Monday, December 31, 2012

NRFZ.PRD.HSE // LOWFAM 3RD MEETUP // SHAH ALAM

Nikon V1 + Nikon 10mm f/2.8 + FCP X + Haters Gonna Hate 

Salaam, minggu peperiksaan akhir sudah pun bermula. Kertas pertama saya hari Khamis ini. Memang lama sungguh tak menulis. Al maklumlah, sibuk dengan perkerjaan sehari-hari. Video di atas ini sedikit sebanyak menaikkan semangat saya. Memang menjadi salah satu impian saya untuk menerbitkan video sebegini semasa saya kanak-kanak dahulu. Alhamdulillah, rezeki tahun ini dimurahkan Allah, jadi dapatlah saya membeli sebuah kamera yang mempunyai kebolehan merakam video HD dengan baik. Insya Allah, akan datang saya ingin beli Zoom H1 pula. Barulah boleh terbitkan dokumentari pendek!

Saturday, December 8, 2012

Darah Satria '83



Radio 1
3-1..Sandre bercakap..laporan benar..musuh kekuatan 15 - 20..dilaporkan akan menghubungi rumah panjang Barkod..terima dulu..ganti.

Radio 2
3-1..ulangi perkataan selepas rumah panjang..ganti.

Radio 1
3-1..rumah panjang barkod..terima dulu..ganti.

Radio 2
0-Bravo..terima..ganti.

Radio 1
3-1..mereka dipercayai akan menyebarkan..dakyah kepada penduduk tempatan..terima dulu..ganti.

Radio 2
3-1..terima..ganti.

Radio 1
3-1..taksiran laporan ini adalah benar..saya perlukan beberapa callsign digerakkan ke kawasan..lokasi saya..ganti.

*    *    *    *

Radio 2
Halo..1-1..di sini 0-Bravo..berita..ganti.

Radio 3
0-bravo..di sini 1-1..kirim..ganti.

Radio 2
0-Bravo..Papa Lima anda.. dikehendaki kod jarak dua nama panggilan 3-1 kod "Gadis Ayu" ke "Lima Papa" pada jam dot angka dua Alpha Zulu, Mike India, Mike Alpha, India November..ganti.

Radio 3
1-1..terima..habis.