



Untuk lihat tangki jenis Ravioli sila lihat di sini:
Jika ujilari pertama ini jadi, projek ini akan saya dokumentasikan secara tertib.









Ramai yang balik awal kali ini, jadi yang tinggal pada hari Khamis (hari ini) hanyalah saki baki sahaja, saya tidak terkecuali. Tiket yang saya beli ini pun, umurnya sudah melebihi satu bulan. Memang menjadi tabiat saya, kalau perjalanan pulang ke kampung pasti saya akan gunakan khidmat KTM. Boleh dikatakan sudah agak lama saya menjadi pelanggan tetap KTM, tak silap saya ini adalah tahun ke lima saya menggunakan khidmat mereka untuk pulang sejak saya belajar di Kuala Kangsar dahulu.
Barang sudah dimasukkan ke dalam beg, baju-baju kotor juga telah dibasuh, meja sudah dikemas. Ucapan hari raya dan maaf juga telah lali di mulut ini. Biasalah, setahun sekali.
Cuti raya kali ini memang saya bercadang untuk tidak membawa pulang banyak buku, hanya fail kalkulus dan sebuah buku fiksyen karya Andy McNab yang saya sumbatkan dalam beg sandang ini. Laptop memang menjadi nyawa saya.
Esok pagi-pagi selepas sampai di Rawang, saya akan pulang ke rumah dahulu untuk bersahur, dan selepas itu akan terus ke Jalan TAR untuk melihat gelagat manusia di sana. Jumaat di Masjid Negara dan terus ke Kelana Jaya untuk bertemu dengan Pakcik Dinodino, ada urusan.
Raya kali ini saya akan beraya di Bagan Datoh, Perak dan selepas itu saya kan beraya pula di Taiping. Memang menjadi lumrah keluarga saya untuk pulang beraya dalam turutan bergilir. Tahun ini kampung ayah saya.
Bulan Ramadhan masih berbaki 2 hari lagi, masih sempat bertarawikh di masjid rumah saya.
Suasana raya semakin dirasai. Agaknya rumah saya ada lampu lip-lap-lip-lap tak tahun ini?

demo + kebodohan + emosi + = memalukan bangsa & agama 
Didik Pelajar Jauhi Demonstrasi JalananDipetik daripada Akhbar Utusan Malaysia Online bagi berita terkini. Mungkin anda boleh jumpa artikel ini dalam keluaran Utusan esok (16/8/2009)
Oleh ASSIM HASSAN
KUALA LUMPUR 14 Ogos - Polis dan badan bukan kerajaan (NGO) diminta lebih kerap mengadakan seminar kesedaran mengenai salah laku jenayah termasuk demonstrasi jalanan kepada para pelajar.Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wira Abu Seman Yusop berkata, seminar seperti itu dapat memberikan pengetahuan kepada para pelajar mengenai akibat jika mereka terlibat dalam aktiviti sedemikian.
Beliau meminta para pelajar tidak melibatkan diri dan menyertai sebarang bentuk demonstrasi jalanan yang dianjurkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
Katanya, budaya demonstrasi jalanan itu tidak sihat kerana ia bukan sahaja menyalahi undang-undang malah menyusahkan orang awam.
''Saya ingin menasihati pelajar supaya peka dengan situasi semasa dan tidak mudah terpengaruh dengan agenda pihak tertentu untuk memperlekehkan kuasa dan tugas polis serta kerajaan,'' katanya.
Beliau bercakap pada sidang akhbar selepas merasmikan Seminar Kerjaya Dalam Pasukan Polis di Maktab Polis Diraja Malaysia (PDRM) Cheras di sini hari ini.
Turut hadir, Timbalan Pengarah Pengurusan (Latihan), Datuk Acryl Sani Abdullah Sani, Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) Kuala Lumpur, Datuk William W.T. Lim dan Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Abdul Samah Mat.
Dalam pada itu, Abu Seman menjelaskan, PDRM sentiasa mengalu-alukan sokongan dan bantuan daripada pelbagai pihak bagi memastikan negara dalam keadaan aman serta selamat.
Oleh itu, beliau berkata, pihaknya berharap agar program seumpama itu dapat ditingkatkan terutama melibatkan agensi kerajaan, pihak swasta dan NGO termasuk menerusi kempen-kempen Rakan Cop dan Komuniti Kepolisan.
Bagi saya, saya tak kisah pun jika ada mahasiswa yang menyertai demo tempoh hari. Ada semangat aktivis dalam jiwa mereka. Saya suka. Namun, bagi saya untuk demo tempoh hari, sasarannya kurang tercapai. Kalau dari segi sasaran untuk menghantar memorandum kepada YDP Agong memanglah langsung tersasar tetapi apa yang saya nak sampaikan pada artikel kali ini adalah sasaran yang tersirat dalam demo itu.
Orang ramai lari menyelamatkan diri apabila FRU mula menggunakan meriam air untuk menyuraikan demonstrasi
Saya hanya sempat duduk sekejap sahaja di Restoran Yusuff, Pasar Seni itu. Beberapa minit kemudian, kumpulan dibahagikan kepada tiga berdasarkan warna asas iaitu RGB (Red, Green, Blue). Saya memilih untuk menyertai kumpulan biru dan subjek yang perlu dicari adalah yang mempunyai unsur biru.
Aktiviti kali ini memang sangat menyeronokkan. Kami berjalan dari Pasar Seni sampailah ke Times Square. Dalam pada kami mencari subjek untuk dirakam gambarnya, kami bertukar-tukar fikiran dan pandangan dalam bidang ini.
Dari Kiri : Sdr. Niezam (tersorok), Sdr. Khilmi (Kapten), Sdr. Skyrocket, Sdr. Izam, Sdr. Izhan, Sdr. KumatThe skin lesions of urticarial disease are caused by an inflammatory reaction in the skin, causing leakage of capillaries in the dermis, and resulting in an edema which persists until the interstitial fluid is absorbed into the surrounding cells.
Urticaria are caused by the release of histamine and other mediators of inflammation (cytokines) from cells in the skin. This process can be the result of an allergic or non-allergic reaction, differing in the eliciting mechanism of histamine release.
