Sunday, December 30, 2007

Akhirnya aku lulus!


salam....huhuhu....senangnya dalam hati..bila aku dah lulus...akhirnya..selepas berhempas pulas..study buku KPP (Korikulum Pendidikan Pemandu) aku pun dengan konfiden dan yakin nya pagi tadi telah menjawab 50 soalan dekat MyEG Center kat Danau Kota pagi tadi.

Aku sampai dalam pukul 9.30 pagi...sampai-sampai je..terus daftar...so lepas daftar lepak rr sambil study..gila-gila punya aku study pagi tadi..mana taknya..last week dah gagal (check my past posted). So pagi tadi aku langsung tak layan sesiape pun kat tempat tuh..mata aku hanya memandang lambang-lambang peraturan jalan raya je..hahahah...

Tiba-tiba..setelah aku menunggu dengan begitu lama sekali...perut ku memulas..hahaha..lalu terus ke toilet...(act pagi tadi lupa breakfast) ("_) ...lepas habis...aku pun truskan menunggu giliran...tak lama lepas tuh sampai turn aku...

Dimulakan dengan lafaz bismillah....aku menjawab dengan konfidennye..dengan dibayangi pengalaman miggu lepas..emosi agak terganggu...hehe...fobia gak rr...lepas jawab tuh...check


MARKAH : 44/50
MARKAH LULUS : 42/50

Tahniah, dengan ini, tuan/puan layak meneruskan ujian amali selama 6 jam di sirkit latihan.


Add to Technorati Favorites

Saturday, December 29, 2007

Selamat Tinggal 2007

salam..selama aku hidup ni, tahun 2007 lah antara tahun yang paling best skali. Macam-macam jadi tahun ni. terlampau banyak kenangan yang best, yang ntah apa-apa pun ade. Biasa lah asam garam kehidupan. Dalam hidup nih, pengalaman dalam hidup mendewasakan usia kita. Betul tak?
Kawan, lagi satu bende yang mesti ada dalam hidup. Hidup kita nih akan hilang serinya kalau kawan takde. Kawan la yang rapat ngan kita, kadang-kadang tuh dah jadi macam adik beradik dah.



Bagi aku kita kena kawan dengan semua orang kat dunia nih. Baik ke, ape ke. Cuma bila nak kawan gila-gila tuh pilih la kawan yang betul.

Selain tu, tahun nih jugak la life aku jadi paling grand. Macam-macam aku dah buat. Al maklumlah, aku Form 5 this year. Sekolah plak kat MCKK, so sebagai seorang Form 5, prefect ada jugak lah yang bagus yang dah dibuat. Hidup nih kena berbakti kan?


Apa-apa pun, penuhkanlah hidup kita dengan amal, bakti dan sumbangan dekat dunia nih. Jangan tanya apa yang dunia nih bagi kat kita tapi tanyalah apa yang kita dah bagi kat dunia.
Semoga hari-hari mendatang kita lebih ceria dan best...papai 2007....memori kita bersama takkan aku lupakan sampai aku mati...huhu~

Add to Technorati Favorites

Friday, December 28, 2007

Pembunuhan Benazir Bhuto



salam...aku terkejut jugak bila dengar berita pagi tadi. Bekas pemimpin Pakistan yang mungkin boleh merubah nasib negara tu dah pun dibunuh sejurus selepas selesai memberikan ucapan dalam kempen pilihan raya die. Pembunuhan ni juga telah menimbulkan tanda tanya sama ada pilihan raya umum Pakistan akan terus berjalan atau tidak. Macam-macam spekulasi yang dah dibuat. Bagi aku, ni satu ujian dan peringatan bagi kita semua khususnya umat Islam. Macam bencana dah Allah turunkan kat kita. Renung-renungkanlah.


Sebagai rakyat Malaysia, kita beruntung sebab situasi politik negara tak teruk macam kat Pakistan. Semoga keadaan cepat beransur aman di sana.


Add to Technorati Favorites

pmr 2007


salam...huhu~ semalam la hari yang budak budak yang ambil PMR tahun nih menerima result diorang. So, tahun nih aku menunggu 3 result yang mana ada 3 orang budak kecik di bawah supervison aku (ceh!) yang ambil PMR. First, adik aku sendiri, second, petbro aku, third, member baik aku. Tiga-tiga orang nih aku dah tolong apa yang aku boleh tolong. Dari macam2 segi like sokongan logistik, moral, fizikal dan aset.

Hmm....so 3 orang budak nih sume dapat keputusan yang cemerlang cuma sorang je (adik aku) dapat 1 B . Apa-apa pun tahniah lah kat korang. Bangga sial...huhuhu....

Add to Technorati Favorites

Thursday, December 27, 2007

Malaysian Blogger Community

Salam..kali ni kita akan bercerita pasal Malaysian Blogger Community. Okay, sebagai seorang blogger (part time atau full time) aku meng"recommend"kan site ini untuk korang. Laman web nih dibuat oleh blogger jugak (org Malaysia lah). Die dalam bentuk forum la dan mengandungi pelbagai maklumat, tips, cara-cara, pertanyaan, komen, info dan sebagainya pendek kata 1001 pasal blog ada kat sini.


Semua orang Malaysia la yang join group nih. So, apa lagi korang pun try la jugak. Banyak bende boleh dapat kat sini. Macam aku, banyak bende yang sebelum nih x tahu jadi tahu. Korang juga boleh men"discuss"kan masalh korang berkaitan blog nih. Aku nasihatkan, korang tukar-tukar la pendapat kat situ. Okay la, senang cerita korang pegi tengok sendiri
Malaysia Bloggers Forum

Add to Technorati Favorites

Wednesday, December 26, 2007

Cara-Cara Ambil Screenshots Window

Difficulty: Senang Jer
Time Required: 1 minit


Cara-caranya:

1. Tekan butang Print Screen pada keyboard korang. Kadangkala butang nih die tulih [PrtScn].

2. Buka program image editing, Macam Microsoft Paint, Microsoft Photo Editor atau Adobe Photoshop.

3. Tekan Edit dan tekan paste Paste.

4. Besarkan atau kecikkan ikut suka hati korang

5. Optional: Crop la memane yang tak suka tuh pakai crop tool
(selalu ada dalam program image editing).

6. Save lah

7. Dah siap....

Tips-Tips:

1. Tekan lama2 Alt key sambil sebelah jari menekan Print Screen untuk gambar active window sahaje.

2. Selalunye GIF format sesuai untuk menyimpan screen shots windows. JPEG format selalu menjadikan screen shots (especially yang ada ayat) blurry, blotchy atau discolored.

3. Kalau windows Vista, lagi senang sebab capture screenshots pakai Snipping Tool je memang dah included dalam Vista.

4. Selamat MENCUBA!


Add to Technorati Favorites

Cara-Cara Berniaga Di eBay

salam...kali nih aku nak cerita sket pasal eBay nih..okay..ebay nih adalah suatu tempat yang mana orang dari seluruh pelusuk dunia datang berniaga secara online kat sini..cara ebay nih beroperasi senang jer..korang list kan item yang korang nak jual tuh..pastuh set kan harga..nama..berapa lama nak listkan dalam eBay..cara pembayaran..contohla

Item: Nokia 5300
Price: RM440.00
Method Of Paying: COD; Bank Draft; PayPal
Listing Period: 10 days




korang bleh tengok sendiri. Semua perkhidmatan dier free of charge. So, just ikut korang la macam maner nak deal ngan pelanggan korang.

Tips-Tips

1. Gunakan tag ataupun keyword yang bombastik untuk item korang (cth: nasilemaksambalsotong lebih baik daripada nasilemak)

2. Letakkan harga yang munasabah. Jangan terlampau mencekik darah. Untuk item listing seperti phones ataupun PC korang boleh rujuk harga kat Low Yat punya website.

3. Jual lah barang-barang yang popular dan susah didapati di kedai berhampiran (cth: tikar sarawak)

4. Cara untuk bayaran sama ada korang nih penjual ke, pembeli ke gunalah PayPal ataupun Bank Draft atau COD (cash On Delivery) .Pada pendapat aku semua cara nih agak selamat la.


5. Selamat berniaga. ;D



Add to Technorati Favorites

Favicon Pada Address URL

Salam...kalau anda semua perasan..pada alamat blog aku nih ada ikon yang bergerak-gerak..lawakan..sure anda semua nak satu letak dekat korang nyer blog..nih name dier FAVICON . Favicon nih yang setiap laman web yang popular sure ada satu. macam Friendster, Myspace, Youtube dan macam aku punya plak korang boleh tengok pada alamat blog nih kat atas

Sebab-Sebab Anda Perlu Ada Favicon

1. Website anda jadi senang diingati
2. Website anda ada style
3. Website anda branded

Senang je cara buat dier.

1 First,
Cari apa-apa gambar yang korang suka untuk dijadikan favicon.

2 Second
Uploadkan korang punyer favicon tuh dalam laman web nih favicon.ico . Dekat laman web nih korang boleh adjust color dier supaya jadi lebih cantik.

3 Third
Ikut arahan selanjutnya. Selamat mencuba =D


Add to Technorati Favorites

Monday, December 24, 2007

nukilan isi hati

cari cari
mana arahku
kadang kala
sunyi
menyepi

cari cari
mana arahku
seperti selalu
ku sendiri
entah tak tahu

cari cari
mana arahku
mungkin di sini
suatu hari
aku pasti

cari cari
mana arahku
seorang teman
sebagai penyeri
hidup ini

cari cari
mana arahku
kadang kala
sunyi
menyepi...

Add to Technorati Favorites

Sunday, December 23, 2007

Layla



Salam...korang pernah dengar lagu Layla tak..ala..Eric Clapton tuh..lagu nih lama dah..tahun 1971..pastu di re-leased kan semula oleh Clapton..lagu nih bagi aku best gila..niat dalam hati nak main lagu nih nanti bila2..tapi aku tengok..kena jadi betul2 terror la. Aku dalam bidang muzik nih baru 3 tahun...muda lagi..tak banyak sangat tahu..tapi takpe..dengan influence dari keadaan sekitar, aku rasa satu hari nanti boleh terror gak dalam muzik nih. Setakat itu..papai.

Add to Technorati Favorites

Wednesday, December 19, 2007

Muahahahhaha

salam...semalam hari yang aku x leh lupakan...amik test lesen..huhu...macam biasa la waktu KPP die bagi buku kan suruh kita baca ngan study..so..tu minggu lepas..aku dengan konfiden dan yakinnya pun pegi la test komputer semlam..punyalah lama menunggu..siap bleh layan lagu hujan plak dengan brader kat belakang aku..so..bila dier panggil nama aku pun..pegi la tangkap gamba..then tunggu la lagi..berapa jam huh..dari pukul 1 sampai kul 4..baru sampai turn aku..so pegi la ambik...jawab punye jawab..aku pun tekan lah OK bila dah habis..tengok-tengok dia kata

HARAP MAAF, ANDA TIDAK LAYAK
MARKAH: 41/50
MARKAH LULUS: 42/50

TERIMA KASIH KERANA MENGGUNAKAN PERKHIDMATAN KAMI

HAahahahahahahahahaahah....gagal...1 je lagi.. xpe xpe...next week pegi try lagi..tengokla... ;D

Add to Technorati Favorites

Sunday, December 16, 2007

Annual Grand Dinner 'o7





Salam....semalam adalah hari yang paling ditunggu2 oleh semua ahli batch aku. Class of 07 MCKK. Setelah puas dianaktirikan oleh admin MCKK maksud aku dari segi nak buat function sejak dari form 2 lagi. Jadi kitaorang telah membuat keputusan meng'organize'kan suatu dinner kat luar dari koleq. Setelah puas ber'meeting' so kita org telah memilih Planet Hollywood sebagai tempat yang paling sesuai dari segi logistik, makanan dan kepuasan. Jadi, aku antara orang yang terlibat..so semalam lah hari jadi dier...dalam 153 orang ahli batch aku...118 orang yang telah datang..dari seluruh pelusuk negara..including Sabah and Sarawak..makanan memang sedap..by pukul 7 je..hampir semua yang hadir dah memenuhi tingkat bawah Planet Hollywood..lepas Solat..majlis pun start dengan MC punya celoteh..so malam tadi Jul ngan Zack jadi..lepas tuh, kitaorngnye presiden batch lak berucap..doa..then makan.

Lepas makan, dalam pukul 8.45 malam..time persembahan plak..Gebe, Ba'ang tampil dengan lagu Setela dgn Bila Aku Sudah Tiada..pastu Anas, Janeq, Jul and Benden tampil dengan I Don't Love You dgn Tentang-Tentang.





lepas tuh kita org ade awards and cabutan bertuah..tapi satu pun aku tak kena..kui3.......the majlis habis pukul 10 malam dengan semua orang dapat Baseballcap Batch (credits to Gebes for the sponsorship seeking) hahahahah....all in all malam tadi memang best dan takkan aku lupakan sampai bila2...thx sume..thx sudin, aleng, apis, gebe, thx sume yang datang, aku sayang korang sume..( nak tengok lebih gambar? masuk lah frenster aku ) bleh dicari di tetingkap sebelah kiri ni.

Add to Technorati Favorites

Saturday, December 15, 2007

Sekarang kat umah apis

salam...hahahah...aku skarang nih kat umah apis..x tdo lagi..jam dah kul 3...sudin ngan pudin (sepupu die) tgh tgk tv cite Saving Private Ryan kat channel HBO. Aku malas nak tengok sebab dah tengok cerita tuh 3 kali dah. Tadi baru jer practice lagu Hujan ngan Gebe sebab esok nak perform waktu dinner. Lagu yang nak bawa esok lagu Bila Aku Sudah Tiada pastu Gebe main lagu Wired. Tak sabar nak pergi dinner esok. Ape-ape pun tunggu je la next post aku esok. Aku ceritakan semua pasal dinner batch.Huhuhu..kay lah..nak tdo da..papai..jmpe lagi.

Add to Technorati Favorites

Thursday, December 13, 2007

golden compass (kompas emas)

salam....semalam aku pegi office rythym..printing company tu..(cerita nih boleh dirujuk kat post aku yang sebelum ni)bincang pasal magazine sekolah aku (koleq mag '07)..seperti yang dijangka..mmg banyak problem. Darisegi teknikal esp. la. Maklumla aku nih kan amatur lagi dalam design nih.. so ada beberapa probs yang dah bideritahu dan aku mesti betulkan next week kat office Rytyhm..kiranya aku jadi pekerja sementara tanppa gaji la kat situ..sian kan..antara problems tuh

1. Ada lagi gambar dalam format .jpeg
2. Tiada ukuran "bleed" dibuat untuk SEMUA page
3. Resolusi gambar hanyalah 72dpi sedangkan the min adalah 1000dpi
4. Frontcover kene wat dalam Adobe Illustrator

kalau nak ikutkan memang banyak rr nak di betulkan..kurang2 nak ambik 3 minggu untuk siapkan. Memang kesian..tapi aku jadikan bnde nih satu pengalaman la. Kalau korang nak tahu sebelum2 nih MCKK print mag kat Taiping. Kat satu syarikat nama die Boon Beng..company die biase jer rr..so past years nye designer just gune InDesign nagn Photoshop je. Hantar kat Boon Beng diorang terus print..so ada part yang tak perfect lagi. In spite of bagi kat company tuh, Koleq tahun ni tukar company. Koleq bagi kat syarikat Rythym ni. Bagus gak rr..so the hasil lagi perfect tapi..aku lah magsa nya..kne wat mag nih ikut specification pro. Pening kepale aku..huhu..so lepas meeting tuh aku , apis nag eD gi lunch nasi briyani ngan bapak aku kat Seri Gombak then after that we went to Mid Valley.

Mula-mula nak main boling sebenarnye..tapi..tiba2 apis cakap bapak die rcall..so die kene blah..so tinggal aku nag eD je lah..so kitorang bwat decision gi tgk cinema..ari tuh bnyak rated-18 so kitonag tgk yang U je la. Waktu tu ada cite ni je.

So gi rr tengok. Best gak citer nih bagi aku la (penggemar cerita2 fantasi mansi nih) huhu..tapi member aku eD tak layan cite nih..hahahhah...kesian...best jugak rr..cara die menggarap plot cerita ni..apa2 pun ending dier macam tersangkut..tergantung rr kiranya..maybe ada sambungan kot..tunggu je la..yang best die cite nih ada bear putih..macho gile...bear tuh kira macam penjaga budak kecik tu lah..Nicole Kidman jadi die punya orang jahat..(jahat ke?).

All in all kalau ada 5 bintang tuh aku bagi 3 je. Kay la..setakat tu je..papai.

Add to Technorati Favorites








Wednesday, December 12, 2007

banjir satu ujian


salam...dah seminggu asyik2 on tv..tgk berita cerita pasal banjir..kesian bukan ape..saudara2 kita kat negeri2 lain macam Johor, Pahang, Kelantan, Terengganu dan Negeri Sembilan..sume kena banjir..last skali berita cakap pagi tadi..jumlah semua mangsa banjir yang dipindahkan ke pusat perpindahan adalah 18,856 orang berbanding 6,111 orang semalam..tak ke banyak tuh..huh..nasib baik aku tak duduk kat negeri yang kena..tapi aku rasa banjir nih satu musibah yang perlu dianggapkan sebagai satu ujian tuhanlah..kita ni kan hamba Nya..kadang2 kita nih dah jauh dari tuhan...tu lah pasal Die bagi ingat sket...Hmm..lagi satu banjir ni jugak menunjukkan ada lagi kelemahan dari segi perparitan..pastu..jambatan mana yang dah tak kukuh tuh sure robohnya..kalau kene banjir..so dapat jambatan baru..huhu..
banyak la hikmah yang kita leh dapat dari musibah2 macam nih..macam aku..aku bersyukur sgt2..sebab tak terlibat dalam banjir nih..aku doakan supaya banjir capat surut dan sedare2 kite kat sane tu boleh lah kembali semula kpd hidup asal dia org...sampai di situ saje..papai


Add to Technorati Favorites

Tuesday, December 11, 2007

went to my kakak house


salam...huhu..semalam pegi rumah kakak aku kat shah alam..dia menyewa kat situ..almaklumla..student uitm..so..dah alang2 pegi shah alam..nak pegi jom heboh ramai sangat..jalan jammed..so aku pun pegi la restoran linda onn tuh..ala yang jual nasi ayam tuh...location dier dekat2 dgn uitm..dekat ngan kawasan perumahan...ada flat kat situ...ok gak rr tempat tuh...so pegi nye pegi..bleh blah gak rr..restoran nasi ayam die. Die punya customers service okay..kedai die up to the standard la. Malam tu aku try makan Mee Kicap and Milo Ais. Bagi aku apa yang aku pesan tuh sedap cuma masin sikit la. Ayam die, sos die sedap..hmmm...lagi satu yang aku macam tak setuju la..die punye air tuh die pakai cawan yang pakai buang..instead of pakai cawan yang boleh reuse tu. Aku rase kedai linda onn nih bleh menyumbang kepada sampah yang banyak kat malaysia nih...hehehe..mana tak nya..kalau satu hari tuh 500 orang datang..sume order air...dah ada 500 sampah..kalau kertas takpe tapi nih plastik..huhu betul tak...kite kene sahut slogan kerajaan tuh ape die....ha...kerajaan dah cukup bagus dah wat kempen nih..aku sokong 100%..Berbalik kepada restoran tadi..nih antara gamba2 yang boleh dilihat la..sebelum korang pegi makan kat situ.Apa-apa pun restoran die best. Kalau 5 bintang tuh aku bagi 3.5 la. Lagi satu toilet die pun best gak..warna biru.. :)








Sebenarnya sebelum aku pergi Shah Alam malam tuh...petang tuh aku dah pegi PS..ala Petaling Street..ha..saje je la..teman adik kau beli kasut. Kat situ berlambak orang..nak jalan pun sesak nafas..mcm2 ade jual.. macam..baju, kasut, perfume, belt, jam, sayur, buah, cd game, cd cerite (trmasuk cd loocha), beg dan air mata kucing. Mcm2 jenis orang ada..orang putih, hitam, Venuezela, Mexico, Arab...pening kpale aku..














Ape2 pun kat sini banyak bende boleh cari..harga tak mahal..korang tawar menawar lah..kasut tuh kalau harga dier atas RM50 tak yah lah beli..pandai2 la..and lagi satu beware of pickpocket..kat sini banyak gak pencuri mcm tu..kay lah..got to go..till the next post..papai
Add to Technorati Favorites

Sunday, December 9, 2007

it's our pride


Assalamualaikum. ..w.b.t

Saje je join thread nih. cam style gak..Hmmm..HINDRAF. ..Hindu Right
Action force...pertubuhan nih aku tak tau ble diorang dtubuhkn...tapi
yg pasti arituh diorang dah wat demonstrasi besar-besaran. Pada
dasarnye aku mmg tak puas hati. Alasan dan tuduhan yg dibuat tak
berasas langsung. Nih ape yang aku tgk video pres HINDRAF ckp waktu
kat demonstrasi tu lah... korang bleh tgk kat laman web
http://www.malaysia kini.tv ...okay dier kate:-

1. mndakwe m'sia mjlnkan pghpusan etnik mcm NAZI wt dulu kt org yahudi
2. mndkwe m'sia mruntuhkn pusat ibdt d0rg (kuil2)
3. mendakwa malaysia mengamalkan diskriminasi dalam pemberian biasiswa

pendidikan kepada orang india
4. mempersoalkan perlembagaan malaysia berkenaan tentang human rights
Artikel 10(pasal polis halang diorang wat demo)

and ade bbrape lagi. So skarang nih diorang dah pergi kat negara2 cam
india, britian nak cari perhatian dan simpati. Hantar email kat PM
britian, and wat bantahan kat PBB. APe sume nih?? Nampak sangat
diorang nak pijak kepale pemerintahan dan kerajaan Malaysia.Dan
mengejutkan gak hari nih dalam paper kate diorang dah wat foundation
utuk support diorang nyer movement and dieorang skarang dah wat
contact ngan pengganas dari luar...aku tak tahu sape tapi berdasar
kan sumber2 yg didgr diorang seek helps from Liberation Tigers of
Tamil Eelam
kat Sri Lanka sane. Nampak sgt dioarng nak mencabar and
diorang also seek helps from gengster india and aku rase gengster tuh
grup India 08....makin menjadi2 bende nih.

Daripada pandangan aku lah..kalau korang kaji dari awal2 kebangkitan
perkara nih..especially HINDRAF nih...korang tgk2 btul...sape ader kat
belakang diorang?? orang india gak...kalau korang nak tahu yang dtg
waktu demo ari tuh bukan 20k-30k orang (seperti yang didakwa media
kerajaan)..yang datang 100,000 orang india..dari seluruh
malaysia..rally tuh start pagi kat Batu Caves and waktuh tuh dah
berlaku dah FRU dtg ..tngkap orng..baling tear gas..cemacam lg la..
and bende nih takkan berlaku kalau x de sebab.

Berdasarkan hasil sembang ngan orang lain like bapak aku sindri..bace,
tgk tv and surf internet..bleh dikatekan rr..bukan nak kondem kerajaan
tapi kte kene accept gak..Malaysia is a democratic country that
practice democracy for these past 50 yers..and is like you know..we
also those days waktu nak seek independence dari british..we' re on a
big rally you know..nationwide. .we protest to the British..the Malays
those days..cube ko bayangkan kalau British waktu tuh hantar askar die
baling tear gas...tangkap orang wat ISA ...kte merdeka ke skarang
...mgkin ye dgn pertumpahan darah and mungkin tak....and ape yang
berlaku skarang ialah orang india nih dah wat demo sbb diorang tak
pueh hati ngan pentadbiaran dan cara layanan kerajaan kat diorang..as
a person that is free form politics influence aku rase kerajaan patut
adekan satu cara yang sesual nak deal ngan masalah ni...kite x leh
deal bnde2 mcm nih dgn baling tear gas..tangkap orang..is like cam tak
betul la...tak happy tau..aku bleh kate..langkah ape yang kerajaan
amik arituh for me is that they could done better la..name pun HINDRAF
kat ujung name tuh pun Force...so they are reacting on somting..dari
segi leadership.. kte kene accept people can do stupid thing..as a
leader kene dgr dari sebetul2 perkara sampai ke perkara yang
ridiculous.. kene dengar..and kerajaa should find a away nak deal
problem nih..

all in all, bnde nih kalau dibincangkan mmg bgus. esp kite yng akan jd
next generation. nak jadi negara maju, nak jadi negara yg berbilang
kaum, negara yg penduduk die bermacam2 agama is not like planting a
taugeh plant..is like macam nak besar kan sorang budak dari baby
sampai jadi sorang yg berjaya....so this kind of things adalah antara
cabarn yang pasti akan dtg...and more to come..i believe that. Nak
kate malaysia nih racist..bleh gak rr..sume tuh terpaksa kerajaan bwat
sb pe?? Sume sbb kite..org melayu...org melayu still x sedar lagi..nak
bergantung pada bantuan kerajaan..berape bnyk orng melayu yang
brgantung pada kerajaan?? (bukan nak kondem orang yg keje ngan
kerajaan) but you know we must open our eyes..more malays should
involve in bussiness..more malays should be standing with their own
feet..bukan harap kuota..bukan harap subsidi..that kind of malay patut
nye kene ade..baru malaysia bleh jadi maju..aman.. harmoni.. .melayu
pueh hati..cine pueh hati..india pueh hati...tambah2 2lagi org
Islam..sape? ? kiter arr..Islam mesti menang atas agama2 lain..kerajaan
terpaksa tak keluarkan dana khas straight dari kerajaan nak bwat
msjid..bnde2 nih sume under Baitulmal (kat selangor rr) and negeri
lain under Majlis Agama Negeri...sebab pe?? sebab kalau org India tahu
orng cine tahu diorang pun mintak rr duit nak wat kuil ngan
tokong..so.. bukak mate ...cermin diri sket..and yang paling penting
ialah Malaysia is still a developing country...and bnde mcm nih pasti
akan berlaku....and the way how we deal with it..okay..sume nih dari
perspektif aku rr..as sorang remaja..bnyak lagi pandanagn lain dari
segi politik esp...so..tu jelah..bye2

Regards,
ba'ang
Add to Technorati Favorites

Saturday, December 8, 2007

nex week dinner batch



hmm....nex week dinner batch..15 dec..bnyk lg x siap nih...preparation utk performance...souvineers..pe lagi huh..registration..kalau bleh nak wat malam tuh jadi happening and sume org ingat sampai bile2 dinner tuh..payah gak rr..

arituh dah nak dapat dah sponsors untuk baseball cap..from jabatan perdana menteri..then tetibe senyap je..tak tau.. rr..this coming monday ade meeting pasal dinner nih..and lagi satu yang penting wat masa skarang nih..koleq mag..alah..majalah sekolah..tahun nih koleq print kat tempat lain dah..bukan kat taiping mcm dulu2..kat kl..and this new printer company..iaitu Rhythm Publishing Sdn Bhd adalah sebuah syarikat yg Mac based..koleq sebelum nih sume pakai PC..so..kalau korang nak tahu...this yer lah..first koleq pakai Mac untuk wat koleq mag..pening gak rr...as aku nih org baru dlm penggunaan Mac nih..apalagi...Mac tuh aku try and error jer rr..at the end ktorang bleh kate success gak menjelajah Mac tuh..thx sume..Nway, arituh kitorang dah antar CD Mag nih kat KL..ingatkan dah okay..tgk2..art director dier kate kene redo...ya Allah...mcm ner nih..

"faiz kene buat balik nih, akak nak dalam format .pdf kalau tidak macam mane nak tengok"
"alah lupe lah pulak saya akak...okay.."
"pstuh akak nak font sume tuka..font yang faiz pakai nih Window nyer..takleh pakai utuk Mac printing"
waktu nih dah berderau darah aku dengar
"so ari isnin ni dtg buat kat sini..hmmm..korang leh cari Mac sendiri tak wat kat sini?"
"okay2..nanti saya cari" padahal dlm hati aku kate mane la nak cari komputer Mac kat sini..kat koleq ade rr...

so skarang nih aku hanya kire hari je lah sampai hari isnin...call Cikgu Linda pun x angkat..pening2
Add to Technorati Favorites

dah lame dah

salam...mmg dah lame tak menulis..dulu pernah ada satu blog gak..tapi sebab ada silap sket..so blog tuh dah hilang dah..actually, nak constant dalam menulis nih agak lah payah sesangat,,so kene ade determination..so, blog nih akan ditulis dgn cerita2 mengeani diri aku, keadaan sekeliling ngan bende2 yang melintasi hari-hari dalam hidup aku dalam waktu yang mendatang nih. so..feel free to visit..
Add to Technorati Favorites