Tuesday, March 24, 2009

Sertai Kami di Wiki Ubuntu Malaysia.



Malaysia kini mempunyai Wiki Ubuntu-nya sendiri.

Di sini pelbagai maklumat berkenaan Ubuntu boleh disunting dan ditambah untuk kegunaan manusia yang menggunakan Bahasa Melayu sebagai pengantara sistem operasi mereka.

Anda boleh menyumbang dalam pelbagai aspek seperti arahan Terminal, daftar kata, dokumentasi dan sebagainya.

Selain itu, sasaran kita adalah untuk mencapai keluaran Ubuntu yang sepenuhnya dalam bahasa kita menjelang bulan Oktober ini. (baca: Ubuntu Karmic Koala 9.10).

Jadi apa lagi, kalau kita tidak boleh mencipta program dalam bahasa kita, apa salahnya kita terjemahkan Ubuntu ke dalam Bahasa Melayu. Saya percaya ini langkah pertama untuk membuka mata rakyat kita tentang perihal sistem pengoperasian komputer sumber terbuka yang percuma ini.

Saya sudah, anda bila lagi?
SERTAINYA DISINI

Monday, March 23, 2009

Perubahan Total

Salam...

Kepada yang rajin membaca dan mengikuti blog ini sejak 2008 lagi maka anda akan sedar blog ini sudah mengalami transformasinya dari segi antaramuka yang lebih matang dan cara penulisan yang lebih teratur.

Bermula dari hari ini, segala post-post akan ditulis menggunakan tatabahasa yang betul dan sepenuhnya dalam Bahasa Melayu.

Topik-topik yang dibawakan pula adalah lebih bersifat kritikal dan global. Mungkin akan diselitkan dengan catatan kisah perjalanan di bumi Allah ini dan juga minat saya berkenaan dunia Linux.

Nantikan keluaran selepas ini.

Saturday, March 21, 2009

Surah At-Takathur - The Matrix of Modern Ignorance

Di kawasan tempat saya tinggal memang rata-ratanya sudah menjadi kawasan yang boleh dikatakan didiami oleh golongan pertama dan akan disambung kesinambungannya oleh generasi kedua dan sedikit ketiga. Ulu Yam adalah salah satu kampung baru yang distruktur semula dalam Rancangan Briggs untuk melumpuhkan operasi Komunis satu ketika dulu ini letaknya di daerah Hulu Selangor. Namun bukan itu yang saya nak bawakan pada hari ini.

Ada kawan keluarga saya sudah bergembira kerana mempunyai bilangan cucu yang banyak. Yang di belakang barisan rumah saya pula baru sahaja siap membuat penambahan (renovation) rumah. Nun, di hujung taman baru membeli kereta mewah yang baru.

Sewaktu berjalan ke kelas Calculus semalam, pemerhatian terhadap perlakuan masyarakat sekeliling yang sudah agak leka dengan dunia moden sekarang. Apa yang berlaku sekarang kalau dilihat adalah pengulangan yang berlaku dan akan berlaku dan pernah berlaku berulang-ulang dari masa dahulu sampailah ke hari ini. Tak percaya, tutup komputer anda, keluar rumah, dan lihat sekitar anda.

Jadi, apakah pengulangan itu?

Ianya suatu yang kita akan buat untuk memperoleh sesuatu yang kita dapat banggakan!!

Tidak kiralah siapa kita.

Jika kita ini umpama pelajar kejuruteraan,

Maka kita akan banyak membuat latihan fizik dan bermain-main dengan teori, kadangkala ponteng kelas dan tak membuat latihan tutorial, selepas lulus ijazah kita akan bekerja untuk mencari duit yang banyak.

Jika kita ini umpama seorang pensyarah,

Maka setiap hari kita akan mengajar pelajar-pelajar kita supaya faham akan sesuatu idea pelajaran itu. Contohnya pengkameran (differentiation). Kalau ramai yang dapat PNG yang tinggi, pasti kita bangga.

Jika kita ini umpama seorang naquib/ah,

Maka, perlulah kita mencari lebih ramai ahli jemaah untuk berkongsi ilmu dan idea, kadangkala kita mencuri juga ahli jemaah lain. Lebih ramai ahli usrah kita, pasti ada orang lain yang memandang tinggi kepada kita.

Jika kita umpama seorang ahli politik,

Maka, tanggungjawab kita adalah untuk bekerja demi rakyat dan negara, ini penting untuk meraih undi dalam PRU atau PRK kelak. Kadangkala terjebak sedikit ke dalam kancah rasuah. Biarlah, kerana orang lain pun buat juga. Kadangkala juga tanpa segan silu membuat fakta dan fatwa sendiri.

Jika kita umpama seorang ustaz atau penasihat agama,

Maka, kadangkala kita mengeluarkan hukum-hukum agama yang mengampu tuan kita, menafsir bulat-bulat kitab-kitab fiqh dan tauhid mengikut pandangan kita, ya, untuk memastikan periuk nasi kita sentiasa ada.

Jika kita umpama seorang blogger seperti saya,

Pasti setiap hari akan berfikir untuk mencari idea-idea baru untuk dikongsikan di dalam blog. Makin ramai orang yang melawat makin tinggi trafik blog kita. Kadangkala, kita bangga dengan tulisan yang tidak seberapa. Terkadang juga diselitkan dengan berita atau fitnah yang kita tidak tahu pun asal periksanya.

Apa jua kita, jika kita masih tidak sedar apa tujuan kita hidup di bumi dan ke mana kita akan pergi selepas ini, maka kita akan terperangkap dalam matrix yang dicipta oleh syaitan.

Anda pernah menonton filem The Matrix?



Filem box-office ini menceritakan bagaimana sekumpulan manusia yang "tesedar" dalam suatu dunia ciptaan robot yang telah dicipta oleh manusia terdahulu. Lantas mereka ditipu di alam maya dengan melakukan aktiviti seharian tanpa disedari. Aktiviti harian, berjoging, menonton wayang, melakukan seks, bercumbuan. Aktiviti harian ini akan menghasilkan gelombang otak yang seterusnya menghasilkan haba untuk menjadi sumber tenaga robot-robot tersebut.

Lantas ini juga disebut oleh Allah di dalam Al-Quran (At-Takathur)

[1]Kamu telah dilalaikan (daripada mengerjakan amal bakti) oleh perbuatan berlumba-lumba untuk mendapat dengan sebanyak-banyaknya (harta benda, anak-pinak pangkat dan pengaruh),

[2]Sehingga kamu masuk kubur.

[3]Jangan sekali-kali (bersikap demikian)! Kamu akan mengetahui kelak (akibatnya yang buruk semasa hendak mati)!

[4]Sekali lagi (diingatkan): jangan sekali-kali (kamu bersikap demikian)! Kamu akan mengetahui kelak akibatnya yang buruk pada hari kiamat)!

[5]Demi sesungguhnya! Kalaulah kamu mengetahui - (apa yang kamu akan hadapi) - dengan pengetahuan yang yakin, (tentulah kamu akan mengerjakan perkara-perkara yang menjadi bekalan kamu untuk hari akhirat).

[6](Ingatlah) demi sesungguhnya! - Kamu akan melihat neraka yang marak menjulang.

[7]Selepas itu - demi sesungguhnya! - kamu (wahai orang-orang yang derhaka) akan melihatnya dengan penglihatan yang yakin (semasa kamu dilemparkan ke dalamnya)!

[8]Selain dari itu, sesungguhnya kamu akan ditanya pada hari itu, tentang segala nikmat (yang kamu telah menikmatinya)!


Dalam surah ini akan ada dua kali manusia tersedar daripada "Matrix"nya.

Yang pertama adalah ketika dia diTEMPIK oleh malaikat yang mengejutkannya ketika di kubur nanti.

dan yang kedua adalah ketika diTEMPIK semula untuk dihitung amalannya pada hari perhitungan (baca: Padang Mahsyar)

Maka, adakah sudah sampai kepada kita peringatan yang boleh mengejutkan kita dalam dunia yang serba moden ini agar kita tidak dicampakkan ke dalam neraka Allah kelak??

Dan sudahkah kita bersedia untuk ditanya akan segala nikmat yang telah dikurniai Allah kepada kita nanti??

____________________

*karya ini adalah olahan daripada karya asal dari blog Someideas

Wednesday, March 18, 2009

PPSMI

Salam...pada 12 Mac yang lepas, rakan-rakan yang muda setahun daripada saya telahpun menerima apa yang mereka usahakan selama 2 tahun ketika di bangku sekolah menengah mereka. Keputusan yang pelbagai mengikut individu mencerminkan usaha masing-masing. Namun bukan itu yang saya ingin bawakan dalam tulisan kali ini.



Suatu perbincangan yang tidak formal telah berlaku antara saya dan pensyarah CiTU sewaktu kelas Pemikiran dan Tamadun Islam tengah hari tadi. Sesuatu telah menarik perhatian saya, ianya lain dan tak bukan adalah isu PPSMI yang sememangnya menjadi suatu isu negara kini. Saya, adalah hasil keluaran pertama daripada penerapan sistem ini yang bermula pada tahun 2003. Bagi diri saya, ia bukanlah satu masalah yang besar, kerana Alhamdulillah, tuhan telah memberikan saya kefahaman yang cepat dalam memahami Bahasa Inggeris. Tapi bagaimana pula yang tidak?

Produk Hasilan PPSMI

Hasil 12 Mac tempoh hari boleh dijadikan sebagai kayu pengukur sejauh mana sistem ini berjaya mengubah corak pemikiran pelajar Melayu khususnya tentang Bahasa Inggeris dalam bidang Sains dan Matematik. Ya, saya sudah membaca blog Tun Mahathir berkenaan visi dan misi beliau dan mengapa beliau ingin anak-anak tempatan ini mampu memahami ilmu Sains dan Matematik dalam konteks dan istilah Bahasa Inggeris. Jawapannya mudah, bolehlah saya ringkaskan di sini ia adalah supaya suatu hari nanti di mana sudah ramai anak-anak tempatan yang betul-betul faham ilmu ini dapat menterjemah ilmu tersebut dalam Bahasa Kebangsaan. Tapi suatu hari itu bila? Itu bagi saya adalah kesan positif yang akan kita kecap dalam jangka masa yang panjang.

Mari kita tengok kesan dan hasil jangka pendeknya. Peratusan menceritakan kepada kita bahawa bilangan pelajar yang menjawab kertas soalan SPM dalam Bahasa Inggeris meningkat saban tahun. Jikalau kita bertanya kepada pelajar-pelajar cemerlang SPM yang lepas, adakah mereka menjawab dalam kertas soalan itu Bahasa Kebangsaan, sudah pasti saya beri jaminan mereka akan menjawab TIDAK.

Mari kita lihat pula mengapa TIDAK, dalam situasi sekarang, apabila sudah wujud satu generasi yang semacam saya (baca: generasi penuh PPSMI) maka secara tidak langsungnya Bahasa Melayu itu sudah hilang statusnya sebagai bahasa pengantara ilmu di institusi ilmu, walaupun subjek Sejarah, Pendidikan Islam dan sebagainya masih diajar dalam Bahasa Melayu namun dalam subjek-subjek kritikal misalnya (baca: subjek elektif) Bahasa Melayu sudah tidak ada peranannya lagi, cuma ia akan berlaku atas inisiatif guru yang mahu menjelaskan apa maksud istilah tertentu dalam Bahasa Melayu.

Mengapa pelajar yang saya sebutkan tadi menjawab dalam Bahasa Inggeris? Ini kerana, dalam Bahasa Melayu tidak ada langsung istilah yang pelajar tadi faham dan dirasakan sesuai untuk menerangkan sesuatu situasi. Jika dan hanya jika pelajar tadi menjawab dalam Bahasa Melayu, mungkin dia tidak akan memperoleh markah penuh bagi sesuatu soalan (baca: ditanda oleh pemeriksa). Perkara ini berbeza pula dengan penggunaan Bahasa Inggeris yang mana mereka telah diajar untuk memahami sesuatu keadaan atau situasi (baca: subjek Sains dan Matematik) dalam bahasa tersebut, jadi secara tidak langsung fikiran mereka akan dapat mencari satu istilah yang lebih sesuai dan tepat untuk menerangkan sesuatu situasi tersebut.

Tanyalah pada saya atau pelajar-pelajar yang sudah menjadi generasi penuh perlaksanaan PPSMI. Bolehkah kami memberikan maksud istilah-istilah Sains dan Matematik dalam Bahasa Melayu?

Cuba tanyakan maksud istilah, Convex Lens, Concave Lens dan Total Internal Reflection dalam Bahasa Melayu.

Atau mungkin cuba tanyakan istilah Simple Harmonic Motion atau mugkin tolong tanyakan istilah Equipartition of Energies kepada mereka. Bolehkah anda peroleh maksudnya?

Jepun dan Bahasanya

Saya mempelajari Bahasa Jepun lebih dari 3 tahun lamanya ketika di MCKK, ketika itu bahasa tersebut menjadi bahasa ketiga saya selepas daripada Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Mengenali Bahasa Jepun, memberikan saya satu pandangan mengapa bangsa Jepun itu sendiri berjaya seperti hari ini setelah mengalami beberapa revolusi di samping budaya orangnya yang sentiasa bersemangat setiap hari.

Boleh saya katakan Bahasa Jepun yang sangat dinamik dan mesra ilmu ini mempunyai banyak kata pinjaman tertutamanya dalam konteks ilmu Sains dan Matematik. Karakter tulisan Katakana adalah satu tulisan yang banyak menjadi alat untuk mengubah sesuatu istilah bahasa lain ke dalam bahasa Jepun. Contohnya perkataan Supermarket dalam Bahasa Inggeris telah di”Jepun”kan dan menjadi su-pa-ma-ket-to dan Play Station telah diubah menjadi pu-ra-sta-i-syo-n. Kalau anda pernah menonton filem-filem Jepun pasti anda akan terjumpa istilah-istilah pinjaman ini. (baca: sekadar beberapa contoh, terdapat banyak lagi terutamanya dalam istilah ilmu)

Jadi, di sini kita boleh melihat betapa anjalnya Bahasa Jepun yang mampu berubah mengikut keperluan rakyatnya dan ilmu itu sendiri.

Faktor Parti Pembangkang



Media Massa kini yang rata-ratanya dibayangi oleh kerajaan selalu memaparkan maklumat-maklumat yang kadangkala mengelirukan masyarakat. Perkara sebenar tentang perarakan PPSMI itu sebenarnya bagi yang betul-betul mengikuti perkembangannya bukanlah didalangi parti-parti politik. Jauh sekali bersifat partisan. Parti-parti politik itu muncul hanya pada akhir-akhir fasa perarakan tempoh hari. Ini perlu diperbetulkan agar masyarakat tidak terkeliru, inilah akibatnya jika hanya mahu mengejar kuasa dan kedudukan tanpa membumikan perjuangan rakyat yang hak.

---------***----------

Saya sendiri masih belajar dalam bidang kejuruteraan yang secara besarnya menggunakan Bahasa Inggeris sebagai modus pengajarannya. Namun, apa kuasa saya untuk mengubah. Tetapi harapan saya dengan tertulisnya artikel ini, maka dapatlah menggerakkan minda rakyat agar boleh berfikir tentang isu ini dari segi aspek yang berlainan.

Perlaksanaan PPSMI mempunyai baik dan buruknya, mungkin perlu dirombak sistemnya agar lebih menguntungkan bahasa kita sendiri di masa hadapan. Bagus untuk menjadi bangsa yang mempunyai bahasa yang berstatus ilmu seperti bahasa ini pada satu ketika dahulu (baca: Melaka), namun kegopohan kita kadangkala memberikan kesan jangka panjang yang pasti susah untuk diubah kelak.
Wallahu'alam.

*kerja rumah anda
DISINI, SINI dan SINI

Friday, March 13, 2009

Tests

MAT183
14 March 2009
8.30 a.m. - 9.45 a.m.
PHY190
16 March 2009
8.30 p.m. - 9.30 p.m.

Tuesday, March 10, 2009

Al-Maududi & Bill Emmot

Salam...agak lama selepas Projek Kayangan yang lepas, saya mengambil sedikit masa untuk penjadualan semula susunan hidup saya. Rentetan daripada Projek Kayangan, banyak respons positif yang saya terima daripada masyarakat sekeliling dan banyak juga yang ingin beralih kepada Linux, maka sedikit masa perlu dikorbankan kepada kerja menyebarkan ilmu baru bagi masyarakat.

Cukup cerita pasal Linux dan Ubuntu

Alhamdulillah, saya sangat bersyukur pada Allah kerana saya pun tak tahu kenapa dalam beberapa minggu sebelum ini banyak perkara baik yang berlaku dan saya rasa memberikan impak yang terkesan dalam diri saya. Sebelum mengenali dan berjumpa dengan Abg. Hamzah, dan sebelum Projek Kayangan juga saya telah meminjam sebuah buku karangan Bill Emmott yang kalau sesiapa yang suka baca majalah Economist pasti kenal siapa dia ini.

Buku ni menceritakan perbandingan sejarah dan perkara-perkara yang berlaku pada abad ke 20 dan 21. Bagaimana kesilapan yang sama diulang oleh empayar (baca: kuasa dominan dunia) yang menguasai dunia pada satu-satu abad. Buku ini juga membincangkan perlakuan manusia yang sudah mabuk dengan kuasa (baca: hubris). Saya sendiri tak habis lagi baca, sebab kekangan masa di sana-sini. Sehingga kini saya baca, memang seronok. Bagi kita yang sukakan perihal sejarah dan falsafah cuba cari buku ini. Walaupun daripada Barat, apa yang saya belajar daripada Sdr. Fayshal melalui pembacaannya, kita mesti cuba baca karya-karya yang bukan sahaja ditulis oleh penulis Timur tetapi juga cuba baca karya daripada penulis Barat. Kerana melalui pemahaman ilmu mereka yang berbeza, kita dapat membuat perbandingan antara budaya pemikiran yang kadangkala amat penting dalam memastikan kemandirian sesuatu struktur masyarakat.

Semalam, Abg Hamzah begi saya pinjam buku ini. Saya tak ada peluang lagi nak start baca. Insya Allah nak cari masa sikit-sikit, baru boleh baca. Sudah tentu ianya karya seorang penulis, ulama
terkenal, tak sabar rasanya nak mula

Ada masa nanti saya review
Till then.

Monday, March 2, 2009

Projek Kayangan Sukses!!!!

Salam....setelah sekian lama, berhujan, berpanas, berangin maka dengan bangganya saya dan juga komuniti Jom Linux mempersembahkan kepada anda.

Dengan kejayaan menjual kit yang banyak

Risalah yang dicetak sebanyak 100++ habis diedar

Mulut yang berbuih-buih memberi penerangan tentang Linux

Keropok lekor yang berbungkus-bungkus

Terimalah






Selepas ini, Jom Linux akan melebarkan sayapnya ke tempat-tempat lain pula dengan projek-projek yang baru. Nantikan kami!!!

------------------------ * * * --------------------------

Saya sendiri menerima pengalaman baru yang tak pernah saya dapat lagi sebelum ini. Mengenali Sdr. Fahmi, Sdr. Daing dan Sdr. Pian telah menjadikan saya lebih faham akan Linux. Harapan saya agar selepas ini kita boleh lagi bekerjasama dalam pelbagai bidang. Saya pasti projek-projek selepas ini pasti akan lebih membuka minda rakyat tentang Linux khususnya. Sekian, trimas

LINUX UTK SEMUA