Tuesday, July 26, 2011

Kepelbagaian Blok #015




Olympus OM1n + Zuiko 1.8/50 + PanF+
"Masa yang pantas berlalu, hingga tak terasa pun, berada di bulan Ramadhan"

Thursday, July 14, 2011

Kepelbagaian Blok #014


Olympus OM1n + Zuiko 1.8/50
Pan F dalam larutan G (1:119) HC-110, 50 minit, 20 darjah Celsius.

Friday, July 8, 2011

Perang Saraf

Salaam, esok 9 Julai. Jarang langkah pencegahan secara besar-besaran diambil sebelum ini oleh pihak kerajaan. Dalam demo yang sebelum ini pun, mereka hanya pandang sebelah mata sahaja. Mungkin mereka sudah sedar bahawa mata rakyat sudah terbuka. Walaupun tidak secara total. Namun begitu, saya percaya ramai remaja yang sebaya saya fikirannya pun sudah terbuka. Memang manusia yang berumur lingkungan saya ini, sifat ingin tahu dan mengkajinya tinggi sekali.

Saya rasa dan fikir, rentetan isu ini memang banyaknya sudah dirancang dengan teliti sekali oleh kedua-dua belah pihak. Cuma koordinasi daripada pihak kerajaan sahaja yang kurang sinerginya. Ibaratkan seperti bermain catur, satu langkah dicantas, langkah yang lain pula digunakan. Begitulah apa yang berlaku sekarang.

Apa-apa pun, ini suatu yang sihat, cuma langkah pencegahan dari pihak kerajaan terlampau keterlaluan. Mungkin mereka tidak belajar daripada tahun 2008 agaknya.

Agak malang bagi saya kerana tidak dapat merakamkan foto-foto untuk demo esok hari seperti demo ISA sebelum ini. Maklumlah, bukan status bekerja lagi. Jalan raya di Ulu Yam sekarang pun sangat ketat sekatannya, kereta diperiksa satu persatu dengan teliti.

"..kerana negeri inilah negeri kita, apa jadi baik buruk pun, inilah negeri kita, di sini kita lahir, di sinilah kita mati" - Tunku Abdul Rahman, sekitar '88

Monday, April 25, 2011

EC111 -> EC110












MjuII 28/2.8 + PanF + Bulan Terang Kuala Perlis

Salaam, sebenarnya di UiTM, saya mengambil kursus yang kodnya adalah EC111, jadi bermulanya saya semester 1 sampai lah ke semester 4 memang lah dengan EC111 sahaja. Alkisah menjadi ceritanya, pada semester 3, saya gagal dalam dua subjek kritikal. Jadi bermula daripada itu, memang tunggang-langganglah jadual waktu saya. Iyalah, kalau jadual asal memang asalnya EC111, akibat "repeat" dua subjek, jadi terpaksalah saya menyusun semula jadual sedia ada. Bermula dari situlah saya kenal dengan mereka yang ada di dalam gambar-gambar ini.

Memang tidak saya nafikan, grup asal saya EC111 banyak terdiri daripada rakan-rakan yang asalnya dari pantai timur, secara khususnya Terengganu. Jadi, sejak semester 1, sememangnya di dalam kelas mereka suka bergaul dengan yang sama dengan mereka sahaja, dialek yang dicakapkan pun, dialek pantai timurlah. Jadi secara tidak langsung kami yang berbaki hanya dalam beberapa orang ini, hendak tidak hendak terpaksa mengikut sahaja. Saya ini memang bukan jenis yang suka mengikut orang lain, sebab saya tidak suka menjadi seseorang yang bukan diri saya, jadi sekadar kawan-kawan biasa sahajalah. Boleh dikatakan batch EC111 tahun kemasukan Julai 2008 tidaklah begitu sepakat.

Walaupun hanya sempat untuk bergaul dengan grup EC110 untuk setahun atau dua semester, ternyata mereka ini memang rapat dengan saya. Saya senang dengan mereka dan perangai mereka biasa-biasa sahaja. Tidak ada budaya merendahkan (memangkah) orang lain, jadi semuanya okay-okay sahaja. Tidak sangka pula, mereka boleh jemput saya menyertai BBQ mereka ini. Malam itu hanya saya seorang dari EC111. Oh ya, rancangan BBQ ini dibuat sehari sebelum hari jadi, jadi mereka turut mengajak saya untuk menguruskan beberapa perkara.

Entah bila akan berjumpa lagi, panjang umur, mungkin boleh bersua lagi di peringkat ijazah atau semasa kerja nanti. :)