Tuesday, February 24, 2009

Kemaskini Projek Kayangan V2



Salam...

Seperti yang diberitahu sebelum ini, projek ini sudah hampir siap, 95% nampaknya. Dengan izinNya. InsyaAllah hujung minggu ini nantikan kami di UiTM Perlis okay. Yang mana dekat tu, jangan segan-segan, datang je. Sebaik mungkin saya dan team Jom Linux akan terangkan pada anda apa itu Linux sebenarnya.

Kepada member-member kelas atau anda yang terbaca pasal projek ni, tolong sebarkan sekali okay

NANTIKAN KAMI!!!!

Thursday, February 19, 2009

Kemaskini Projek Kayangan V1

Salam...

Bagi saya Projek Kayangan sudah mencapai tahap 90%. Hanya menunggu hari jadinya sahaja. Saya memandang projek ini sebagai satu perintis terhadap pembukaan minda rakyat Malaysia (baca: Mahasiswa) akan perihal Linux. Walaupun sudah ada kesedaran, tetapi jumlahnya secara pukal masih sedikit jika dibandingkan dengan pengguna Windows. Saya sendiri menggunakan Windows bermula umur saya 7 tahun (Windows 95, 95 Plus!, 98, 98 2nd Edition, Me, XP dan Vista) sehinggalah saya menjumpai Linux hampir setahun yang lepas. Kini saya 100% menggunakan Linux.



Okay, berbalik kepada main bussiness bagi tajuk post kali ini. Setelah pihak Jom Linux membuat perancangan, beberapa perkara akan dilaksanakan pada sebelum dan ketika Projek Kayangan dijalankan. Bagi butiran-butiran tarikh, telah saya postkan sebelum ini.

1) Pra-Harijadi | Penyebaran Ideologi
Risalah ataupun suatu jenis "culture jamming" akan dibuat (baca: pamplet, brosur, iklan) tentang Linux secara amnya dan Ubuntu khususnya. Mungkin saya akan cuba sebarkan ataupun tampal di papan notis.

2) Harijadi
- ada 4 laptop digunakan untuk pengguna cuba Ubuntu (mungkin saya akan tambah satu).
- ada persembahan video dimainkan serentak.
- di sisi laptop kami akan letakkan satu risalah penerangan 'Wow@Ubuntu' yang menerangkan software F-Spot, Firefox, OpenOffice dan lain-lain.
- lagu juga akan dipasang untuk menarik perhatian.
- hiasan belon juga akan dipakai.
- setiap pembelian akan diberi nombor siri yang mana kami akan buat cabutan bertuah. 4 buah Thumbdrive 2GB akan dilepaskan sebagai hadiah ;D

Oleh itu, saya amat berharap projek yang pertama kali seumpamanya ini akan mendapat perhatian daripada semua mahasiswa. Jika anda tidak keberatan, tolong sebarkan!!!

Linux Utk Semua

Wednesday, February 18, 2009

Projek Kayangan 2009 Suatu Pencetus

Salam...

Bertitik-tolak daripada idea Linux Varsiti cetusan idea komuniti Linux Ubuntu di sini. Maka saya mengambil inisiatif untuk melakukannya juga di UiTM Perlis. Pada waktu ini saya rasa biarlah program ini dilaksanakan dahulu kerana Linux Varsiti masih dalam proses untuk direalisasikan.



Dengan kerjasama penuh Jom Linux dan juga komuniti Ubuntu, maka Insya Allah projek ini dapat dijalankan ketika Karnival Ilmu di UiTM Perlis nanti. Menurut Jom Linux, persiapan sudah mencapai tahap 70% .

Butir-Butirannya Adalah

Tarikh : 27, 28 Feb dan 1 Mac 2009
Tempat : UiTM Perlis

Marilah bersama-sama merealisasikannya, sokongan daripada komuniti sekalian amatlah digalakkan. Projek ini amat bertujuan untuk melakukan "culture jamming" dalam konteks sistem operasi komputer yang sudah lama tepu dengan Windows di negara kita. Apa lagi, Jom Linux!!

Linux Utk Semua

*Sebarang kemaskini akan di post disini

Tuesday, February 10, 2009

Lompat Katak dan Demagogi Politik

salam,

Situasi sekeliling membuatkan rakyat tersepit dicelah-celah kerakusan politik pemimpin yang hanya dahagakan kuasa. Sedikit sangat politikus yang bersifat seorang negarawan yang betul-betul ikhlas memperjuangkan nasib rakyat tetapi hanya memikirkan kuasa yang boleh dimiliki.

Tak tahukah anda AMANAH itu perkara yang paling BERAT?

Non Partisan

dan tidak ada juga golongan-golongan yang "non-partisan" yang boleh menjadi "kuasa ketiga" untuk meredakan kemelut politik negara (baca: Perak). Apa makna sebenarnya "non-partisan" ini? Saya sendiri baru belajar akan istilah ini, namun apa yang saya fahami "non-partisan" adalah


Non-partisan disini bermakna tidak fanatik kepada mana-mana pihak dalam amal ma’ruf nahi mungkar. Menegur kerana kesalahan bukan kerana pihak tersebut bukan daripada kumpulan kita maka semua benda yang mereka buat, hatta yang baik sekalipun dituduh salah ataupun kita diam membisu tidak mengiktiraf perbuatan baik tersebut.


itu apa yang saya petik dari laman Rausyanfikir

Saya pun tahu, dan anda juga, rakyat kini sudah muak dengan permainan politik tidak kira daripada pembangkang mahupun kerajaan yang seolah-olah tidak matang dalam hal ini. Sepatutnya perlu ada satu teguran khusus buat kedua-dia pihak yang dikeluarkan oleh satu badan yang betul-betul boleh memberi impak terus secara luas kepada mereka. Barulah mereka sedar akan perbuatan jijik mereka ini. Jijik-kah? Anda fikirkan siapa yang menjijikkan politik.

PR sendiri mahupun BN langsung tidak mengambil sikap "non-partisan" yang saya katakan tadi. Keras kepala dalam segala hal yang bertentangan tanpa sebarang penyelesaian yang boleh dibawa berbincang. Pernah saya utarakan hal ini bersama-sama rakan namun jawapan yang mudah.

Inilah POLITIK. Betul-kah?

maka tidak hairanlah, orang Melayu kini berpecah-pecah akibat manifestasi yang kadangkala lucu serta mempamerkan pergeseran mereka kepada rakyat yang akhirnya membawa kepada perpecahan yang saya sebutkan tadi.

Bukan semua manifestasi mereka tidak elok. Tetapi yang ini, anda pun tahu kan.

Mengapa di Amerika Syarikat, ketika pemilihan Presiden dahulu (baca:Parti Demokrat). Hillary Clinton dan juga Barrack Obama adalah seteru politik yang mempunyai kelas tersendiri. Namun kini, mereka boleh duduk dalam satu kabinet yang sama. Ini bukan soal lompat katak, tetapi ini soal prinsip berpolitik mereka secara amnya dan adab secara khususnya. Memang konsep politik mereka berbeza tetapi tidak bolehkah konsep ini (baca:adab dan cara) diterima pakai oleh kita?

Kenapa kita susah bersatu selepas selesai bertarung di pentas "politik"?



Saya pernah dengar pantun ini dari orang lama,

Anak Raja mencari kayu,
Kayu dibuat titi-titian;
Malang sungguh orang Melayu,
Pemimpinnya dengki-dengkian.

Kemelut Politik Perak

Dalam perkara yang terjadi di Perak, bagi saya ini memang amat memalukan bagi kita (baca:Melayu). Walaupun DAP mempunyai banyak kerusi dalam negeri tersebut (baca:Pakatan Rakyat) namun mereka tidak bising-bising jika dibandingkan dengan bangsa kita sendiri yang kadangkala sangat jumud pemikirannya sehingga menyebabkan perpaduan tergadai akibat fahaman politik yang berbeza.

Seringkali disebutkan UMNO perlu ditumbangkan kerana mereka kerajaan sekular. Saya ingin bertanya kepada anda, apakah maksud sekular itu secara khusus dalam fahaman anda? yang saya lihat, yang paling sering dilaung-laungkan adalah sekular yang begitu disempitkan dalam aspek politik sahaja. Rakyat sebenarnya kurang faham akan perkara ini. Pentas politik negara kini adalah bagi saya, cerminan kepada sekularisme itu sendiri. Bukan-kah begitu?

Saya melihat ini adalah kerana orang Melayu (baca:Malaysia) itu sendiri mengalami kekeliruan ilmu yang akhirnya mewujudkan puak-puak dalam bangsa sendiri.

Demagogi Politik Malaysia vs Demokrasi

Apa itu Demagogi? menurut Wikipedia

Demagogy (also demagoguery) (Ancient Greek δημαγωγία, from δῆμος dēmos "people" and ἄγειν agein "to lead") refers to a political strategy for obtaining and gaining political power by appealing to the popular prejudices, emotions, fears and expectations of the public — typically via impassioned rhetoric and propaganda, and often using nationalist or populist themes.

Memang kita di Malaysia mengamalkan Demokrasi Berparlimen sejak negara kita merdeka pada 1957 lagi. Namun begitu, politik masa kini (sebenarnya dulu-dulu pun) ada mengamalkan Demokrasi yang disulamkan dengan Demagogi supaya timbul rasa perjudis dan kekeliruan kepada rakyat supaya matlamat politik pihak-pihak tertentu tercapai. Jijik tak?

Hitler sendiri mengamalkan Demagogi dalam usahanya memenangi hati rakyat supaya memperoleh kuasa.


A famous usage was by the aging Erich Ludendorff, who was for a time a strong supporter of the early rise of Adolf Hitler and Nazi Germany. After learning of Hitler's appointment as Chancellor, he expressed his disappointment to German President Paul von Hindenburg

"By appointing Hitler Chancellor of the Reich, you have handed over our sacred German Fatherland to one of the greatest demagogues of all time. I prophesy to you this evil man will plunge our Reich into the abyss and will inflict immeasurable woe on our nation. Future generations will curse you in your grave for this action."

Hitler indeed would become regarded as perhaps the epitome of a demagogue, having successfully risen to power through appeals to the ethnic and nationalistic prejudices and vanities of the German people.


Itu yang saya dapat daripada Wikipedia.

Jadi di Malaysia pun ada bukan? Ia seringkali terjadi, terutamanya ketika kempen-kempen politik sewaktu PRU mahupun PRK. Anda nak lebih tahu? Cuba baca sendiri di Wikipedia TEKAN SINI. Ini bukan tujuan menghasut tetapi kita sebagai rakyat Malaysia perlu menyedarkan diri kita sendiri supaya situasi politik negara menjadi lebih baik daripada hari ini.

Siapa mahukan keganasan dan kekacauan. Saya mahukan kedamaian dan perpaduan tidak kira kaum apa pun. Sebagai seorang rakyat Malaysia, saya sangat sayang negara ini. Anda?