Thursday, February 3, 2011

Kepelbagaian Blok #007

HTC G2 + Berkeliaran di Bukit Nanas

"Courage is going from failure to failure without losing enthusiasm."
Winston Churchill

Saturday, January 22, 2011

Kaa Chik!

Salam...walaupun semester baru beberapa minggu bermula, tetapi ada beberapa perkara yang saya tidak jangkakan telah masuk ke dalam senarai yang perlu diselesaikan pada penggal pertama tahun ini.

Kaa Chik! boleh dikatakan sesuatu yang memang saya tak rancang langsung sebelum ini. Semuanya idea daripada Sdr. Ichi.

Bila difikir-fikirkan semula, ada bagusnya juga kalau ada satu laman web yang memberi info lebih fasal fotografi ini kepada khalayak. Tak silap saya, memang sebelum ini tidak ada satu pun laman web sebegini yang berbahasa Melayu, jadi kebanyakan penggemar fotografi di Malaysia akan merujuk laman web antarabangsa.
 
 OM1n + Hari Seronok di Shah Alam

Kaa Chik! kini masih di peringkat Alpha, kerana ada beberapa perkara lagi yang perlu diperkemaskan. Sebenarnya, saya dan Ichi memilih untuk menggunakan platform Blogspot bagi fasa awal ini adalah untuk menguji tahap penerimaan khalayak terhadap konsep yang dibawakan oleh Kaa Chik!. Insya Allah, kalau semuanya baik dan mendapat renspon menggalakkan daripada pembaca, kami akan cuba untuk beralih ke platform Wordpress.

Antara yang dibincangkan tempoh hari bagi pengisian laman web Kaa Chik! ini adalah seperti, tutorial berkala, berita terkini tentang dunia fotografi, temuramah dengan jurugambar tempatan dan juga ulasan model kamera terkini.

Oh ya, minggu ini minat saya untuk mengkaji lebih fasal Arduino dan juga Beagleboard menjadi-jadi pula. Rasa macam nak buat projek baru pula, gatal tangan.

Thursday, January 20, 2011

Friday, December 31, 2010

Ke 21

Salam. Cukup sebulan saya tak kemas kini blog ini. Inilah akibat kalau balik kampung. Memang daya produktiviti akan menurun beberapa peratus. Cuma fikiran saja ligat berputar memikirkan idea idea yang tak berapa bernas. Pejam celik pejam celik dah habis dah tahun 2010.

Tak semua sasaran saya untuk tahun lepas tercapai, namun ada yang dapat saya kecap macam sekarang ini pun saya menulis artikel menggunakan platform Android. Oh ya, cerita fasal cita-cita memiliki Android ini ada saya ceritakan sebelum ini.

Jadi saya fikir azam tahun lepas akan saya bawa kehadapan tahun 2011 dengan beberapa penambahbaikan. Cuma, yang paling penting saya nak perbaiki pelajaran saya supaya lebih berdaya saing bila dah habis nanti.

Bagi saya, tahun 2011 ini insya Allah saya akan isi dengan perkara yang lebih baik dari tahun yang sebelumnya. Banyak idea-idea dalam fikiran ini akan cuba saya drafkan nanti di atas kertas supaya ianya tak hilang.

Oh ya, saya mesti belajar teknik-teknik baru untuk menyusun masa saya supaya lebih efisien. Kelemahan saya paling besar sampai sekarang adalah tidak pandai mengutamakan apa yang utama.

Selain itu, tentunya 2011 akan saya jadikan tahun yang baik bagi Kamera-lah! :-)

Selamat tinggal 2010, saya pasti merindui masa-masa itu.

dan Selamat Tahun Baru untuk anda, jadikan ia lebih baik dari sebelumnya.