Friday, January 4, 2008

Aku Tak Tahu Nak buat Apa

salam...selama aku cuti nih..semakin lama semakin boring la pulak..dah la tak kerja nasib baik ada internet nih...boleh la aku mengurang kan sikit keboringan hidup aku. So, aku pun membuat keputusan dengan menolong orang yang ada masalah dengan blog diorang ni. So, post post aku yang terdahulu banyak berkisarkan tentang blog la.


Apa-apa pun ahad nih aku akan pergi ke satu Gig kat The Annexe, Cetral Market. Nak tengok band yang aku suka la, Hujan. Pastuh nak beli baju die..huhu...tak sabar rasa nye..Okayla, nak tengok 'National Treasure" la pulak..tunggu post seterusnya..aku bagi report pasal gig tuh. Okay..papai.

Add to Technorati Favorites

Additional Info About Blogger

Salam..huhu~ okay, masalh nih aku pun pernah hadapi waktu mula-mula nak tukar layout untuk blog aku. Untuk pengetahuan korang pihak Blogspot dah tukar format HTML diorang yang dulu (lama) kepada format yang baru yang lebih (ntah aku pun tak tau) bagus kot maybe..hahhaa. Okay, sebab tuh la layout yang ada kat Blogskins tuh tak boleh nak apply ngan format sekarang tapi dulu boleh la. Okay, jangan risau... allrite, mula-mula korang pergi dekat dashboard korang. Click template. Then akan keluar la satu page untuk korang edit kan layout blog korang.

Kalau korang pakai layout yang sedia ada. Page yang akan keluar memang user-friendly la. Senang nak edit, tapi untuk mendapatkan satu layout yang cun serta canggih dan
lawa korang kena tekan edit HTML kat dashboard tuh. Then korang pegi kat bottom left page tuh ada macam nih.


Okay, korang tekan la "revert to classic template". Then akan keluar satu lagi page yang untuk editing HTML jugak. Dekat situlah korang paste kan code HTML yang tadi tuh. Okay, kalau ada apa2 prob lagi just leave me a message okay. Senang je . Selamat Mencuba!

Add to Technorati Favorites

Jeng Jeng Music and Art Fest @ The Annexe Central Market

Thursday, January 3, 2008

Cara-cara membuat blog anda menjadi cantik

salam..as requested by some readers..aku telah buat keputusan macam mana nak buat blog korang cantik dan lawa serta canggih manggih instead of using custom template yang diberikan oleh pihak Blogspot. Macam korang tahu, bila kita buat blog..tak kira la pakai Blogspot ke, pakai Wordpress ke atau pun Moveable Type. Korang akan diberi pelbagai pilihan custom template (skin blog ) yang memang sedia ada dibuat untuk customers diorang dan design tuh bagi aku biasa je la. Some readers tertanye-tanye mcam mana dan di mana aku dapat template yang lawa ni untuk blog aku.


Setiap blog template ni dibina dengan format script yang itu dalam bentuk HTML, XHTML ataupun CSS. Aku bukan la tau sangat pun tapi just belajar sendiri. So hari ni kita kongsi sama-sama pengetahuan tuh untuk semua. Okay, korang try dulu masuk laman web nih
Blogskins.


So, atas ni screenshots yang ada dalam laman web tu. Semua skins ataupun template ni adalah free of charge. Tiada duit ataupun kad kredit yang diperlukan. Semua ni disumbangkan oleh komuniti blogger macam kita jugak. Aku nak belajar jugak tapi tak khatam lagi. So korang just pilih je mana-mana skins yang korang suka.


Okay, katalah korang suka skin nih. Macam biasa la, klik kat situ ( More detail about the skins).
Nanti akan keluar lagi satu page. Korang baca apa yang dia tulis, scroll ke bawah. Korang cari yang ada macam ni.


Korang click la "Download as " Blogger ke, Xanga ke, Moveable type ke. Ikut korang la. Okay, bila dah download korang akan receive satu file notepad yang ada tulih macam ni



Code macam ni la yang perlu korang copy dan paste kan dalam code HTML template blog korang. Sebarang pertanyaan just leave me a message okay kat shoutbox tuh.

Selamat mencuba.

Add to Technorati Favorites

Tuesday, January 1, 2008

HaPPy nEW Yer!!

salam..hari nih 1 Jan 2008...tahun baru..so macam past past years..aku macam biase la..tak pernah lagi celebrate kat luar..malam tadi aku celebrate depan TV jer..pastuh layan friendster jap..wish semua orang. Actually, when we wish someone something like new year wishes ni kita rasa macam best pulak. Bagi aku la, tambah-tambah lagi bila orang tuh wish kita balik, rasa macam dihargai betul tak?



So, tahun nih adalah sebagai satu kickstart bagi aku, ye lah..lagi berapa hari je aku dah 18 tahun..huhu~..so banyak yang kena buat..especially, dengan future aku. As aku tunggu result SPM tahun nih dalam bulan Mac, maybe aku kerja dulu kot..then dapat result. God willing, dapat la banyak sket A...doa-doakan je la. Boleh la aku pursue study aku dalam course engineering. Apa-apa pun, setiap manusia tuh perlu menjadikan hari ini lebih baik daripada semalam. So, gonna pray harder, work harder, study harder and for sure blog harder..huhu~

Add to Technorati Favorites