Wednesday, July 29, 2009

Outing KL bersama Geng Fotografikr

Salam..Ahad lepas memang menyeronokkan. Saya dapat kenal dengan ramai kawan baru. Lingkungan umur semuanya lebih tua daripada saya, jadi maksudnya sayalah yang paling mudakan pada waktu itu. Agak segan jugak pada mulanya. Sudahlah saya sampai paling lambat. Sebenarnya saya terlajak tidur, maklumlah, sejurus sampai di rumah daripada perjalanan tren KTM dari Perlis yang memenatkan, saya terus mandi, solat Subuh dan tidur. Sepatutnya saya bertolak dari rumah pada pukul 7 pagi, tetapi terjaga dari tidur pukul 8. Jadi sudah lambat sejam disitu.

Nasib baik, Sdr. Ichi dari Fotografikr beri panduan arah dan dia pun tidak sampai lagi pada waktu itu. Saya sampai di lokasi pada jam 10 pagi. Lambat sejam, tapi memang mereka semua tunggu sambil bersarapan sebab saya bertanya dengan orang pertama saya kenal dalam kumpulan itu iaitu Sdr. Izhan. Dia kata, sudah agak lama mereka di situ.

Saya hanya sempat duduk sekejap sahaja di Restoran Yusuff, Pasar Seni itu. Beberapa minit kemudian, kumpulan dibahagikan kepada tiga berdasarkan warna asas iaitu RGB (Red, Green, Blue). Saya memilih untuk menyertai kumpulan biru dan subjek yang perlu dicari adalah yang mempunyai unsur biru.
Aktiviti kali ini memang sangat menyeronokkan. Kami berjalan dari Pasar Seni sampailah ke Times Square. Dalam pada kami mencari subjek untuk dirakam gambarnya, kami bertukar-tukar fikiran dan pandangan dalam bidang ini.

Dari Kiri : Sdr. Niezam (tersorok), Sdr. Khilmi (Kapten), Sdr. Skyrocket, Sdr. Izam, Sdr. Izhan, Sdr. Kumat

Saya harap selepas ini saya dapat sertai lagi sebarang aktiviti seperti ini. Kedatangan tempoh hari memang membanggakan.

Monday, July 13, 2009

Urticaria (Gelgata)

Salam..anda pernah dengar tak pasal gelgata?. Bukan semua orang tahu fasal ini. Saya pun baru sahaja tahu selepas bertahun-tahun menghadapi masalah ini. Setelah hampir beberapa minit menggunakan Google. Akhirnya saya dapat tahu yang ruam gelgata ini, yang selalu disebutkan oleh orang dulu-dulu mempunyai nama saintifiknya iaitu Urticaria.

Boleh dikatakan saya pada setiap pagi, kalau waktu itu suhu berada pada paras 20 darjah Celcius dan air yang keluar dari pili sejuk pasti saya akan kena gelgata. Ha, sebelum itu. Gelgata ini boleh dibahagikan kepada beberapa sebab dan faktor penyebabnya.

1) Air
2) Suhu
4) Jangkitan kuman
5) Tekanan
5) Alergi

dan beberapa sebab lagi yang telah direkodkan.

Saya pun tak tahu kenapa, tetapi kulit pada badan saya ini boleh dikatakan memang sensitif betul. Kalau sejuk mesti kena gelgata, tapi tidak lah kronik sampai satu badan. Cuma di bahagian sendi tangan dan kaki atau leher. Begitu juga kalau mandi sungai pada pagi hari, cari nahaslah jawabnya. Satu sahaja syarat yang saya tahu untuk mengelakkan dari gelgata ini merebak pada badan saya. Jangan garu.

Tetapi hari sabtu punya cerita, saya kena gelgata satu badan. Ambil masa 3 hari untuk pulih seperti sediakala. Ini saya dapati adalah akibat cuaca sejuk melampau secara tiba-tiba di Perlis. Hujan satu hari tidak berhenti berserta angin sejuk. Maklumlah Perlis punya cuaca berbeza sikit sebab dah menghampiri garisan Jadi. Setelah membaca di Wikipedia, barulah saya tahu. Selama ini saya asyik ingat kalau saya garu, gelgata pasti merebak sebab kuman pada kuku dipindahkan ke bahagian kulit yang lain rupa-rupanya salah.

The skin lesions of urticarial disease are caused by an inflammatory reaction in the skin, causing leakage of capillaries in the dermis, and resulting in an edema which persists until the interstitial fluid is absorbed into the surrounding cells.
Urticaria are caused by the release of histamine and other mediators of inflammation (cytokines) from cells in the skin. This process can be the result of an allergic or non-allergic reaction, differing in the eliciting mechanism of histamine release.


Apabila cuaca atau suhu sejuk (dalam konteks saya, aquagenic/cold urticaria), kapilari kecil pada dermis akan pecah dan akan menyebabkan edema (pengumpulan bendalir di bawah kulit) yang akan berterusan sehingga bendalir tisu kulit diserap oleh sel sekeliling. Sekarang pasti anda boleh bayang kenapa ada semacam bonggolan yang gatal pada kulit jika berlaku gelgata bukan. Semua kejadian ini dipanggil "inflammatory" yang tidak silap saya dalam bahasa melayu dipanggil rengsa. Seterusnya proses ini diteruskan apabila bendalir "Histamine" dirembeskan yang menjadi pencetus kepada rengsa kulit tadi.

Ni bukan perut aku, ni ambil dari Wikipedia

Logik bukan, jika anda garu dan garu dan garu. Merebaklah ia ke merata tempat, sebab kapilari darah yang kecil pada dermis semakin dipecahkan.

Gelgata seperti saya sebutkan tadi boleh disebabkan oleh pelbagai faktor, namun proses kejadiannya adalah sama. Saya dahulu pernah terkena gelgata yang disebabkan oleh jangkitan kuman setelah baring pada sofa yang tercemar dan kawan saya juga pernah kena yang disebabkan oleh faktor sama setelah mengalihkan pasu bunga. Untuk penawarnya, doktor telah memberikan satu suntikan yang saya rasa anti-histamine.

Sekarang, saya sudah sihat. Boleh hidup macam biasa. Hehe

*teringat masa belajar biologi dulu-dulu
rujukan penuh Urticaria di Wiki

Wednesday, July 8, 2009

Fenomena


Salam..ia satu benda biasa kalau orang yang kita tahu, kita kenal meninggal dunia lalu kita berasa ralat atau sedih. Tipulah kalau tak sedih. Sedih tak bermaksud menangis, tapi saya tahu rasa itu pasti muncul dalam semua manusia di dunia ini.

Kenapa saya menulis begini? Semuanya pasal MJ, lihat artikel sebelum ni pun pasal MJ. Saya bukanlah "die hard fan" MJ, tetapi sebagai manusia yang hidup pada era kegemilangannya pasti boleh merasakan aura beliau.

Memang tabiat saya, kalau saya tahu sesuatu perkara dan saya rasa ia sesuatu yang penting bagi saya, saya pasti akan selidik dengan mendalam. Samalah juga dengan MJ. Sejak pertama kali berita fasal kematian beliau saya telah membaca banyak mengenai hidupnya, menonton video konsertnya dan membaca lirik-lirik lagunya. Macam pelik, tapi bagi saya, saya berasa puas bila saya dapat tahu mengenai sesuatu yang pada suatu masa dahulu berjaya mencorakkan dunia.

Fenomena-lah! Saya katakan begitu sebab, di kelas pun, pensyarah saya ada menyebut perihal MJ walau sekali dalam masa 3 hari kelas baru bermula.

Fenomena-lah! 8TV menyiarkan secara langsung upacara penghormatan terakhir baginya untuk tatapan umum.

Fenomena-lah! Kawan-kawan saya menceritakan perihal ibu bapa mereka yang membeli cakera padat MJ ketika mereka di sekolah rendah.

Fenomena-lah! Saya yang sebelum ini tak pernah ambil tahu sangat pasal beliau kini sudah sedikit sebanyak tahu pasal sejarah hidupnya.

***R.I.P MJ***

Saturday, June 27, 2009

Bersemadi Dengan Aman - Michael Jackson

"Sesiapa yang Allah kehendaki mendapat hidayah nescaya dilapangkan dadanya untuk menerima islam dan sesiapa yang dikehendaki sesat nescaya dijadikan dadanya sempit dan sesak seolah-olah naik ke langit.Demikianlah Allah menimpakan kehinaan kepada orang yang tidak beriman"
(Al-An'am:125)

Tuesday, June 16, 2009

Memasang Driver Untuk Pencetak Canon iP1880, iP1700 and iP1980 Pada Ubuntu 9.04

Assalamualaikum, dalam Linux semuanya boleh, tapi kena usaha sikitlah. Dah lebih berbulan-bulan mencari penyelesaian masalah ini. Canon iP1700 saya tidak boleh berfungsi selepas saya menggunakan versi terbaru Ubuntu iaitu 9.04. Jika pada Ubuntu 8.04, saya ada menulis perihal pencetak Canon dan cara-caranya disini tetapi cara itu tidak boleh digunapakai lagi pada versi Ubuntu yang terbaru ini.

Setelah mengunakan Google selama beberapa jam, saya akan senaraikan driver-driver yang mana pada keluaran dahulu boleh digunakan, tetapi kini ia sudah tidak boleh digunapakai.

1) Penyelesaian daripada Canon yang menggunakan driver iP4200
2) Penyelesaian saya yang lepas iaitu menggunakan driver persendirian iP1800

Baiklah, kita mulakan, langkah-langkah ini sepatutnya membolehkan pencetak Canon iP1880, iP1700 dan iP1980 berfungsi.


1) Muat turun fail driver yang telah dimampatkan di sini iP1880 + iP1700. Letakkan ia pada Desktop anda.

2) Buka terminal dan jalankan arahan ini mengikut baris demi baris.
cd ~/Desktop/iP1880+iP1700
sudo dpkg -i *.deb


3) Buka System → Administration → Printing → New Printer dan pilih jenis pencetak anda (jika saya Canon iP1700). Klik forward.

4) Jangan pilih Select Printer from Database, pilih Provide PPD File.

5) Selepas itu pilih canonip1800.ppd dengan mengarahkan tetingkap anda mengikut ini
/usr/share/cups/model/canonip1800.ppd


6) Berikan nama pada pencetak anda (seperti iP1700 atau iP1880) dan klik Apply.


7) Restart Linux Box anda.

8. Selepas proses restart selesai, jalankan arahan ini baris demi baris.
cd /usr/lib
sudo ln -s ./libtiff.so.4.2.1 ./libtiff.so.3


9) Sekarang pencetak anda sepatutnya boleh digunakan

Selamat mencuba.