. Kita perlu lebih berdikari dalam hal ini. Aku percaya dalam keadaan sekarang jika kekuatan ekonomi digandingkan dengan ketumbukan kuasa tentera pasti kita boleh keluar daripada kempompong ini.


terlalu radikal-kah? Mereka lagi berkali-kali radikal. Bukan-kah begitu?

Cuma, aku, kau, mereka, beliau, dia dan kamu tak cukup berani lagi. Sampai bila???? Jom bergerak bersama-sama. Perjalanan ini masih jauh, sebab malam yang semakin pekat kegelapannya adalah tanda cahaya mentari pasti akan muncul tidak lama lagi.

Semoga kita dipimpin-Nya

**penggunaan kata ganti nama “mereka” boleh digantikan dengan nama Amerika Syarikat ataupun Israel mengikut kesesuaian.

1 comment:

caliphkaai said...

bagus.
kita lakukan segala yang menuruti kemampuan.

kata orang tua;
ukur baju di badan sendiri.