"Aku tak punya populariti seperti yang lain-lain, walaupun manusia itu cinta pada perhatian orang ramai. Ah, sedap jugak jadi terkenal ni" - monolog dalaman
OM-1n + DNP Centuria 200 Luput + Kepanasan Terik Tetapi Seronok di Atas Sana
"Sehingga kini saya masih merasakan satu hari itu terlalu pendek untuk memikirkan perkara dalam hidup ini, terlalu singkat untuk mencuba benda yang saya suka, terlalu sekejap untuk membaca buku yang saya minat dan terlalu pantas untuk mengenali mereka yang pernah ada dalam hidup saya" - John Burroughs
Salam, agak berhabuk sudah blog saya ini, maklumlah, sibuk sangat semester ini, agak melampau kesibukannya.Peperiksaan akhir memang sudah dekat, 21 April ini kertas pertama. Kerja kursus juga ada 2 lagi yang perlu disiapkan dalam masa terdekat. Memang saya rasa hidup sentiasa ke depan dan ke depan, susah juga nak menoleh kebelakang, orang lain pun begitu juga rasanya.
Banyak yang dirancang semester ini sudah keluar dari landasannya, tapi masih menuju tempat yang sama.
OM1n + DNP Centuria 200 Luput + Malam - Malam Yang Sibuk
Nikon D70s + 50mm f/1.8 + ABC Special Kuala Perlis
Salam, lama juga tak ada apa-apa cerita baru, sangat sibuk rasanya semester ini, banyak laporan makmal yang perlu disiapkan, bayangkanlah dalam dua jam masa belajar, 3 eksperimen perlu dihabiskan dan minggu depan laporannya perlu dihantar. Itu baru satu subjek.
Minggu ini banyak saya habiskan masa menjadi seorang yang pendiam dalam internet, membaca blog kawan-kawan, melihat gambar-gambar baru di facebook, rupa-rupanya ramai antara mereka yang sememangnya rapat dengan saya sudah jauh merantau di bumi Allah ini. Seronok juga bila lihat perkara macam ini, ya lah, saya paling jauh hanya di Singapura.
Ah'ha, minggu ini kelisa biru saya nak salin kulit, boleh layan JDM pula lepas ini.
Salam, sejak saya kecil lagi boleh dikatakan saya suka membaca, tapi kalau nak membaca bahan dari bahasa Inggeris itu saya kurang sikit kefahamannya, cuma baru-baru ini sahaja saya mula membaca bahan berbahasa Inggeris, dalam tahun 2005, itu pun ada galakan dari sekeliling.
Ayah saya ada juga memberi beberapa novel Inggeris sebelum itu, tulisan Jack Higgins, tapi saya tak dapat bawa, berat sangat bahasanya. Cuma siri Ladybird saya dapat ikut.
Siri bacaan sekolah menengah seperti Robinson Crusoe dan Prisoner of Zenda itu saya rasa bolehlah saya jadikan sebagai bibit-bibit permulaan hobi ini. Walaupun musim Harry Potter sedang melanda remaja sebaya saya, tapi disebabkan saya kurang suka siri fiksyen magik, jadi saya ketepikan dahulu.
Memang minat saya dalam cerita sejarah dan bukan fiksyen sudah ada sejak dulu lagi, seingat saya "Memoir Leftenan Mohamad Noor dalam Force 136" yang saya ambil dari rumah Tok Wan saya ketika kecil dulu adalah buku pertama bukan fiksyen yang saya baca. Oh ya, Tok Wan saya dulu berkhidmat sebagai Askar British dalam Kor Angkut.
Pegasus Bridge , The Wild Blue tulisan Stephen E. Ambrose menjadi dua buku Inggeris awal yang saya berjaya habiskan dan saya faham 100%, ada yang ketiga iaitu D-Day, tapi waktu itu sudah berada di ambang PMR, jadi saya tinggalkan seketika.
Lord of Flies tulisan William Golding juga saya berjaya habiskan, karya fiksyennya boleh diterima akal.
Selepas itu saya terjebak dengan tulisan Andy McNab sejak saya berada di Perlis pada tahun 2008. Sedap juga karya fiksyennya, penuh dengan fakta nyata. Setakat ini sudah 3 siri beliau yang saya baca. Cerita mengenai pengintip upahan dan kadangkala lebih kepada ketenteraan.
Ada siri baru, saya sudah periksa di MPH, esok mungkin berlari ke sana sekejap.