Monday, April 25, 2011

EC111 -> EC110












MjuII 28/2.8 + PanF + Bulan Terang Kuala Perlis

Salaam, sebenarnya di UiTM, saya mengambil kursus yang kodnya adalah EC111, jadi bermulanya saya semester 1 sampai lah ke semester 4 memang lah dengan EC111 sahaja. Alkisah menjadi ceritanya, pada semester 3, saya gagal dalam dua subjek kritikal. Jadi bermula daripada itu, memang tunggang-langganglah jadual waktu saya. Iyalah, kalau jadual asal memang asalnya EC111, akibat "repeat" dua subjek, jadi terpaksalah saya menyusun semula jadual sedia ada. Bermula dari situlah saya kenal dengan mereka yang ada di dalam gambar-gambar ini.

Memang tidak saya nafikan, grup asal saya EC111 banyak terdiri daripada rakan-rakan yang asalnya dari pantai timur, secara khususnya Terengganu. Jadi, sejak semester 1, sememangnya di dalam kelas mereka suka bergaul dengan yang sama dengan mereka sahaja, dialek yang dicakapkan pun, dialek pantai timurlah. Jadi secara tidak langsung kami yang berbaki hanya dalam beberapa orang ini, hendak tidak hendak terpaksa mengikut sahaja. Saya ini memang bukan jenis yang suka mengikut orang lain, sebab saya tidak suka menjadi seseorang yang bukan diri saya, jadi sekadar kawan-kawan biasa sahajalah. Boleh dikatakan batch EC111 tahun kemasukan Julai 2008 tidaklah begitu sepakat.

Walaupun hanya sempat untuk bergaul dengan grup EC110 untuk setahun atau dua semester, ternyata mereka ini memang rapat dengan saya. Saya senang dengan mereka dan perangai mereka biasa-biasa sahaja. Tidak ada budaya merendahkan (memangkah) orang lain, jadi semuanya okay-okay sahaja. Tidak sangka pula, mereka boleh jemput saya menyertai BBQ mereka ini. Malam itu hanya saya seorang dari EC111. Oh ya, rancangan BBQ ini dibuat sehari sebelum hari jadi, jadi mereka turut mengajak saya untuk menguruskan beberapa perkara.

Entah bila akan berjumpa lagi, panjang umur, mungkin boleh bersua lagi di peringkat ijazah atau semasa kerja nanti. :)

Sunday, April 24, 2011

Kepelbagaian Blok #013






Agfa Optima 335 + PanF + Masa-masa akhir.

Salaam, agak cepat masa berlalu, macam baru sahaja sampai di Perlis untuk daftarkan diri di UiTM. Gambar-gambar di atas adalah sekitar bulan Mac. Ada yang saya ambil di KL Sentral, dan ada yang saya ambil di UiTM. Sekarang adalah musim peperiksaan di sini, jadi rata-ratanya memang semua orang sedang sibuk untuk fahamkan apa yang mereka sudah belajar semasa 4 bulan yang sudah. Semasa saya menulis ini, hanya berbaki seminggu sahaja saya di bumi Arau.

Friday, April 22, 2011

Monday, April 18, 2011

Kepelbagaian Blok #011






"We are not supposed to get emotionally attached to a piece of equipment. “Cameras are tools” we are told. Personally, I think that’s nonsense. To a craftsman, a tool is a very personal thing. Each one is selected for very precise reasons. If you are just making money with cameras, yes, they are just tools. If you are a craftsman, there is a joy in what you are doing and making money is secondary. The reward for what you do isn’t money, it’s the personal satisfaction of doing something that brings you personal joy." - Ken Norton

Friday, April 15, 2011

Kadang - Kadang Teringin Juga







OM1n + F.Zuiko 50/1.8 + Pendang

"memang trend sekarang untuk menjadi seorang jurugambar perkahwinan, belilah DSLR!"

Sunday, April 3, 2011

Kepelbagaian Blok #010







OM1n + F.Zuiko 50mm f/1.8 + Pan F+
Kangar, Perlis

Salam, sepatutnya sekarang adalah musim panas dan juga musim Pelam Harumanis. Tetapi, lain pula yang berlaku. Mungkin perubahan iklim ini ada kaitan dengan keadaan bumi sekarang ini. Ini adalah kali kedua banjir di Perlis dalam jarak masa satu tahun. Yang lepas memang teruk.

Saya tunggu sehingga air surut sedikit, selang 2 hari dari hari kejadian. Saya pandu kereta dan cuba cari tempat yang sesuai untuk saya dedahkan filem ini. Nampak sedikit "overexposed", sama ada disebabkan OM1n saya salah membaca cahaya atau saya yang terlebih "develop".


Maka tatkala mereka melupakan peringatan yang telah diberikan kepada mereka, Kamipun membukakan semua pintu-pintu kesenangan untuk mereka; sehingga apabila mereka bergembira dengan apa yang telah diberikan kepada mereka, Kami siksa mereka dengan sekonyong-konyong, maka ketika itu mereka terdiam berputus asa - (al-An’am : 44)